Sunday, January 31, 2016

Apa Yang Dilihat Pada Pilihanraya Negeri Sarawak?

APA yang bakal dilihat pada Pilihanraya ke-11 Sarawak? Kalau daripada segi Barisan Nasional, sudah tentunya satu kemenangan mutlak atau satu kemenangan kuasa 2/3 bersama dengan undi popular. Bagi Pembangkang pula, mereka memang tiada keupayaan untuk menang, akan tetapi apa yang mereka mahu lihat, trend pengundian di samping memastikan pengundi bandar terus berpihak kepada mereka. 

Diatas kertas Pembangkang tidak mempunyai kekuatan di peringkat Dun, walaupun pada PRN-10, mereka mendapat 15 kerusi DUN dimana 12 daripadanya disumbangkan oleh parti DAP, kerana tsunami kaum cina. Ekoran tsunami kaum cina itu, maka berimpak kepada PRU-13, dimana pembangkang di Sarawak berjaya mendapat 7 Kerusi Parlimen, khususnya di kawasan bandar yang bermajoriti pengundi kaum cina.

Pilihanraya Sarawak, sebenarnya hanya melihat ke arah mana pengundi kaum cina, kerana kaum bumiputera biasanya masih berdiri teguh dibelakang parti-parti seperti PBB dan PRS. Manakala parti bumiputera lain seperti SPDP, kalau berlaku kekalahan calon-calon daripada parti itu, bukan kerana pengaruh pembangkang, akan tetapi lebih kepada persengketaan antara pemimpin.

PRN Sarawak yang bakal berlangsung pada April, akan menyaksikan 82 ADUN dipertandingkan. Pengerusi Bn Negeri Tan Sri Adenan Satem telahpun mengumumkan, daripada 82 kerusi itu, parti PBB dimana beliau merupakan Presiden akan bertanding 40, sementara komponen Bn lain akan bertanding baki 42 kerusi. Bn Sarawak hanya memerlukan 43 ADUN bagi membentuk Kerajaan dengan majoriti mudah, manakala kuasa 2/3 memerlukan 55 kerusi.

Nampak gayanya, berasaskan kepopularan Adenan Satem, kerusi-kerusi bagi kawasan Bumiputera, akan ditawan sepenuhnya oleh Bn, termasuk kawasan Baro Bian. Melalui PRN itu, hanya akan dilihat apakah penerimaan para pengundi kaum cina. Jika ada kawasan-kawasan yang dimenangi DAP boleh ditawan semula, maka harapaan Bn untuk menang bagi kawasan Parlimen pada PRU-14 akan datang amat cerah.

Penambahan kerusi Bn bagi Sarawak amat penting, bagi mengimbangi, bakal hilangnya beberapa kerusi di Semenananjung khususnya di Negeri Kedah, sehubungan berlakunya krisis kepimpinan di Negeri Jelapang Padi tersebut. 

Sarawak yang mempunyai 31 kawasan Parlimen, pada PRU-13 lalu 24 dimenangi Bn, manakala 7 dimenangi pembangkang. 

Senario lain, adalah jika pada PRN Sarawak kawasan-kawasan bumiputera ada yang berjaya ditawan pembangkang. Jika ini berlaku, maka keadaan cukup rentan bagi Bn secara keseluruhan, kerana trend itu akan merebak ke Sabah. Di Sabah, kawasan yang bakal mengikuti trend itu, selain kawasan Bandar seperti Kota Kinabalu, Sandakan, Penampang, Tawau, Tuaran, Sepanggar, Kota Marudu, Keninagau, Pensiangan dan Beluran.

Sesuatu yang amat sukar diramal jika rakyat mahu mengubah kerajaan. Ambil contoh Tahun 1976, 1985 di Sabah. Keadaan tenang-tenang, sebenarnya sangat berbahaya. Kalau berlaku perubahan itu, sebenarnya, bukan kerana kepimpinan Negeri, akan tetapi lebih menjurus kepada kepimpinan Pusat, kerana isu wang RM2.6bilion, isu 1MDB serta sara hidup yang meningkat, selain kurangnya peluang-peluang pekerjaan baru bagi generasi muda, khususnya lepasan pendidikan tinggi. Demikian juga, jika berlaku di PRN Sarawak, kalau ada kawasan-kawasan bumiputera bakal ditawan pembangkang, ianya bukan kerana kepimpinan negeri, akan tetapi kerana kepimpinan pusat. Atas sebab itu, keputusan PRN Sarawak amat mustahak untuk diikuti, kerana ianya bakal menentukan Kerajaan Pusat akan datang. Sama-sama kita tunggu.

Friday, January 29, 2016

Bersihkan DS Najib- Tiada Mahkamah Boleh Ubah Keputusan Peguam Negara

KECUALI Perlembagaan Negara diubah, and menafikan kuasa yang diperuntukan kepada Peguam Negara melalui artikel 145(3), maka pembersihan nama Perdana Menteri berkaitan tuduhan salah laku berkenaan tiga isu- pinjaman KWAP kepada SRC International berjumlah RM4bilion, wang derma daripada Keluarga DiRaja Arab Saudi yang berjumlah USD681milion and CSR SRC International yang berjumlah RM42milion. boleh diubah.

Pada selesa- Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali membersihkan Perdana Menteri daripada salah laku jenayah rasuah berhubungan dengan tiga kertas siasatan SPRM yang menyelubungi Perdana Menteri bermula pada Julai 2015, apabila satu laporan daripada The Wall Street Journal yang mendedahkan akaun Perdana Menteri di AmBank Kuala Lumpur telah menerima wang sebanyak USD681 milion sebelum PRU-13. Akaun itu juga telah menerima kemasukan wang berjumlah RM42milion selepas itu. Berbagai spekulasi termasuk menuduh, kononnya wang itu berpunca daripada 1MDB sebuah syarikat gergasi milik penuh Kementerian Kewangan yang ditubuhkan pada Tahun 2009, dan dalam jangka masa 6 tahun telah mengumpul hutang RM42bilion.

Banyak faktor pelik telah berlaku khususnya wang derma USD681milion (RM2.6bilion), kerana wang itu telah masuk pada Tahun 2013 ke negara ini. Adalah mustahil jika Bank Negara tidak mengetahui berkaitan kemasukan wang sebanyak itu ke dalam negara. Jika memang, ada kesalahan, sewajarnya pihak Bank Negara telah bertindak awal-awal lagi.

Pihak yang mahu menjatuhkan Najib sebenarnya mengetahui perhal wang itu terutama kepimpinan tertinggi Bn, namun secara tersirat menggunakan isu 1MDB sebagai sandaran, ibarat kata orang pukul anak sindiri menantu.

Apabila isu 1MDB menjadi kemelut, maka DS Najib Razak pada Mac 2015 mengarahkan Ketua Audit Negara menyiasat. Ekoran keputusan itu, Pasukan khas ditubuhkan oleh Peguam Negara, yang melibatkan SPRM, Bank Negara, PDRM and Jabatan Peguam Negara. Dalam proses siasatan itulah dibocorkan maklumat, dan terlibatlah pihak luar antaranya The Wall Street Journal dan Sarawak Reports, The Age and portal-portal pembangkang.

Bagaikan dipusingan akhir pertarungan, maka pihak pengeritik DS Najib bertali arus mempergunakan isu itu untuk mendesak beliau meletakkan jawatan. Bagi memberi pukulan knock Out, Mantan Timbalan Perdana Menteri dan Mantan Menteri KKLW ikut sama. 

Oleh kerana keadaan yang sangat genting, maka DS Najib mempergunakan Talian Hayat terakhir, merombak Kabinet, memecat mereka yang tidak sehaluan selain menggantikan Peguam Negara, untuk meredam konspirator and pada masa yang sama menunggu hasil siasatan agar supaya kebenaran benar-benar zahir. 

Kini, selepas siasatan selesai dan selepas diteliti oleh Peguam Negara, maka disimpulkan, tiada sebarang salah laku atau unsur jenayah rasuah atau salah guna kuasa oleh Perdana Menteri. Malangnya, keputusan itu tidak diterima, malah meraka mendakwa, daripada segi undang-undang, Perdana Menteri dibersihkan, akan tetapi di mahkamah pengeritik, DS Najib disabitkan kesalahan.

Thursday, January 28, 2016

Kemelut DS Najib: Disebalik Keputusan Peguam Negara

Memang betul, wang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri, tetapi akaun itu diuruskan oleh beberapa individu yang telah dilantik sebagai pemegang amanah. Seharusnya perkara ini dihibahkan, agar mereka yang suka sangat mengikuti isu ini menjadi jelas.

Berasaskan kepada kenyataan Peguam Negara- Tan Sri Apandi Ali, Dato Seri Najib tidak mengetahui bahawa RM42 juta daripada SRC International dimasukan ke akaun beliau, ertinya ada yang mengaku mengurus akaun peribadi Perdana Menteri yang mengatur kemasukan wang itu tanpa pengetahuan si pemilik akaun. Individu yang diberi amanah itu boleh berbuat demikian berasaskan surat akuan berkanun yang menyatakan perlantikan beliau sebagai pengendali kepada akaun yang dimaksudkan.

