Showing posts with label BN Lawan Pakatan. Show all posts
Showing posts with label BN Lawan Pakatan. Show all posts

Monday, September 05, 2016

Antara BN dan Pembangkang

Barisan Nasional adalah parti yang dianggotai oleh 13 parti komponen seluruh negara. Susunannya jelas, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri.

Sejak penubuhan Bn, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri daripada Umno, manakala parti-parti kompnen diwakili dalam kabinet persekutuan yang dibentuk, menurut kedudukan pemimpin tersebut dalam parti masing-masing, asalkan pemimpin itu menang dalam pilihanraya, atau dilantik sebagai ahli dewan negara.

Memasuki setiap pilihanraya, rakyat sudah jelas, siapa bakal dilantik sebagai Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Ketua Menteri atau Menteri Besar, demikian juga anggota kabinet. Berbeza dengan parti pembangkang, mereka tidak pernah sepakat siapa bakal Perdana Menteri, walaupun satu ketika mereka bersetuju bahawa DS Anwar Ibrahim bakal menjadi Perdana Menteri. Namun kesepakatan itu, hanya cakap-cakap, ertinya tidak muktamad.

Kini, perkembangan politik tanah air, ditambah dengan adanya dua parti yang dianggap mampu membawa sokongan rakyat kepada pembangkang, iaitu Parti PRIBUMI tajaan Tun Dr Mahathir serpihan Parti Umno , dan Parti Amanah seriphan parti Pas.

Melihat kencederungan rakyat negara ini, sepertimana dibuktikan pada PRN Sarawak dan PRK berkembar, Sungai Besar dan Kuala Kangsar, nampak gayanya, parti-parti pembangkang hanya berebut pengundi yang sama, iaitu pengundi yang telah lama membuat keputusan sebagai pengundi pembangkang. Melihat kepada keputusan PRN dan PRK tersebut, pengundi BN tetap pengundi BN, manakala pegundi pembangkang tetap pengundi pembangkang , namun juga ada yang didapati berpatah arang.

Melihat keadaan parti pembangkang, yang nampak hanya boleh tidur sebantal, namun mempunyai matalamat masing-masing, tidak akan mampu menarik penyokong BN. Adalah jelas, jika masing-masing mempertahankan penyokong masing-masing, sampai kucing bertandukpun, pembangkang tidak akan mampu mengalahkan BN.

Politik adalah dinamik. Barisan kempimpinan BN juga dinamik. Oleh kerana kedinamikan itu, maka pergerakan sokongan akan senantiasa selari dengan keadaan semasa. Pergerakaan sokongan yang selari, maka memungkinkan BN akan senantiasa menang pada setiap pilihanraya.

BN sebenarnya belajar dengan kekalahan di Selangor dan Pulau Pinang. Barisan kepimpinan BN sedang mengatur gerak kerja bagi dua negeri tersebut. Memang gerak kerja BN di Perak dan Kedah cepat berjaya, namun di Selangor dan Pulau Pinang, ramuan yang jitu belum benar-benar sebati. Manakala di Kelantan, tidak pasti apa ramuan yang sedang dibuat, kerana penghalang utama BN di negeri itu, Allahyarham Dato Seri Nik Aziz Nik Mat, sudah kembali kerahmatullah.

Parti pembangkang sebenarnya, tiada isu yang boleh dijual kepada rakyat, kecuali isu-isu persepsi seperti rasuah, kerana daripada segi pembangunan dan pembelaan kepada rakyat, BN terlalu jauh ke depan. Rakyat khususnya belajar daripada keadaan di Pulau Pinang dan Selangor, bahawa keutamaan kerajaan yang memerintah bukanlah rakyat, akan tetapi kepentingan peribadi. 

Apa yang boleh disangkal pembangkang kepada kerajaan BN? jika berkaitan dengan harga barang, kerajaan memberikan BR1M bagi golongan sasar. Bagi mereka yang mempolitikkan harga minyak, kerajaan mengapungkan harga minyak. Bagi mereka yang mempolitikkan, kemudahan awam, kerajaan BN secara terus menerus membina kemudahan awam. Bagi mereka yang mempolitikkan kemudahan masuk ke Universiti awam, Kerajaan memperkatikkan merit, malah untuk golongan bumiputera yang berasal daripada pendalaman/luar bandar, diberikan kelonggaran, termasuk keadah hadiah biasiswa.

