Umno Sabah genap berusia 25 tahun pada Tahun 2016. Parti terbesar melayu itu, mula bertapak di Sabah melalui jemputan parti Usno pada Tahun 1991, ekoran peristiwa tikam belakang parti Bersatu Sabah (PBS) menjelang pembuangan undi pada PRU 1990. Umno secara rasminya bertapak melalui PRK Usukan, Kota Belud pada September 1991 sehingga daerah itu mendapat julukan anak sulung Umno Sabah, apabila calon sulung parti itu di Sabah Allahyarham Tun Datu Mustapha Datu Harun menang mengalahkan calon PBS mantan Pegawai Daerah Kota Belud, Jap Omar (Jap kini telah menyertai Umno).
Kehadiran Umno di Sabah berdepan dengan cabaran besar, meskipun parti itu, senantiasa menang besar di Semenanjung. Ujian pertama parti itu pada PRU 1994, meskipun bersaing neck to neck dengan PBS, namun parti itu bersama gabungan Bnnya, tidak menang, di mana PBS mendapat 25 manakala Umno dan komponen lain hanya mendapat 23 daripada 48 kerusi Dun yang dipertandingkan.
Walaupun Bn yang ditunjangi Umno tidak menang dalam pilihanraya, namun berlaku "lompat parti" yang dilakukan oleh wakil rakyat PBS- Datuk Lajim Ukin yang mewakili Dun Klias, dan Datuk Rubin Balang yang mewakili Dun Kemabong. Ekoran peristiwa itu, maka Bn menubuhkan kerajaan, dengan sistem baru, iaitu pengiliran Ketua Menteri. Selama sistem itu berjalan, telah bertukar tujuh Ketua Menteri Sabah yang bermula daripada Tun Sakaran Dandai, sehinggalah ke Datuk Seri Musa Aman. Sebelum Musa, selepas Tun Sakaran, urutannya adalah Datuk Seri Dr Salleh Tun Said, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat, dan kemudian Ketua Menteri Sabah yang ada sekarang- Datuk Seri Musa.
Sebenarnya penguasaan Umno belum mantap sehingga Tahun 1999, di mana saingan parti itu yang terdekat adalah PBS. Pada PRN Tahun 1999, Bn yang ditunjangi Umno telah menang, namun PBS masih mendapat 17 kerusi daripada 48 Dun Negeri. Meskipun Bn menang, akan tetapi hanya menang majoriti mudah, kerana bukannya kuasa 2/3, kerana Bn kurang satu kerusi.
Pada PRU-2004, dengan penggunaan persempadanan baru, daripada 48 ke 60, juga PBS menyertai semua Bn pada Tahun 2002, maka pada PRN yang dikemudi Datuk Musa, Bn hampir menyapu bersih kerusi Dun dan Parlimen, kecuali Dun Kuala Penyu dan Parlimen Sandakan. Pada PRU berikutnya, iaitu pada Tahun 2008, keputusan yang serupa berulang, hanya bertukar kawasan bagi bagi Dun, iaitu Sri Tanjong dan Parlimen Kota Kinabalu.
Pada PRU-13, iaitu ibu kepada semua PRU di negara ini, untuk pertama kali selepas Tahun 2004, parti pembangkang mendapat 12 kerusi Dun dan 3 kerusi Parlimen, namun kerajaan negeri yang dibentuk masih mempunyai kuasa 2/3 di dewan undangan negeri.
Apa yang manisnya selama pemerintahan Bn yang ditunjangi Umno, Sabah yang sebelumnya tersenerai sebagai negeri termiskin dengan kadar kemiskinan hampir 20 peratus, selama 25 tahun, angka itu berkurang drastik, dan kini hanya pada kadar 4 peratus. Selain itu, keadaan kewangan negeri yang hampir muflis, kini simpanan kewangan negeri berada pada paras di atas RM3bilion, dengan bajet Tahunan bertambah satu setengah kali ganda, ertinya pendapatan negeri juga bertambah dengan jumlah yang sama.
Dalam tempoh masa 25 tahun, gerak pembangunan negeri cukup mantap, antaranya penubuhan Universiti Malaysia Sabah (UMS), penaiktarafan Lapangan Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA), penaiktarafan Lapangan Terbang Sandakan, pembinaan lebuhraya Putatan Papar, terealisasinya Lebuh Raya Trans Borneo, serta pembangunan kawasan-kawasan lain seperti Sandakan, Tawau, Kudat, Kota Marudu, Kota Belud, serta wujudnya kawasan PBT baru- Putatan. Selain itu, di mana pemerintahan Bn jugalah, Kota Kinabalu dijadikan Bandar.
Kalau disenaraikan kejayaan Bn yang ditunjangi Umno, maka tulisan ini, tidak akan dapat berakhir kerana terlalu panjang. Tulisan dalam blog, kalau terlalu panjang, boleh membosankan pembaca, untuk pertimbangan itu, AYT akan menulis di tulisan yang lain, untuk menerangkan pencapaian Bn yang ditunjangi Umno sejak 25 Tahun lalu.
No comments:
Post a Comment