Sebagai Peguam Negara, beliau telah mempertimbangkan semua sudut daripada segi undang-undang berkaitan dengan akaun peribadi itu. Adalah tidak amanah, jika beliau tidak bertindak betul sesuai dengan undang-undang semasa memutuskan, bahawa tiada salah laku rasuah atau salah guna kuasa berkaitan pengendalian akaun peribadi yang diurus oleh pemegang amanah kepada akaun tersebut.

Mereka yang mengeritik keputusan Peguam Negara yang memutuskan bahawa tiada salah laku yang boleh dikaitkan dengan Perdana Menteri sebenarnya tidak sedar bahawa akaun peribadi Perdana Menteri itu sebenar diurus oleh pemegang amanah yang dilantik.

Memang diakui, bahawa isu dimasukan wang ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri bukan isu kompleks, ertinya ‘straight forward’ seperti dakwaan sesetengah pihak yang mempergunakan sumber daripada SPRM, walaupun secara terang, tiada pegawai SPRM yang terlibat dalam siasatan berterus terang berkaitan dengan dakwaan itu, namun apa yang tidak diperkatakan adalah status akaun peribadi Perdana Menteri itu. Seharusnya, untuk merungkai kekeliruan and berbagai persepsi, perlu ada pihak-pihak yang memperjelaskan berkaitan status akaun tersebut. Seharusnya, pihak SPRM lah yang menjelaskan status akaun itu, namun malangnya agensi itu lebih fokus kepada siasatan mencari silap untuk tujuan pendakwaan, bukannya mencari APA YANG SEBENARNYA. Memang tugas SPRM mencari unsur-unsur jenayah rasuah, akan tetapi juga, agensi itu boleh bertindak bagi maksud pencerahan, agar supaya rakyat mendapat maklumat betul and benar sesuai dengan keadaan yang sebenar-benarnya.

Tan Sri Apandi Ali, melihat semua sudut dalam keputusannya berkaitan tiga kertas siastan yang dijalankan SPRM. Besar kemungkinan siasatan itu, tidak menyeluruh, ertinya tidak menjelaskan duduk perkara yang sebenarnya, akan tetapi siasatan itu, hanya mencari unsur-unsur jenayah dengan mengnyahkan unsur-unsur kebenaran berkaitan kes yang disiasat. Sebagai peguam negara, beliau terikat untuk menyatakan semua kebenaran secara adil and saksama, agar tidak tersalah dakwa atau tuduh, seperti mana berlaku pada kes-kes lain yang yang dikatakan berunsur rasuah, kemudiannya selepas berbulan-bulan malah bertahun dibicarakan di mahkamah, akhirnya mahkamah mendapati tiada kes. Kerana tindakan gelojoh, maka seseorang yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) menjadi cemuhan bertahun-tahun, walaupun kemudian didapati tiada kes, tetapi kata orang “The Damage Has Been Done”. Tidak sedikit pemimpin yang menjadi OKT antaranya Tan Sri Kasitah Gadam, Tun Liong Ling Sik, Dato Saidin Thamby, Dato Ramli Yusof and ramai lagi, yang kemudian didapati tiada kes and tidak bersalah, namun, kedudukan yang mereka lepaskan tidak kembali lagi. Bayangkan jika Peguam Negara gelojoh mendakwa DS Najib Razak, walaupun pada hematnya, tiada asas kukuh untuk pendakwaan. And jika DS Najib Razak didakwa, maka beliau terpaksa meletakan jawatan. Apa akan jadi, jika suatu hari nanti bahawa tuduhan kepada beliau didapati tiada kes!!!, apa kah boleh mengembalikan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri??? Lu Fikirlah sendiri.

Wednesday, January 27, 2016

Pengeritik Najib- PM itu Perlu Didakwa Di Mahkamah

BAGI pengeritik Dato Seri Najib Razak, apa kah wang derma 2.6bilion dan wang RM42juta daripada SRC International dan wang RM4bilion yang dipinjamkan kepada SRC International tidak menepati keperluan undang-undang bagi maksud pendakwaan seperimana kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali , bukan penting dan perlu diambilkira, apa yang mustahak DS Najib wajib didakwa di mahkamah. Apa kah kemudiannya, mahkamah mendapati, tiada kes, tidak menjadi soal, kerana apa yang mereka mahu adalah melihat PM ke-6 itu digari dan hadir di mahkamah sebagai Orang Kena Tuduh (OKT). Pengeritik Najib, tidak mengambilkira, apakah kemudiannya, pihak mahkamah mendapati tiada kes, dan pihak pendakwa dicap menyalah gunakan proses mahkamah.

Dalam negara seperti Malaysia, di mana Peguam Negara diberi kuasa melalui Artikel 145(3) Perlembangaan Persekutuan mempunyai bidang kuasa berasaskan budibicaranya, apa kah suatu siasatan jenayah mempunyai merit berasaskan undang-undang untuk dikemukakan ke mahkamah bagi maksud pendakwaan. 

Apa yang cuba diputar belit oleh pihak pengeritik Peguam Negara kerana mendapati tiga kertas siasatan SPRM terhadap tiga isu yang dikaitkan dengan Perdana Menteri tiada kes untuk tujuan pendakwaan, kononnya beliau menyalahgunakan kuasa, hanya semata-mata menguatkuasakan fungsinya sebagai Peguam Negara, sesuai dengan Perlembagaan Negara.

Mereka yang tidak puas hati terhadap keputusan Peguam Negara itu, cuba menjadi peguam negara, kerana mempertikaikan keputusan seseorang yang dilantik ke jawatan itu, sesuai dengan kepakaran dan pengetahuan undang-undangnya. Mereka itu, menunjukan lebih pakar melihat undang-undang daripada seseorang yang telah dilantik ke jawatan itu. Sebenarnya, isunya bukan kerana peguam negara memutuskan No Further Action (NFA) berkaitan 3 kertas siasatan, kerana memangnya tiada kes yang mengundang pendakwaan. Apa yang mereka (pengeritik) mahu apapun alasan, DS Najib Razak wajib dihadapkan ke mahkamah.FULLSTOP!!!!.

Kehendak pengeritik DS Najib itu berkaitan dengan tiga isu itu, sama dengan desakan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir agar Perdana Menteri meletakan jawatan, walaupun tuduhan yang dialamatkan kepada PM ke-6 itu hanya rekaan semata-mata hanya bertujuan agar DS Najib meletakan jawatan.

Terlihat betul, reaksi para pengeritik DS Najib, apabila Peguam Negara menzahirkan keputusan melalui 4 halaman berkaitan tiga kertas siasatan SPRM yang dikemukan kepada Peguam Negara untuk keputusan undang-undang, mereka-mereka itu mempersoalkan keputusan itu, sedangkan mereka itu tahu benar, bahawa sejak azali lagi, Peguam Negaralah yang membuat keputusan, apa kah sesuatu siasatan itu mempunyai kekuatan undang-undang bagi maksud pendakwaan. Melalui tindakan mereka itu, bukan sahaja menunjukkan bahawa memperlekeh Peguam Negara, akan tetapi menjurus kepada tindakan penghinaan, kepada seorang penjawat awam yang diamanahkan menguatkuasakan undang-undang.

Para pengeritik Tan Sri Apandi Ali, perlu menyelusuri beberapa kes berprofile tinggi yang dihadapkan di mahkamah sebelum ini, di mana masa dan tenaga dihabiskan di mahkamah, namun akhirnya NO CASE. Mungkin kah mereka itu mahu Apandi Ali menjadi sebahagian daripada tindakan gagal itu!!!! kerana keputusan yang tidak 'becus" sehingga menghabiskan wang rakyat, melalui pendakwaan di mana fakta atau bukti-bukti yang tidak kukuh!!!. Fikir-fikir kan lah.

Derma RM2.6bilion- Rumah Siap Pahat Berbunyi

Lumrah manusia, jika tidak jelas dan tidak puas hati berkaitan sesuatu perkara atau isu, maka, macam-macam menjadi dakwaan atau sangkaan.

Berkaitan wang derma RM2.6bilion, yang kini sudah dinyatakan daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, di mana sejak Julai 2015, rakyat Malaysia dan dunia berteka teki siapa kah penderma budiman itu.

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, telah membuat keputusan, bahawa tiada salah laku rasuah berkaitan wang derma yang dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri itu. Atas sebab itu, isu itu ditutup. Dengan keputusan demikian, maka secara automatik telah membersihkan nama DS Najib Razak, yang menjadi fokus utama isu sejak julai 2015, sebaik sahaja The Wall Street Journal menulis laporan mengenainya.

Sebaik saja isu itu timbul, reaksi Perdana Menteri, bahawa beliau tidak pernah menggunakan wang 1MDB, dan beliau juga mengaku tidak menyalahgunakan wang untuk tujuan peribadi. Kenyataan yang sangat umum, yang membuatkan ramai berspekulasi termasuk mantan Timbalan Perdana Menteri and mantan Menteri KKLW.