Kalau menelusiri laman-laman sosial, 80 peratus dakwaan pembangkang atau penyokong mereka adalah fitnah dan fakta-fakta yang ditokok tambah. Atas sebab itu, melalui kajian tweetlite pengguna facebook, minat kepada parti yang gemar membuat dakwaan palsu dan fitnah merundum, manakala Umno atau parti BN, terus meningkat. Para pemimpin BN dan penyokong BN, senantiasa memuat naik fakta-fakta benar, atas sebab itu, minat kepada parti-parti pembangkang, di mana sebelum ini menguasai media sosial, akhirnya diambil alih UBN, atas sebab faktor siapa yang bercakap benar.

Rakyat kini, tidak mudah terpengaruh lagi dengan dakyah-dakyah pembangkang termasuk daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan mantan TPM Tan Sri Muhiyiddin Yassin, kerana dakwaan mereka, hanya bermotifkan mengelirukan rakyat.

Tindakan Tun Dr Mahathir Mohammad berbaik semula dengan Dato Seri Anwar Ibrahim yang berlaku di mahkamah Jalan Duta Kuala Lumpur pada Isnin 5 September, yang mengakhiri peseteruan 18 tahun 2 hari, tidak akan mampu mempengaruhi rakyat, kerana zaman dua pemimpin itu sebenarnya sudah berlalu. Sytle kepimpinan mereka tidak sesuai lagi di era ini. Era mereka boleh di samakan dengan era USSR semasa perang dingin. Kembali ke era itu, adalah tindakan ke belakang, dan bakal memudaratkan negara,.

Thursday, February 19, 2015

Rafizi Ramli Turun Ke Jalan Pada 7 Mac-Kononya Nak Tumbangkan Kerajaan

PKR ubah Konvesyen parti itu yang bakal diadakan pada 7 Mac depan kepada solidariti kepada Anwar. Perwakilan parti itu akan turun ke jalan pada 7 Mac, kononnya sebagai cara untuk menumbangkan Umno.

Umno tidak akan bakal tumbang kalau semua ahli dan penyokongnya bersatu. Umno mempunyai keahlian lebih 3.5 juta, jumlah itu juga yang diperolehi Bn pada PRU-13 lalu.

Penyokong pembangkang adalah penyokong pembangkang. Mereka akan dapat menambah undi kalau ada penyokong Umno berpaling tadah.

PKR kini bertukar misi, iaitu kearah pembebasan Anwar. Anwar masuk penjara pada 10 Februari kerana didapati bersalah meliwat mantan pembantu lekakinya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jum 2008, di sebuah Kondominum, Bukit Damansara, Kuala Lumpur antara pukul 3.01-4.30 petang.

Pada 10 Februari, 5 anggota Hakim Mahkamah Persekutuan sebulat suara mendapati bahawa Defacto Leader PKR itu bersalah.

PKR, nampaknya lebih mengutamakan pembelaan Anwar, kerana parti itu juga ditubuhkan membela Anwar, bukannya membela rakyat jelata. Hanya rakyat yang tidak memahami kewujudan parti itu sahaja yang menyokong. 

Tahun 1998, apabila Anwar dipecat daripada kerajaan dan Umno, parti KeAdilan ditubuhkan, kemudian parti itu mengubah nama, apabila Parti Sosial dibubarkan untuk bergabung dengan parti itu.

PKR ditubuhkan untuk membebaskan pelaku seks luar tabii tegar.

Wednesday, January 28, 2015

DAP Banding Parti Lain

Bandingkan Parti-parti lain dalam negara ini dengan DAP. Apa maknya parti pahaman songsang itu?

Saturday, November 26, 2011

Membela melayu: Umno lebih unggul berbanding Pas atau PKR

Melayu tidak akan terbela melalui PAS atau PKR apatah lagi melalui DAP, demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut TPM itu, telah banyak kejadian, bahawa PAS dan PKR mengorbankan kepentingan kaum melayu semata-mata kerana mengikut telunjuk DAP.

Membela melayu melalui parti Umno, bukanlah rasis, namun itulah amanah kaum melayu dalam parti itu.

Dalam BN, semua kaum membela kaumnya melalui parti masing-masing, atas dasar itu, maka terjadi kompromi atau persetujuan, bahawa semua yang diminta oleh kaum masing-masing tidak akan terpenuhi. Di sinilah berlakunya TOLAK ANSUR DAN KONTRAK SOSIAL, yang selama ini berjaya dan diamalkan oleh barisan nasional.

BN dalam pemerintahannya mengamalkan semangat tolak ansur dan kotrak sosial, yang termaktub dalam perlembagaan sejak meredeka lagi, atas sebab itu, lebih setengah abad, gabungan itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah negara ini.

Pemerintahan BN, cuba dirampas oleh gabungan tiga parti DAP-PAS-PKR, yang diterajui oleh Anwar Ibrahim, selepas gagal menjadi Perdana Menteri melalui kerajaan Barisan Nasional.

