Barisan Nasional adalah parti yang dianggotai oleh 13 parti komponen seluruh negara. Susunannya jelas, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.
Sejak penubuhan Bn, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada Umno, manakala parti-parti kompnen diwakili dalam kabinet persekutuan yang dibentuk, menurut kedudukan pemimpin tersebut dalam parti masing-masing, asalkan pemimpin itu menang dalam pilihanraya, atau dilantik sebagai ahli dewan negara.
Memasuki setiap pilihanraya, rakyat sudah jelas, siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar, demikian juga anggota kabinet. Berbeza dengan parti pembangkang, mereka tidak pernah sepakat siapa bakal Perdana Menteri, walaupun satu ketika mereka bersetuju bahawa DS Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri. Namun kesepakatan itu, hanya cakap-cakap, ertinya tidak muktamad.
Kini, perkembangan politik tanah air, ditambah dengan adanya dua parti yang dianggap mampu membawa sokongan rakyat kepada pembangkang, iaitu Parti PRIBUMI tajaan Tun Dr Mahathir serpihan Parti Umno , dan Parti Amanah seriphan parti Pas.
Melihat kencederungan rakyat negara ini, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak dan PRK berkembar, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, nampak gayanya, parti-parti pembangkang hanya berebut pengundi yang sama, iaitu pengundi yang telah lama membuat keputusan sebagai pengundi pembangkang. Melihat kepada keputusan PRN dan PRK tersebut, pengundi BN tetap pengundi BN, manakala pegundi pembangkang tetap pengundi pembangkang , namun juga ada yang didapati berpatah arang.
Melihat keadaan parti pembangkang, yang nampak hanya boleh tidur sebantal, namun mempunyai matalamat masing-masing, tidak akan mampu menarik penyokong BN. Adalah jelas, jika masing-masing mempertahankan penyokong masing-masing, sampai kucing bertandukpun, pembangkang tidak akan mampu mengalahkan BN.
Politik adalah dinamik. Barisan kempimpinan BN juga dinamik. Oleh kerana kedinamikan itu, maka pergerakan sokongan akan senantiasa selari dengan keadaan semasa. Pergerakaan sokongan yang selari, maka memungkinkan BN akan senantiasa menang pada setiap pilihanraya.
BN sebenarnya belajar dengan kekalahan di Selangor dan Pulau Pinang. Barisan kepimpinan BN sedang mengatur gerak kerja bagi dua negeri tersebut. Memang gerak kerja BN di Perak dan Kedah cepat berjaya, namun di Selangor dan Pulau Pinang, ramuan yang jitu belum benar-benar sebati. Manakala di Kelantan, tidak pasti apa ramuan yang sedang dibuat, kerana penghalang utama BN di negeri itu, Allahyarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, sudah kembali kerahmatullah.
Parti pembangkang sebenarnya, tiada isu yang boleh dijual kepada rakyat, kecuali isu-isu persepsi seperti rasuah, kerana daripada segi pembangunan dan pembelaan kepada rakyat, BN terlalu jauh ke depan. Rakyat khususnya belajar daripada keadaan di Pulau Pinang dan Selangor, bahawa keutamaan kerajaan yang memerintah bukanlah rakyat, akan tetapi kepentingan peribadi.
Apa yang boleh disangkal pembangkang kepada kerajaan BN? jika berkaitan dengan harga barang, kerajaan memberikan BR1M bagi golongan sasar. Bagi mereka yang mempolitikkan harga minyak, kerajaan mengapungkan harga minyak. Bagi mereka yang mempolitikkan, kemudahan awam, kerajaan BN secara terus menerus membina kemudahan awam. Bagi mereka yang mempolitikkan kemudahan masuk ke Universiti awam, Kerajaan memperkatikkan merit, malah untuk golongan bumiputera yang berasal daripada pendalaman/luar bandar, diberikan kelonggaran, termasuk keadah hadiah biasiswa.
Kalau menelusiri laman-laman sosial, 80 peratus dakwaan pembangkang atau penyokong mereka adalah fitnah dan fakta-fakta yang ditokok tambah. Atas sebab itu, melalui kajian tweetlite pengguna facebook, minat kepada parti yang gemar membuat dakwaan palsu dan fitnah merundum, manakala Umno atau parti BN, terus meningkat. Para pemimpin BN dan penyokong BN, senantiasa memuat naik fakta-fakta benar, atas sebab itu, minat kepada parti-parti pembangkang, di mana sebelum ini menguasai media sosial, akhirnya diambil alih UBN, atas sebab faktor siapa yang bercakap benar.
Rakyat kini, tidak mudah terpengaruh lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang termasuk daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kerana dakwaan mereka, hanya bermotifkan mengelirukan rakyat.
Tindakan Tun Dr Mahathir Mohammad berbaik semula dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang berlaku di mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada Isnin 5 September, yang mengakhiri peseteruan 18 tahun 2 hari, tidak akan mampu mempengaruhi rakyat, kerana zaman dua pemimpin itu sebenarnya sudah berlalu. Sytle kepimpinan mereka tidak sesuai lagi di era ini. Era mereka boleh di samakan dengan era USSR semasa perang dingin. Kembali ke era itu, adalah tindakan ke belakang, dan bakal memudaratkan negara,.
2 comments:
Good artickle bro!
Pakatan hanya ada agenda untuk peribadi dan kroni. Mereka cuma main wayang sahaja apabila menabur janji palsu kepada rakyat.
Post a Comment