Berkenaan dengan wang yang dipulangkan semula, yang menjadi perhatian pengguna media sosial dan rakyat kebanyakan, sebenarnya telah dijawab oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan sebaik sahaja beliau dipecat daripada jawatan TPM pada 28 Julai. Kenyataan Muhiyiddin itu terkandung dalam satu perbualan dengan Perdana Menteri sebelum beliau dipecat, apabila mantan TPM itu bertanya, di mana sudah wang derma yang tidak digunakan itu, di mana Perdana Menteri menjawab sudah dipulangkan kepada penderma.

Semalam, Peguam negara dalam satu kenyataan bahawa wang RM2.6bilion (USD681milion) merupakan sumbangan daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, untuk membantu Perdana Menteri berdepan dengan Pilihanraya Umum ke-13. Wang sebanyak itu telah dimasukan ke dalam akaun peribadi perdana Menteri atas kehendak penderma dalam dua trankasi, iaitu pada mac and april 2013, sebelum PRU-13 yang diadakan pada 5 Mei tahun yang sama.

Peguam Negara juga memberitahu, bahawa sejumlah USD620milion telah dikembalikan pada Ogos Tahun yang sama, dengan itu mengsahkan kenyataan mantan TPM sebelum ini, bahawa menurut DS Najib wang yang tidak digunakan dikembalikan semula kepada penderma.

Apa yang menjadi muskil berkaitan wang derma yang diberikan kepada DS Najib itu, ramai yang mempersoalkan, mengapa tidak diistiharkan awal-awal lagi. Dakwaan itu, memang tidak lojik, kerana wang derma untuk politik di Negara ini, tiada kewajiban untuk menghibahkannya. Sebenarnya, pada Tahun 2010, DS Najib telah mencadangkan agar wang derma kepada parti politik (political fund) dihibahkan akan tetapi cadangan itu dihalang habis-habisan oleh para pemimpin DAP.

Dalam satu dakwaan lain, jika wang derma itu untuk parti Umno, mengapa tidak dimasukan ke dalam akaun parti? Jawapan kepada dakwaan itu, jika dimasukan ke dalam akaun parti, bagaimana sebahagian wang itu diberikan kepada pemimpin PAS? atau badan-badan NGO? Jika awal-awal lagi dimasukan ke dalam akaun parti, dan jika sebahagian wang itu diberikan kepada pemimpin parti pembangkang, maka secara automatik DS Najib akan dituduh sebagai pemimpin yang menyalahgunakan wang parti. Oleh kerana wang derma itu diberikan secara pribadi kepada DS Najib, maka jika berlaku pemberian derma kepada pemimpin pembangkang, maka ianya dikategorikan sebagai sumbangan pribadi, bukan sumbangan parti. Mungkin sahaja, salah satu syarat yang diberikan oleh penyumbang wang itu, agar DS Najib membantu pemimpin islam lain. 

Juga, jika wang derma itu dimasukan ke dalam akaun parti, bagaimana pula sebahagian wang itu diberikan kepada parti-parti komponen BN? Seperti mana pengakuan Dato Chui Soi Lek, sejak MCA menjadi sebahagian komponen parti perikatan atau barisan nasional, untuk pertama kalinya menerima bantuan kewangan daripada Pengerusi Bn, iaitu semasa berdepan dengan PRU-13.

Oleh kerana ramai di Malaysia, merasakan bahawa adalah satu tindakan canggung, apabila wang derma dikembalikan semula, di mana praktik kebanyakan, apabila wang masuk, semua lesap, malah kerap berlaku, wang bukan hakpun disalahguna. Atas praktik itu, maka mereka merasa pelik, mengapa DS Najib mengembalikan wang derma itu?. Sebenarnya, mungkin, semasa DS Najib meminta bantuan, beliau memperkirakan wang sebanyak itu diperlukan, namun dengan mengambilkira keadaan dan juga peraturan pilihanraya, maka PRU-13, hanya memerlukan USD61milion, dan jumlah itu memang dalam jangkuan undang-undang pilihanraya. Oleh kerana tujuan permintaan bantuan kewangan itu untuk maksud pilihanraya, maka baki wang itu tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, kerana atas asas prinsip. Salah kah DS Najib menggunakan prinsip itu? Tepuk Dada Tanya Selera!!!

Tuesday, January 26, 2016

Wang Derma dan SRC International- Najib Tiada Kes

Sejak dilaporkan oleh The Wall Street Journal (WSJ) pada Julai 2015 berkaitan wang derma USD681 milion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank sebelum pembubaran Dewan Rakyat Tahun 2013, Perdana Menteri tenang-tenang sahaja, macam tiada sesuatu yang berlaku, malah beliau mengarahkan Ketua Audit Negara dan pihak berkuasa lain menjalankan siasatan terperinci, dan pada masa yang sama meminta pihak-pihak yang mensensasikan isu itu untuk bersabar, sehingga siasatan selesai.

Kesabaran Perdana Menteri itu, akhirnya pada hari ini, terdedah seluruhnya, bahawa wang itu merupakan derma peribadi daripada keluarga DiRaja Arab Saudi, bagi membantu Ds Najib berdepan dengan PRU-13. Walaupun wang sebanyak itu telah diberikan, namun hanya USD61milion sahaja yang digunakan, manakala USD620milion dikembalikan pada Ogos 2013.

Peguam Negara, tidak menjumpai sebarang salah laku berkaitan wang derma itu, manakala isu SRC International, didapati tiada sebarang bukti, yang mengarah kepada DS Najib, bahawa PM itu menyalahgunakuasa.

Moral kepada kejadian ini, tidak lain dan tidak bukan, DS Najib merupakan seorang yang amanah dan jujur, kerana jarang betul manusia bertindak demikian. 

Bagi mereka yang selama berpandangan serong terhadap DS Najib, bermuhasabah diri lah, bahawa ada manusia yang begitu jujur dan amanah. Natijahnya, perlu diakui, bahawa pemerintahan DS Najib, memang untuk membela rakyat, sesuai dengan kata-kata beliau "Saya tetap mendengar degup jantung rakyat" Tahniah Datuk Seri.

Antara Penyingkiran Mukhriz dan PRU-14

Politik Malaysia, jarang betul berkiblat pada individu. Dalam sejarah politik negara, tidak pernah berlaku, bahawa sesebuah kerajaan yang disokong majoriti tumbang kerana penyingkiran seseorang pemimpin.

Bermula daripada Dato Onn Jaafar Presiden Umno yang pertama yang meletakan jawatan kerana tidak mendapat kepercayaan daripada majoriti, tidak menyebabkan Umno hilang kuasa. Malah semasa mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad dipecat daripada Umno, Umno tidak hilang kuasa. Demikian juga penyingkiran beberapa pemimpin selepas pemilihan Tahun 1987, penyingkiran Dato Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998, tidak menyebabkan Umno kehilangan kuasa.

Proses penyingkiran Dato Seri Mukhriz Mahathir daripada jawatan Menteri Besar bermula apabila 14 Ketua Bahagian Umno Kedah, daripada 15 pada 20 Januari yang diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato Ahmad Bashah Hanifah telah hilang kepercayaan terhadap MB Kedah yang ke-11 tersebut. Kumpulan 14 itu antara lain disertai oleh dua Menteri Kabinet dan dua Timbalan Menteri serta berapa MP salah  seorang  adalah MP yang juga Pengerusi Lembaga Tabung Haji.

Perkembangan seterusnya, selepas sidang akhbar itu, satu pertemuan kumpulan itu dengan Perdana Menteri di Bangunan Umno-PWTC, namun tiada sebarang pengumuman. Namun, spekulasi daripada berbagai pihak termasuk laporan media termasuk blog pro Bn, kononnya 19 ADUN daripada 21, ADUN BN Kedah telah menandatangani surat akuan penyingkiran Mukhriz. 19 Adun itu, 17 daripada Umno and 2 ADUN MCA. Dalam perkembangan yang sama 2 ADUN MCA menafikan ada meletakkan tandatangan pada surat akuan yang telah siap disediakan.

Melihat kepada laporan walaupun belum disahkan, tiada sebab Mukhriz boleh bertahan pada jawatan MB, kerana sejarah Kedah membuktikan, setiap MB yang ingin diganti, lambat laun akan tersingkir.

Apa yang menjadi muskhil kepada Bn adalah, apa kah penyingkiran Mukhriz berimpak positif kepada parti itu, khususnya berdepan dengan PRU-14, kerana kumpulan yang menolak Mukhriz itu, merupakan kumpulan yang sama yang menyebabkan Bn Kedah kalah pada PRU-12, malah salah seorang daripada kumpulan itu, adalah MB Kedah pada masa itu.

Cara penyingkiran Mukhriz, tidak sama dengan penyingkiran MB lalu, kerana masa itu yang menggantikan MB bukan salah seorang pemimpin yang menyebabkan Bn kehilangan kuasa di negeri Jelapang padi itu.