Percayalah, Anwar masuk Umno kerana cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri, namun apabila cita-cita itu gagal, maka, mantan TPM itu, berusaha mengelirukan rakyat, kononnya gabungan tiga parti mereka lebih baik berbanding 13 gabungan parti-parti dalam BN.

Bagi yang waras, 13 itu lebih baik berbanding 3 dalam sistem demokrasi.

Monday, January 31, 2011

Keputusan PRK Tenang: Bye-bye Putrajaya bagi Pakatan

Lim Kit Siang dan DAP hanya mahu melihat sejauh mana sokongan kaum cina terhhadap Pas. Melalui keputusan PRK Tenang- di mana 3 saluran pengundi majoriti kaum cina-semuanya dimenagi BN-hanya satu saluran di menang Pas.

Melihat kepada kecenderungan itu-nampaknya penerimaan pengundi cina terhadap parti Pas belum boleh dihandalkan.

Melalui PRK Tenang juga-dapat dilihat bahawa pengundi kaum melayu telah menolak Pas.

Kini para pemimpin Pakatan (DAP-PAS-PKR) sangat gusar-bahawa impian mereka ke Putrajaya semakin kabur.

Selepas 14 PRK selepas PRU-12, hanya 8 PRK yang ddimenangi Pakatan (kemenangan itu adalah disebabkan kerusi-kerusi itu adalah kawasan mereka sendiri-kecuali Sibu dan Kuala Terengganu)-semenara itu BN mampu merampas kawasan-kawasan mereka-yakni Hulu Selangor dan Galas.

Melihat trend sokongan rakyat mutakhir ini-nampaknya BN telah mendapatkan semula penyokong gabungan 13 parti itu.

Saturday, January 30, 2010

Kalau Pilihanraya Kecil Di Kawasan Majoriti Cina-India: Betulkah DAP Boleh Menang? Sekadar Analisis

Seusai sahaja pilihanraya umum ke 12 (PRU-12) setakat ini belum ada pilihanraya kecil (PRK) yang membabitkan kawasan yang majoriti kaum cina dan india.

Dalam rekod setelah sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil,tidak termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.

Melihat kawasan-kawasan ini semuanya membabitkan kawasan majoriti kaum melayu atau bumiputra.

Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sarawak) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, gabungan parti Pakatan berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

BN bagaimanapun memberi tentangan hebat di Manek Urai apabila PAS hanya mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang.

BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.

Keputusan seluruh PRK-PRK tersebut adalah bagi Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu ( PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR). DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (Bn-PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Bn-Umno).

Menganalisis kebarangkalian yang ada, hanya kawasan-kawasan yang melibatkan kawasan melayu; baik Umno-Bn dan juga Pakatan mempunyai rekod yang boleh menjadi penanda aras keupayaan masing-masing.

Namun bagi kawasan-kawasan majoriti kaum cina-india, setakat ini belum ada rekod yang boleh dijadikan sandaran atau penanda aras, kecuali keputusan PRU-12

Dalam hal ini Pakatan belum boleh mendabik dada kerana kaum cina-india memberi peluang kepada parti itu menang melalui PRU-12 yang lalu, demikian juga Umno-Bn jangan lah merasa kecut kerana kalah pada PRU tersebut.

Jangan semat di dada masing-masing bahawa kawasan tradisi yang biasa dimenangi oleh DAP, maka akan terus dimenangi. Kaum cina- india adalah kaum yang cintakan suasana kondusif untuk perniagaan. Kaum ini telah menyaksikan bahawa keadaan itu telah sirna ekoran keadaan yang tidak menentu di kawasan-kawasan "central business centre" kerana kehadiaran pelampau-pelampau yang mengwujudkan suasana tidak tenteram.

Bukti penolakan kaum cina dan india kepada keadaan yang tidak tenteram ini mereka buktikan di DUN Bangan Pinang, bahawa semua peti undi majoriti kaum cina-india telah mengundi calon Umno-Bn.

Melihat keadaan ini adalah menjadi cabaran kepada parti MCA-MIC-Gerakaan untuk melipat gandakan usaha agar sokongan kaum-kaum yang menjadi tradisi pengikut dan penyokong parti masing-masing supaya kembali menyokong parti-parti itu jika di adakan pilihanraya umum mengejut, mungkin dalam tempoh 10 atau 12 bulan daripada sekarang.

Signal pilihanraya ke-13 akan lebih jelas apabila Umno selesai mengadakan pehimpunan agong pada bulan oktober ini. Melalui AGM itu Pak Najib dan Pak Muhyiddin akan membuat rumusan tentang sambutan akar umbi terhadap Umno.

Blog Archive