1. Pengajaran kepada ahli-ahli politik yang berjawatan dalam kerajaan, suatu hari nanti, jika anda “break the rank” apatah lagi boleh mengancam kedudukan mantan kawan-kawan, tindakan anda khususnya yang bersifat “jelek” akan didedahkan, termasuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI), seperti mana yang dilakukan terhadap kerugian spekulasi mata asing yang dijalankan Bank Negara lebih 30 tahun lalu.
2. Pengajaran yang perlu diketahui, jika anda pernah melakukan kesilapan besar, dan memikirkan kesilapan itu selain sudah lama berlalu dan telah dilupakan, sebenarnya anggapan anda itu adalah anggapan silap, kerana fail-fail lama boleh digali semula, seperti mana berkaitan dengan kerugian Bank Negara.
3. Menggali semula isu kerugian Bank Negara tidak akan timbul, jika Tun Dr Mahathir bertindak sebagai mantan pemimpin yang bersara, maka bertindak sebagai pesara.
4. Jika diteliti benar, menggali kerugian Bank Negara itu, dan meniliti dapatan RCI itu, seperti mana dilaporkan media cetak, menyalahkan si pulan dan sipulan, dan sipulan itu, seseorang yang menunggu panggilan ilahi, kerana sudahpun berkeadaan pukul 6 petang.
5. Jika tujuan RCI itu, hanya mengetahui, siapa yang bertindak sehinggakan kerugian Bank Negara itu berlaku, dan kemudiannya, kerugian itu disembunyikan, dan diketahui siapa yang menyembunyikan kerugian itu, maka ianya, hanya menjadi satu rekod atas kertas, dan tidakpun dapat mengembalikan kerugian itu kepada negara. Kecualilah dalam “ term of reference” TOR RCI itu, jika dikenal pasti individu yang menyebabkan kerugian itu, maka harta individu itu bakal dirampas sebagai bayaran kepada kerugian itu. Jika TOR merampas harta individu yang menyebabkan kerugian Bank Pusat itu tidak terkandung dalan RCI itu, maka jumpaan RCI itu, hanya catitan atas kertas.
6. Memang dalam politik, jika dapat didedahkan para individu yang terkait dalam kerugian bank pusat itu lebih 30 tahun lalu, akan mencalarkan kredibilti dan integriti para individu yang terlibat itu, namun, persoalannya, sejauh mana dapatan itu dapat mempengaruhi rakyat? dan sejauh mana dapatan itu dapat diterjemahkan melalui undi?
7. Dalam politik, apa yang mustahak, sebarang tindakan yang berkait rapat dengan lawan politik, maka tindakan itu mempunyai impak terhadap emosi pengundi, kerana pengundilah yang menentukan menang kalahnya sesebuah parti dalam pilihan raya.
8. Pengalaman Sabah menubuhkan RCI Pati Sabah, setakat ini, tidakpun berimpak positif kepada kerajaan, malah RCI itu, menjadi isu baru kepada rakyat. Kerana isu itu menjadi isu baru, maka pemimpin pembangkang mengambilnya sebagi isu untuk mengecam para pemimpin kerajaan.
9. Apa kah RCI Forex Bank Negara, akan menyerupai RCI Pati Sabah di mata rakyat? Keadaan itu hanya ditentukan oleh rakyat pada PRU-14 akan datang.
No comments:
Post a Comment