Berasaskan sejarah politik tanah air, tiada pemimpin atau , kumpulan pemimpin yang menerajui sesebuah kerajaan yang tewas, kemudian bangun kembali mencapai kemenangan. Nampaknya, penyingkiran Mukhriz, akan mengembalikan Kedah kepada pemerintahan Pembangkang selepas PRU-14, and mungkin juga berimpak secara keseluruhan kepada Bn, sehingga Putrajaya terpaksa diserahkan

Monday, January 25, 2016

Mukriz- Hampir Pasti Digugur

Menurut sumber yang boleh dipercayai, daripada 21 ADUN Kedah, hanya Mukhriz dan Aminuddin Omar sahaja yang mempertahankan status quo, manakala 19 yang lain yang deketuai Ahmad Bashah Hanipah mendesak agar dilakukan penggantian Menteri Besar.

Pada Rabu lalu, 14 Ketua Bahagian Umno mengadakan sidang akbar atas sebab hilang kepercayaan kepada Pengerusi Perhubungan Umno negeri yang juga Menteri Besar- Dato Mukhriz Tun Dr Mahathir.

Pada PRU-13 lalu, dua hari sebelum pembuangan undi, Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengumumkan, jika Kedah berjaya dirampas daripada Pas, maka Mukhriz akan dilantik Menteri Besar. Ekoran pengumunan itu, telah berlaku "swing" luar biasa khususnya pada golongan muda mengundi calon-calon Bn, dan sebagai keputusannya, Bn mendapat 21 DUN dan Pakatan Rakyat 15, daripada 36 yang dipertandingkan.

Desakan menggantikan Mukhriz, dilihat bukan kerana beliau gagal mentadbir Kedah, akan tetapi lebih bersifat politik yang dihubungkan dengan tindakan Tun Dr Mahathir yang mahukan agar DS Najib Razak meletakkan jawatan.

Sejak Mukriz dilantik, belum pernah terdengar, bahawa MB itu gagal memerintah Kedah, malah sebaliknya. Rakyat Kedah sebenarnya menyokong anak Tun Dr Mahathir itu, atas sebab itu, dikatakan 90 peratus rakyat kedah menyokong Mukhriz. Oleh kerana penggantian MB, berasaskan kepada sokongan ADUN yang hanya berjumlah 21 berbanding 2juta rakyat negeri itu, maka adalah menjadi lumrah, jika seseorang tidak tergolong dalam jumlah yang sedikit itu, maka dengan sendirinya tersingkir. Lihat sahaja Timbalan Presiden parti dan Naib Presiden parti, boleh dipecat, apatah lagi Mukhriz yang berjawatan dalam parti kerana atas lantikan.

Sistem Umno/Bn, siapa sahaja yang tidak diinginkan oleh Presiden, maka akan secara automatik akan gugur. Atas prinsif itu, apapun tindakan Mukhriz, tidak akan ada impak, kerana penentuan kedudukan Menteri Besar adalah atas keputusan Presiden parti, bukannya keputusan suara majoriti rakyat. Sistem politik Malaysia, Menteri Besar atau Perdana Menteri bukan dipilih melalui undi semasa pilihanraya, akan tetapi dipilih oleh parti yang menang dalam pilihanraya. Atas sebab itu, Mukhriz sebenarnya tiada pilihan, beliau perlu meletakan jawatan secara terhormat.

Mengapa Tony Pua-Terus Menggunakan Maklmuat Sarawak Reports?

Apabila Sarawak Reports mendedahkan wang USD681 milion masuk ke akaun peribadi Perdana Menteri, ramai yang mengatakan, bahawa pendedahan itu hanya fitnah. Akan tetapi, apabila The Wall Street Journal membuat laporan yang sama, maka akhirnya diakui bahawa memang wujud sejumlah wang demikian dimasukan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, Kuala Lumpur. Oleh kerana laporan WSJ itu mendakwa wang itu adalah wang 1MDB, maka ianya dinafikan oleh Perdana Menteri sendiri, bahawa wang itu bukan daripada 1MDB, akan tetapi sumbangan daripada Timur Tengah.

Selepas berlarutan dengan berbagai dakwaan dan penjelasan seterusnya terpaksa mengorbankan dua pemimpin Umno dalam kabinet, peguam negara dan beberapa pegawai daripada SPRM dan PDRM, maka akhirnya “telah diterima” bahawa wang USD681milion aka RM2.6bilion merupakan “donataion” atau derma.

Kini timbul pula USD170milion-pendedahnya, masih Sarawak Reports, dan wang itu kononnya daripada sebuah syarikat yang bernama Blackstone Asia Real Estate Partners Limited yang didaftarkan di British Virgin Island dan syarikat itu dikatakan dikuasai Jho Low. Syarikat yang sama juga dilaporkan telah menyalurkan USD472.25 milion ke akaun bekas pengerusi Abu Dhabi’s Aabar Investment Khadem Al-Qubaisi. Al-Qubaisi pernah terlibat dalam urusniaga dengan 1MDB sebelum dipecat daripada syarikat Timur Tengah itu. 

Selain pendedahan terbaru Sarawak reports berkaitan dengan wang USD170milion itu, portal yang sama juga mendedahkan kononnya DS Najib Razak telah menggunakan kredit kad koprat milik SRC International berjumlah RM3.3milion. SRC International merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan yang diambilalih daripada 1MDB, selepas syarikat itu mendapat pinjaman RM4bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan .

Apa yang menjadi kekeliruan bagi rakyat Malaysia, apa kah memang betul, bahawa Sarawak reports sebagai pemitnah? dan semua laporannya auta? kerana semua pihak yang menyokong DS Najib, mengatakan bahawa portal itu hanya berbohong!!! Jika portal itu berbohong, mengapa laporan berkenaan USD681milion diakui betul??? Oleh kerana diakui bahawa laporan portal itu berkaitan USD681 betul, maka Tony Pua terus mempergunakan, apa sahaja laporan portal itu sebagai betul.

Portal online seperti Sarawak Reports, dengan keterhadan sumber dana dan jalinan, tidak mungkin boleh mendapatkan maklumat seperti yang dilaporkan, jika tiada seseorang yang berpengaruh dengan kekuatan kewangan terlibat sama bagi melaksanakan misi menjatuhkan DS Najib sebagai Perdana Menteri. Kekuatan kewangan yang ada pada seseorang itu, dapat membeli maklumat daripada pihak-pihak tertentu yang menyimpan maklumat yang ada kaitan dengan DS Najib.

Nampaknya, ekoran pendedahan terbaru Sarawak Reports, kemelut yang menyelubungi Perdana Menteri yang dihubungkaitkan dengan sejumlah wang, tidak akan berpengakhir, sebaliknya akan berterusan, selagi beliau tidak meletak jawatan. Atas sebab itu, Perdana Menteri akan terus berdepan dengan krisis kepercayaan rakyat!!!! Rakyat berdepan dengan persimpangan- apa kah mempercayai DS Najib atau laporan-laporan yang dibuat berkaitan beliau???

Thursday, January 21, 2016

Krisis Kedah

Meskipun 14 Ketua-Ketua Bahagian Umno menyatakan kehilangan kepercayaan terhadap Dato Mukhriz Tun Mahathir sebagai Menteri Besar and Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, sebenarnya, kenyataan itu hanya bersifat kenyataan peribadi, kerana ianya tidak mempunyai kedudukan undang-undang.

Untuk menyingkirkan seorang Menteri Besar, pertama- beliau kehilangan sokongan majority mudah ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Jika itu berlaku, maka ianya boleh dipertimbangkan oleh Sultan untuk diambilkira melantik Menteri Besar yang baru. Keadaan demikian pernah berlaku di Perak pada Tahun 2009 and Selangor Tahun 2014. 

Semasa Dewan Undangan Negeri bersidang, undi tidak percaya boleh dilakukan, and keputusan undi tidak percaya itu, akan dipersembahkan oleh Speaker kepada Sultan, jika memang MB tidak mempunyai sokongan majority mudah. Bagi Dun Kedah, majority mudah adalah 19 ADUN daripada 36. Namun jika DUN dalam keadaan berihat, maka ADUN-ADUN yang menolak MB perlu membuat surat akaun, and surat akuan itu perlu dipersembahkan kepada Sultan, jika jumlahnya mencapai sekurang-kurangnya 19 ADUN.

Melihat krisis kepimpinan di Kedah yang digerakan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Dato Ahmad Bashah Md Hanipah akan memakan masa yang panjang, sepertimana berlaku di Selangor.

Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak yang juga Presiden Umno, kena berhati-hati membuat keputusan, kerana jika keputusan bercanggah dengan keinginan rakyat Kedah, padah menunggu kepada Bn.

Pada PRU-13 lalu, menjelang pembuangan undi, Perdana Menteri yang juga Pengerusi Bn telah mengumumkan, jika Kedah berjaya dirampas daripada Parti Pas, maka Mukhriz akan dilantik Menteri Besar. Benar juga, rakyat Kedah menyahut pengumuman itu and mengundi Bn. Sebagai perbandingan, di Selangor tidak diumumkan siapa bakal Menteri Besar jika Bn menang, demikian juga di Kelantan. Sama-sama kita tahu, Bn kalah teruk di dua buah negeri itu.

Dalam politik yang berbicara adalah suara majority, bukannya pemimpin atasan. Meskipun para Ketua Bahagian Umno and kebetulan ada yang menjawat menteri, timbalan menteri serta ahli parlimen, tidak semestinya mendapat sokongan majority. Keadaan ini pernah berlaku di Sabah pada Tahun 1985, di mana sebelum pilihanraya negeri, boleh dikatakan semua para pemimpin yang mempunyai kedudukan menyokong Parti Berjaya pimpinan Datuk Harris Salleh (kini Tan Sri), namun keputusan pilihanraya, Parti Berjaya hanya menang 6 kerusi daripada 48 yang dipertandingkan.

DS Najib kena mengambil kira semua sudut politik, sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan dengan kedudukan Mukhriz.

Wednesday, January 20, 2016

Mukhriz Mahathir- Bakal Diganti

Perdana Menteri tiada pilihan, melainkan menggantikan Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar Kedah dalam waktu segera. Sebabnya, 14 Ketua Bahagian Umno negeri itu telah hilang kepercayaan kepada Dato Mukhriz Mahathir sebagai Pengerusi Perhubungan Umno dan Menteri Besar.

Mukhriz dilantik ke jawatan Menteri Besar selepas PRU-13 lalu, dan kemudiannya dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno negeri.

Kehilangan kercayaan para pemimpin Umno negeri terhadap Mukhirz, ekoran pergolakan politik yang dikemudikan oleh bapanya, yang secara bertali arus mengecam kepimpinan Perdana Menteri dan Presiden Umno.

Selain itu tindakan Muhkriz yang nampak sealiran dengan bapanya, walaupun tidak langsung, namun ditunjukkan melalui perbuatan.

Tindakan Mukhriz yang amat ketara melawan arus kepimpinan, apabila beliau melawat Tan Sri Muhiyiddin Yassin sebaik sahaja dipecat daripada jawatan, dan kedua beliau semasa PAU Umno pada Disember lalu apabila menghoskan makan malam untuk Muhyiddin dan Dato Shafie Apdal.

Dalam mesyuarat Umno Kedah pada Rabu seperti yang dilaporkan Berita Harian- Pemimpin UMNO Kedah hilang kepercayaan terhadap Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Menteri Besar Kedah dan Pengerusi UMNO negeri. Perkara itu diumumkan Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah selepas perjumpaan tertutup pemimpin UMNO negeri di Grand Alora Hotel, Alor Setar, sebentar tadi.

Sehubungan itu, katanya, seluruh kepimpinan UMNO Kedah merayu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat perubahan segera terhadap kepimpinan tertinggi parti negeri dan jawatan Menteri Besar Kedah. Seramai 14 ketua bahagian hadir kecuali Jerlun, Padang Terap dan Kulim Bandar Baharu yang diwakili timbalan ketua bahagian masing-masing. Yang hadir sama ketua semua sayap parti dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional.

Mengulas lanjut, Ahmad Bashah berkata, kata sepakat itu dicapai berikutan kelemahan serta ketidakupayaan Mukhriz yang dilihat gagal menyatupadukan kepimpinan dan jentera parti di semua peringkat. Alasan lain diberikan, katanya termasuk tiada sebarang perancangan strategik parti dilakukan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), serta kegagalan Mukhriz dalam mengetuai dan menggerakkan jentera parti selepas mengambil alih kepimpinan negeri. "Sebagai Menteri Besar, beliau gagal mengurus tadbir kerajaan negeri secara berkesan. "Dengan ini kami merayu keprihatinan Perdana Menteri untuk membuat perubahan segera ke atas kepimpinan tertinggi parti negeri serta jawatan Menteri Besar Kedah," katanya.

Sunday, January 17, 2016

Apa Yang Silap Dengan Sistem Kita??

Sistem di negara ini sejak merdeka- Tiada jaminan, bahawa mereka yang graduate akan berjaya, demikian juga mereka yang hanya tamat sekolah menengah tidak berjaya. Berjaya yang dimaksudkan-adalah daripada segi keupayaan kewangan dan harta benda. Boleh dilihat, di mana-mana sektor, apa kah politik, perniagaan, kontraktor dan sebagainya. Dalam konteks ini tidak berbicara berkenaan jawatan sektor awam.

Dalam segi politik, bermula daripada peringkat bawah, jarang betul mereka yang graduate memegang ketua cawangan. Demikian juga dilihat pada ahli jawatan kuasa bahagian, jarang betul, mereka yang graduate menganggotai bahagian sesebuah parti, kalaupun ada, kerana seseorang itu menjadikan pendekatannya segolongan dengan kumpulan ramai.

Kontraktor misalnya, jarang mereka yang graduate mempunyai syarikat besar, yang mendapat peluang kontrak besar. Cuba lihat disekeliling kita, siapa kah kontraktor yang berjaya mendapat kontark??? sebagai contoh pembekal makanan bagi asrama-asrama sekolah. Kontaktor pembinaan, kontrak membuat jalan atau menaiktaraf jalan-jalan, atau memperbaiki gabian-gabian atau membinanya atau sebagainya.

Baru semalam kita menyaksikan, bahawa si pulan tercicir dalam peperiksaan SPM, atas sebab itu, tidak layak memasuki mana-mana institusi pengajian. Namun kerana si pulan, ramai kawan sebaya, yang segolongan, maka dalam organisasi massa seperti politik, boleh menang jawatan. Kelap kelip, si pulan yang graduate dan memegang jawatan gred 48, hanya mampu beli myvi atau pesona, namun si pulan yang tercicir itu, sudah mampu memandu kereta berkapasiti 6000cc. daripada jenama yang trending. sebabnya, sipulan yang tercicir itu mendapat peluang cetak duit. peluang itu, hanya kerana menjadi penyokong kepada seseorang yang ada kuasa dalam poltik.

Melihat scenario di atas itulah, mengapa Dasar Ekonomi Baru yang dicetuskan Perdana Menteri Kedua gagal, kerana mereka yang mendapat peluang itu, tidak dapat bertahan, kerana mereka tidak mempunyai keupayaan mengurus peluang itu. Bayangkan sejak DEB diwujudkan, sebanyak RM52bilion ekuti sepatutnya menjadi milik golongan sasar melalui dasar itu, namun daripada jumlah itu, hanya berbaki RM2bilion dimiliki oleh sasaran dasar itu. Di mana silapnya??? silapnya adalah kerajaan tersalah beri peluang-Titik. Namun, apa yang pasti, kerajaan tidak mengambil iktibar terhadap kegagalan itu, konsep lama diteruskan. Atas sebab itu, mereka yang diberi peluang itu, tidak mampu berfikir, bahawa peluang yang diberikan pada mereka, sebenarnya sebagai katalis untuk melebarkan sayap dan membawa yang lain berjaya seperti mereka. Namun semua itu tidak berlaku, apa yang berlaku, mereka yang diberi peluang itu, mempamerkan kejayaan untuk konsumsi sendiri dan lifestyle sendiri. 

Lumrah kehidupan, apabila peluang pertama dikecepai, maka akan beterusan, kerana jalinan antara pemberi peluang sudah berlaku, malah kedua belah pihak saling memerlukan, dan mengwujudkan persefahaman yang bersifat, u take care of me, I will take care of u. Contoh kecil, pembekal makanan dan minuman ke asrama sekolah misalnya, meskipun tiap dua tahun bertukar syarikat, namun pengendalinya adalah orang yang sama. Sebab, mengapa syarikat itu mendapat peluang, selain jalinan pengendali syarikat dengan sipemberi peluang, juga kerana pengalaman yang sudah ada, serta jaminan kewangan yang ada pada sesebuah syarikat baru itu (seolah-olah syarikat baru tiba-tiba kaya atas sebab mempunyai kewangan yang mencukupi). (ini contoh kecil, akan tetapi mereka yang mendapat peluang, jika dulu hanya memandu proton, kini bermacam jenama kereta trending parking di halaman rumah- ertinya pembekal makanan dan minumanpun boleh mendapat kekayaan yang tidak mungkin diperolehi oleh penjawat awam yang graduate).

Kalaulah, sistem dalam negara ini- peluang diberikan berasas merit, sudah tentu, mereka yang mempunyai pengetahuan akan dapat merebut peluang itu. Jika itu yang berlaku, maka pengurusan peluang akan terjadi, kerana sifat manusia yang berpengetahuan adalah suka bersaing berasaskan keupayaan. Apabila berlaku cara itu, maka semakin ramai yang terlibat, sebagai contoh, bagaimana kejayaan Microsoft, apple, Samsung and sebagainya. Malah, menurut founder apple- Steve Jobs, janganlah kita mengajar mereka yang pintar yang bekerja dengan kita, sebaliknya, kita perlu menunggu, apa yang mereka beritahu kita, apa yang perlu dibuat/lakukan. 

Bagi mereka yang bepengetahuan, apabila peluang berjaya direbut, maka peluang itu secara terus meneruskan mempergunakan keadah SWOT, yang akhirnya bukan sahaja memajukan peluang yang telah diberikan, akan tetapi membuka peluang-peluang baru. Kalau cara itu dipraktikkan daripada awal-awal lagi melalui DEB, mungkin ekuiti RM52bilion masih dimiliki golongan sasar!!!.

Boleh kah sistem memberi peluang di negara kita berubah??? daripada yang sekecil-kecilnya hinggalah yang besar-besar!!! supaya, peluang yang diberikan dapat diurus dengan baik, danseterusnya membuka peluang baru????

Tindakan Tun Dr Mahathir Selepas Bersara

Tun Dr Mahathir Mohammad bersara daripada jawatan Perdana Menteri pada 31 Oktober 2003 untuk memberi laluan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi. Meskipun telah bersara, beliau pada masa itu, masih juga memberi pandangan, apa yang seharusnya boleh dilakukan dan apa yang tidak, kepada penggantinya. Masa itu, ramai yang beranggapan, bahawa Malaysia cukup beruntung kerana seorang negarawan yang telah bersara, masih juga perihatin kepada negara.

Tun Dr Mahathir sebelum dilantik ke jawatan Perdana Menteri, beliau telah menjadi perhatian rakyat apabila menulis buku Dilemma Melayu (The Malay Dilemma) serta tindakan beliau mendesak Tunku Abdul Rahman meletakkan jawatan, kerana mendakwa bahawa Perdana Menteri pertama itu lebih condong kepada kaum cina berbanding kaum melayu. Kenyataan beliau itu, telah mengakibatkan beliau turut kalah dalam pilihanraya, kerana pengundi cina tidak mengudi calon parti perikatan bagi parlimen Alor Setar di mana calonnya adalah beliau sendiri.

Tindakan Tun Dr Mahathir menulis buku Dilemma Melayu, bagaikan menyapu garam ke luka yang belum sembuh, kerana peristiwa 13 May, pergaduhan antara melayu dan cina. 

Tahun 1981 Tun Dr Mahathir dilantik ke jawatan Perdana Menteri, kerana pengunduran diri Tun Hussien Onn, kononnya kerana faktor kesihatan, walaupun terbukti kemudian, kesihatan bukanlah penyebab PM ke-3 itu meletakkan jawatan, kerana mantan PM ke-3 itu sempat menyertai S-46, walaupun berpatah balik kemudiannya.

Apabila Tun Dr Mahathir dilantik sebagai Perdana Menteri, ramai yang menduga bahawa perang saudara akan berlaku, kerana beliau adalah pencetus idea itu melalui buku beliau Dilemma Melayu, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, kaum cina dan india yang jutawan, berubah kepada multi jutawan.

Mempergunakan kaum cina dan bukan melayu sebagai punching bag terus digunakan apabila Tengku Razalegh Hamzah bertanding Jawatan Presiden Umno tahun 1987. Dengan propaganda, jika KULI menang, maka Malaysia akan mendapat Perdana Menteri yang bertindak sebagai proxi kaum cina. Akibat kempen itu, KULI tewas dalam pertandingan itu.

Benarlah kata orang, apa yang diucapkan oleh Tun Dr Mahathir sebenarnya bukan perkara sebenar yang berlaku, akan tetapi perhatikan kepada tindakan beliau. Selepas KULI kalah kerana kononnya jika KULI jadi PM, maka kaum lain akan bertambah kaya, namun apa yang berlaku, kaum yang digunakan mengalahkan KULI diperkayakan seterusnya, sehingga beliau bersara.

Tun Dr Mahathir pakar sangat mempergunakan sentimen perkauman. Sebagai bukti pada PRU 1999, sebenarnya di atas kertas BN akan tumbang, ekoran pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim pada Tahun 1998. Kepintaran PM ke-4 itu mempergunakan kartu perkauman, membuatkan kaum cina dan india mengundi Bn pada tahun PRU itu, kerana kempen yang dahsyat yang mengatakan, jika Bn kalah, maka 13 May akan berulang. Pergaduhan atau kedudukan negara yang kacau adalah musuh utama orang-orang kaya, dan orang-orang kaya itu adalah bukan melayu. Oleh kerana melayu bukan golongan kaya, atas sebab itu kempen 13 may bakal berlaku tidak dipedulikan, sebab itu kaum melayu mengundi pembangkang, sehingga Negeri Terengganu jatuh ke tangan Pas.

Pada 15 Januarii, Tun Dr Mahathir menulis dalam blog beliau chedet.cc yang membicarakan soal-soal keyakinan kepada kerajaan Bn. Kononnya, ketidak yakinan kepada kerajaan hari ini, hanya kerana seorang individu- DS Najib Razak. Apa yang cuba dinafikan oleh mantan PM itu, ketidakyakinan kepada kerajaan sebenarnya bermula sejak Tahun 2008, apabila beliau mengecam Tun Abdullah Badawi.

Selain itu, mantan PM itu mendakwa bahawa pemecatan bebebarpa pemimpin daripada kabinet, para pegawai kerajaan termasuk peguam negara, adalah punca kepada ketidak yakinan rakyat kepada kerajaan Bn pimpinan DS Najib. Apa yang beliau lupa, bahawa beliau pernah memercat hakim, ketua hakim dan pemimpin kerajaan kerana tidak sehaluan dengan beliau semasa beliau menjawat Perdana Menteri. Kini beliau bercakap pula, memecat orang-orang tertentu, walaupun boleh menjahanamkan pentadbiran negara, adalah salah, dan menurut beliau pemecatan itu, mengambarkan bahawa dakwaan terhadap DS Najib adalah benar, namun bagaimana pula pengertian semasa beliau bertindak serupa pada masa lalu??? tepuk dada tanya selera.

Thursday, January 14, 2016

Umno Sabah Merayakan Jublee Perak Pada 22 Februari 2016

Umno Sabah genap berusia 25 tahun pada Tahun 2016. Parti terbesar melayu itu, mula bertapak di Sabah melalui jemputan parti Usno pada Tahun 1991, ekoran peristiwa tikam belakang parti Bersatu Sabah (PBS) menjelang pembuangan undi pada PRU 1990. Umno secara rasminya bertapak melalui PRK Usukan, Kota Belud pada September 1991 sehingga daerah itu mendapat julukan anak sulung Umno Sabah, apabila calon sulung parti itu di Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS mantan Pegawai Daerah Kota Belud, Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).

Kehadiran Umno di Sabah berdepan dengan cabaran besar, meskipun parti itu, senantiasa menang besar di Semenanjung. Ujian pertama parti itu pada PRU 1994, meskipun bersaing neck to neck dengan PBS, namun parti itu bersama gabungan Bnnya, tidak menang, di mana PBS mendapat 25 manakala Umno dan komponen lain hanya mendapat 23 daripada 48 kerusi Dun yang dipertandingkan.

Walaupun Bn yang ditunjangi Umno tidak menang dalam pilihanraya, namun berlaku "lompat parti" yang dilakukan oleh wakil rakyat PBS- Datuk Lajim Ukin yang mewakili Dun Klias, dan Datuk Rubin Balang yang mewakili Dun Kemabong. Ekoran peristiwa itu, maka Bn menubuhkan kerajaan, dengan sistem baru, iaitu pengiliran Ketua Menteri. Selama sistem itu berjalan, telah bertukar tujuh Ketua Menteri Sabah yang bermula daripada Tun Sakaran Dandai, sehinggalah ke Datuk Seri Musa Aman. Sebelum Musa, selepas Tun Sakaran, urutannya adalah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat, dan kemudian Ketua Menteri Sabah yang ada sekarang- Datuk Seri Musa.

Sebenarnya penguasaan Umno belum mantap sehingga Tahun 1999, di mana saingan parti itu yang terdekat adalah PBS. Pada PRN Tahun 1999, Bn yang ditunjangi Umno telah menang, namun PBS masih mendapat 17 kerusi daripada 48 Dun Negeri. Meskipun Bn menang, akan tetapi hanya menang majoriti mudah, kerana bukannya kuasa 2/3, kerana Bn kurang satu kerusi.

Pada PRU-2004, dengan penggunaan persempadanan baru, daripada 48 ke 60, juga PBS menyertai semua Bn pada Tahun 2002, maka pada PRN yang dikemudi Datuk Musa, Bn hampir menyapu bersih kerusi Dun dan Parlimen, kecuali Dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan. Pada PRU berikutnya, iaitu pada Tahun 2008, keputusan yang serupa berulang, hanya bertukar kawasan bagi bagi Dun, iaitu Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu.

Pada PRU-13, iaitu ibu kepada semua PRU di negara ini, untuk pertama kali selepas Tahun 2004, parti pembangkang mendapat 12 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen, namun kerajaan negeri yang dibentuk masih mempunyai kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.

Apa yang manisnya selama pemerintahan Bn yang ditunjangi Umno, Sabah yang sebelumnya tersenerai sebagai negeri termiskin dengan kadar kemiskinan hampir 20 peratus, selama 25 tahun, angka itu berkurang drastik, dan kini hanya pada kadar 4 peratus. Selain itu, keadaan kewangan negeri yang hampir muflis, kini simpanan kewangan negeri berada pada paras di atas RM3bilion, dengan bajet Tahunan bertambah satu setengah kali ganda, ertinya pendapatan negeri juga bertambah dengan jumlah yang sama.

Dalam tempoh masa 25 tahun, gerak pembangunan negeri cukup mantap, antaranya penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), penaiktarafan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan, pembinaan lebuhraya Putatan Papar, terealisasinya Lebuh Raya Trans Borneo, serta pembangunan kawasan-kawasan lain seperti Sandakan, Tawau, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, serta wujudnya kawasan PBT baru- Putatan. Selain itu, di mana pemerintahan Bn jugalah, Kota Kinabalu dijadikan Bandar.

Kalau disenaraikan kejayaan Bn yang ditunjangi Umno, maka tulisan ini, tidak akan dapat berakhir kerana terlalu panjang. Tulisan dalam blog, kalau terlalu panjang, boleh membosankan pembaca, untuk pertimbangan itu, AYT akan menulis di tulisan yang lain, untuk menerangkan pencapaian Bn yang ditunjangi Umno sejak 25 Tahun lalu.

Wednesday, January 13, 2016

Kemana Sudah Kempener Anti Najib???

Kalau pemimpin pembangkang berkempen menjatuhkan DS Najib, memanglah, kerana tugas mereka demikian. Akan tetapi, jika ada pemimpin satu parti berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, itu namanya, menentang kepimpinan. 

Bermula pertengahan tahun lalu, kempen menjatuhkan Perdana Menteri (AYT hanya merujuk kepada pemimpin satu parti) dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad. Fokus utama mantan PM itu menjatuhkan PM ke-6, mempergunakan 1MDB sebagai bom, dan kemudiannya diikuti oleh wang derma RM2.6bilion.

Pada masa itu, apa sahaja penjelasan berkaitan 1MDB, semuanya tidak diterima, termasuk rancangan rasionalisasi syarikat gergasi milik Kementerian kewangan itu. Apa yang pelik, dua pemimpin kanan parti dan kebetulan seorang menjawat jawatan Timbalan Presiden dan seorang lagi menteri kanan, selaku menteri KKLW, ikut menjadi sebahagian daripada kumpulan menjatuhkan Perdana Menteri, walaupun tindakan mereka secara tidak langsung, namun secara berkias. Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Shafie Apdal, hanya fokus kepada 1MDB, kononnya, kenyataan mereka, ingin membantu Perdana Menteri merungkai masalah yang didepani syarikat itu.

Pada pertengahan tahun lalu juga, DS Najib meminta pengeritik 1MDB agar menunggu siasatan daripada pihak yang diminta menyiasat syarikat itu, termasuk Ketua Audit Negara, SPRM, Bank Negara dan PAC Dewan Rakyat, untuk mengenal pasti, apakah benar, ada berlaku salah guna kuasa dalam syarikat itu, sehingga mengumpul hutang sehingga RM42bilion. Namun, mereka yang mahu Najib letak jawatan, tidak sabar menunggu temuan siasatan, sebaliknya serangan bertali arus dijalankan, termasuklah bantuan media asing seperti The Wall Street Journal, New York Times, dan portal pemitnah Sarawak Reports.

DS Najib merupakan pemimpin yang disifatkan telah tamat ilmu, sehingga, apa sahaja serangan kepada beliau, beliau tetap steady, malah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau tidak akan mengalah dan tidak akan sesekali meletakan jawatan. Pendirian beliau itu, disebabkan mendapat sokongan padu daripada ahli majlis tertinggi parti, kabinet beliau dan juga Ketua-Ketua Bahagian Umno. Bukan setakat itu sahaja, semua pemimpin komponen parti Bn, tetap teguh berdiri di belakang beliau.

Kempen menjatuhkan Najib, hampir tiba ke garisan penamat, apabila mereka gagal menolak Bajet2016 melalui kolaborasi dengan parti pemabangkang, apabila melalui undian, 128 wakil rakyat menyokong, manakala yang menolak 74. (Bn secara keseluruhan mempunyai 134 ahli parlimen). Sebelum itu, ujian ke atas kepimpinan DS Najib, masih diterima kah tidak, apabila masa pengundian penggantuang MP veteran DAP, Lim Kit Siang, di undi yang setuju melebihi jumlah MP Bn.

Apabila PAU yang berlangsung pada Disember 2015, disitu, para kempener yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, bukan sahaja kalah TKO akan tetapi knock out.

Tidak dinafikan kempen menjatuhkan Perdana Menteri memang berimpak. Ini terbukti, apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana Bn untuk pertama kalinya kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, dan tidak mampu diperbaiki pada PRU-13, apabila jumlah kerusi Bn berkurang 7 berbanding pencapaian pada PRU-12 (Tahun 2008), iaitu daripada 140 ke 133.

Tidak dapat dipastikan apa kah impak kempen menjatuhkan DS Najib yang gagal mempunyai impak kepada BN pada PRU-14, namun apa yang pasti, rakyat sudah mula sedar, bahawa kepimpinan DS Najib sebenarnya, lebih condong kepada pembelaan rakyat jelata, berbanding tauki-tauki besar, seperti yang berlaku semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Pada masa ini dan seterusnya, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, adalah menjalankan penerangan secara terus menerus, berkaitan kedudukan kerajaan dalam semua segi, apa kah soal-soal ekonomi dan semacamnya.

Peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama agensi di bawah kementerian itu, mempunyai tugas berat. untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan Bn, seperti mana pernah dilakukan oleh Kementerian dan jabatan-jabatan di bawah naungannya semasa post kemerdekaan.

Kata orang, untuk kejayaan sesuatu organisasi, perlu diletakkan orang yang tepat dan sesuai. Dan Dato Seri Najib memang tidak salah, apabila melantik Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said bagi menerajui kementerian itu.

Tuesday, January 12, 2016

Soal Keyakian Kepada Kerajaan Pimpinan DS Najib-Seharusnya Tidak Timbul Lagi

Hujung Tahun lalu, khususnya sebelum bajet2016 diluluskan Dewan Rakyat, berbagai media tempatan dan antarabangsa, khususnya media yang tidak menyokong kerajaan Bn, saban hari meniuapkan propaganda berkaitan keyakinan kepada kepimpinan DS Najib Razak. Melalui propanganda tersusun itu, pasaran saham negara juga terimpak, dan menyebabkan pelabur menjual saham mereka, sehingga indeks saham negara menurun. Akibat penjualan besar-besaran saham di bursa Malaysia, meningkat 10 kali ganda berbanding Tahun 2014 menyebabkan oouflow wang Malaysia meningkat, sehingga berimpak kepada penurunan nilai ringgit terhadap dollar Amerika. Penurunan nilai ringgit selain outflow yang tinggi, juga disebabkan oleh harga minyak mentah yang merundum daripada USD100 setong turun ke paras USD32 setong.

Dalam usaha berbagai pihak, khususnya pembangkang dalam negara, agar keyakinan terhadap kepimpinan DS Najib menjunam, maka mereka mempergunakan dua isu, iaitu 1MDB dan wang derma RM2.6bilion. Kerana dua faktor ini jugalah, dua pemimpin kanan Umno dipecat daripada jawatan kabinet, kerana dilihat bersengkokol dengan pihak-pihak yang menjatuhkan kerajaan pimpinan DS Najib.

Selain pembangkang, dengan dibantu media asing seperti The Wall Street Journal, The New York Times, Times yang semua milik Rupert Murdoch, selain blog pemitnah The Sarawak Reports, juga di dalam negara dibantu The Age, media online seperti The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, Malaysiakini, juga dibantu oleh red beans army juga dirancakan oleh Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, selain melalui sidang-sidang akhbar juga melalui tulisan-tulisan beliau di blog beliau chedet.cc.

Semakin rancaknya serangan terhadap kerajaan kepimpinan DS Najib, sehingga ahli parlimen pembangkang, mengambil tindakan, untuk membuat usul di Dewan Rakyat untuk undi tidak percaya kepada Perdana Menteri ke-6 itu melalui tindakan menolak Bajet2016. Sebelum tindakan itu bermula di Dewan Rakyat, pihak pembangkang, meniupkan persepsi, bahawa kononnya, mereka mempunyai sokongan, bukan sahaja sebulat suara daripada parti-parti pembangkang, akan tetapi melibatkan sekurang-kurangnya 40 wakil rakyat Barisan Nasional.

Kini, semua kita maklmum dan tahu, bahawa keputusan tindakan menolak Bajet2016 berpihak kepada kerajaan pimpinan DS Najib, kerana pada proses pengundian itu, Bn mendapat undi 128 lawan 74. (Bn mempunyai 134 kerusi parilmen daripada 222). Melihat kepada keputusan itu, maka sekaligus telak mnolak andaian bahawa DS Najib tidak mendapat sokongan wakil-wakil rakyat Bn. Sokongan wakil-wakil rakyat Bn menggambarkan sokongan rakyat, kerana semua wakil rakyat yang menyokong kepimpinan PM ke-6 itu merupakan wakil rakyat.

Bukti berikutnya, bahawa kepimpinan DS Najib mendapat sokongan dan keyakinan, apabila melalui PAU Umno, setiap saat ucapan Presiden parti, bukan sahaja perwakilan bertepuk tangan, malah berdiri memberi sokongan. 

Kedua-dua keadaan, iaitu sokongan wakil-wakil rakyat Bn dan parti Umno kepada DS Najib Razak, seharusnya membuka mata kepada pengeritik beliau, bahawa persepsi mereka, bahawa PM ke-6 itu berdepan dengan krisis keyakinan daripada rakyat adalah tidak benar, dan anggapan mereka itu, hanya cipataan mereka sendiri. 

Seharusnya jika pihak pengeritik DS Najib Razak, bersifat gentleman, maka seharusnya berhenti membuat kritikan, dan menerima kenyataan.

Bagi seseorang pemimpin, untuk meneruskan kepimpinannya, maka pertama mendapat kepercayaan daripada parti yang dinaunginya dan kedua mendapat kepercayaan daripada wakil-wakil rakyat yang separti atau sekomponen. Mereka yang tidak sehaluan, perlu menghormati suara majoriti, dan bertindak menegakan benang basah atau memaksa suara minoriti agar diikuti oleh suara majoriti.

Saturday, January 09, 2016

Sabah Negeri Pertama Wujud Indeks Belia

Pada selesa lalu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman melancarkan Indeks Belia Sabah 2015 (IBS'15) bagi mengukur kesejahteraan hidup golongan itu. Sabah merupakan negeri pertama membangunkan Indeks Belia di negara ini. Pelancaran indeks Belia Sabah, merupakan pelancaran kedua selepas indeks belia kebangsaan dilancarkan tahun lalu.

Dalam ucapan Ketua Menteri semasa majlis pelancaran itu, beliau memaklumkan, bahawa lebih RM200juta melalui Bajet negeri Tahun 2016 telah diperuntukan kepada pelbagai agensi untuk melaksanakan program pembangunan belia negeri. Selain itu, kerajaan negeri juga turut menawarkan pelbagai kemudahan kepada belia termasuk menyediakan tanah kepada mereka yang berminat menjadi usahawan tani.

Musa juga menegaskan, bahawa kerajaan negeri akan terus menyediakan ruang dan peluang untuk memperkasakan belia. Tambah Ketua Menteri itu lagi, pembangunan belia adalah proses berterusan yang digembleng secara bersepadu berpaksikan potensi kepemimpinan, kepakaran dan keusahawan.

Pada Majlis pelancaran itu, selain Menteri Belia dan Sukan Persekutuan, Menteri Belia dan Sukan Negeri Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, pembantu Menteri kementerian berkenaan juga turut hadir.

Monday, January 04, 2016

Harga Minyak Turun Menjunam!!!! Releven Lagi Kah Royalti minyak???

Kalau melihat keuntungan bersih Petronas tahun 2014 dibandingkan dengan Tahun 2015, ianya turun hampir 91 peratus daripada RM15.1bilion kepada RM1.4bilion. Malah negeri yang secara berkala mendapat royalti minyak, Sabah telah membuat unjuran, bahawa tahun 2016, hanya akan mendapat RM900 juta. Melihat kepada keuntungan bersih Petronas itu, pendapatan kerajaan melalui cukai petroleum juga menunjam.

Berdekad lamanya, negara menikmati pendapatan daripada hasil petroleum, namun akibat menjunamnya harga minyak hitam itu di pasaran dunia, maka telah memberi impak yang sangat ketara kepada pendapatan negara. Banyak yang mengandaikan, kerana harga minyak menurun, maka nilai ringgit juga menurun. Melihat kepada trend kepada kedua-duanya, macam ada kebenarannya, kerana kadar penurunan harga minyak hampir selari dengan penurunan nilai ringgit.

Di Sabah and Sarawak, isu royalti menjadi permainan para pemimpin politik, malah rakyat disogokkan dengan berbagai janji, bahawa jika mereka menguasai kerajaan, maka royalti dinaikkan daripada 5 peratus ke 10 atau 20 peratus. Melihat kepada menurunnya pendapatan daripada minyak, kerana impak kepada lebihan penawaran di pasaran dunia yang mengakibatkan harga turun dengan drastiknya, bukan sahaja pendapatan daripada minyak mengecil, malah industri itu dikatakan hampir tidak berdaya maju lagi.

Dengan keadaan industri minyak untuk masa sekarang, tidak lagi menjanjikan pendapatan yang lumayan, masih ada pemimpin lagi kah yang mahu menjanjikan, jika menguasai kerajaan, maka bayaran royaliti dinaikkan??? Kalaupun, masih juga menjanjikan, boleh sahaja janji itu di atas kertas, tetapi tidak mempunyai nilai kewangan.

Melihat kepada keadaan perekonomian global masa kini and akan datang, negara pengeluar komoditi pertanian atau perkebunan boleh menjadikan produk mereka sebagai primadona perekonomian negara berkenaan. Bagi Malaysia, beruntung kerana merupakan pengeluar minyak kelapa sawit ke dua terbesar dunia and pengeluar susu getah. Kelebihan kepada dua komoditi itu, kerana kedua-duanya berorentasikan eksport, ertinya, pendapatan dalam segi ringgit kelihatan besar, kerana akibat penurunan nilai ringgit.

Untuk sementara, Malaysia hanya ada kelapa sawit and getah, untuk menyelamatkan ekonomi, tanpa dua komoditi itu, negara akan berdepan dengan peluang mendapatkan pendapatan untuk negara.

Sepintas lalu, negara masih mendapat pendapatan untuk tujuan pembangunan melalui pencukaian baru (GST), namun pencukaian baru itu, menguntungkan negara secara jangka pendek, akan tetapi membebankan dalam jangka masa yang panjang, iaitu melalui dua cara, pengguna kehilangan daya beli, manakala penguasaha atau peniaga kehilangan peluang meningkatkan produkti, kerana kurangnya permintaan. Apabila peniaga/pemguasa dapat meingkatkan produkti, maka menutup peluang membuka cawangan baru, ertinya peluang pekerjaan yang ditawarkan juga nihil. Bagi negara, untuk mengatasi masalah ini, maka perlu membuka peluang kepada komoditi baru yang berorentasikan eksport, agar supaya banyak dollar masuk ke dalam negara yang boleh dijadikan sebagai modal pelaburan untuk membuka kilang-kilang baru atau perniagaan baru untuk mencipta peluang pekerjaan.

Komoditi Halal misalnya untuk pasaran negara-negara islam, perlu dipertingkatkan, kerana melaluinya, peluang kemasukan dollar ke negara ini impak kepada eksport akan menutup kehilangan pendapatan daripada industi minyak.

Negeri-negeri yang mempunyai tanah pertanian/perkebunan yang masih luas seperti Sabah, Sarawak, Pahang and Johor perlu dibantu oleh kerajaan Persekutuan membuka ladang-ladang kelapa sawit atau getah, juga tanaman kontan lainnya bagi mendorong peningkatan komoditi untuk eksport.

Kata orang-orang tua berbudi kepada tanah, mempunyai jaminan masa depan yang cerah, di mana sebelum ini merupakan landasan perekonomian negara, namun ditinggalkan selama 22 tahun semasa pemerintahan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad.

Pada Tahun 2004, mengembalikan landasan negara ini kepada bentuk agrarian dicetuskan oleh Mantan Perdana Menteri ke-5, melalui konsep agropoliten and segi tiga koridor, namun ianya tidak berjaya dilaksanakan kerana singkatnya pemerintahan beliau.

Pada Tahun 2009, selepas Perdana Menteri sekarang mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau mengimplimentasikan perekonomian yang bercorak industri yang berimpak tinggi sebagai game changer, namun, keterbatasan modal insan and teknologi serta berlakunya fenomena perekonomian global yang tidak menentu, membuatkan industri berimpak tinggi itu, tidak membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat secara umumnya. Malah, jika benar satu laporan, bahawa pada tahun 2015, terdapatnya 400,000 graduan sedang menganggur, kerana tidak dapat menggunapakai, ilmu yang dipelajari semasa di instituasi pengajian tinggi.

Bagi berdepan dengan fenomina perekonomian dunia, apa kah negeri-negeri yang mempunyai kawasan balak, mahu membuka semula industri itu??? fikir-fikrkan lah

Blog Archive