Wednesday, January 13, 2016

Kemana Sudah Kempener Anti Najib???

Kalau pemimpin pembangkang berkempen menjatuhkan DS Najib, memanglah, kerana tugas mereka demikian. Akan tetapi, jika ada pemimpin satu parti berkempen menjatuhkan Perdana Menteri, itu namanya, menentang kepimpinan. 

Bermula pertengahan tahun lalu, kempen menjatuhkan Perdana Menteri (AYT hanya merujuk kepada pemimpin satu parti) dimulakan oleh Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad. Fokus utama mantan PM itu menjatuhkan PM ke-6, mempergunakan 1MDB sebagai bom, dan kemudiannya diikuti oleh wang derma RM2.6bilion.

Pada masa itu, apa sahaja penjelasan berkaitan 1MDB, semuanya tidak diterima, termasuk rancangan rasionalisasi syarikat gergasi milik Kementerian kewangan itu. Apa yang pelik, dua pemimpin kanan parti dan kebetulan seorang menjawat jawatan Timbalan Presiden dan seorang lagi menteri kanan, selaku menteri KKLW, ikut menjadi sebahagian daripada kumpulan menjatuhkan Perdana Menteri, walaupun tindakan mereka secara tidak langsung, namun secara berkias. Tan Sri Muhiyiddin Yassin dan Dato Shafie Apdal, hanya fokus kepada 1MDB, kononnya, kenyataan mereka, ingin membantu Perdana Menteri merungkai masalah yang didepani syarikat itu.

Pada pertengahan tahun lalu juga, DS Najib meminta pengeritik 1MDB agar menunggu siasatan daripada pihak yang diminta menyiasat syarikat itu, termasuk Ketua Audit Negara, SPRM, Bank Negara dan PAC Dewan Rakyat, untuk mengenal pasti, apakah benar, ada berlaku salah guna kuasa dalam syarikat itu, sehingga mengumpul hutang sehingga RM42bilion. Namun, mereka yang mahu Najib letak jawatan, tidak sabar menunggu temuan siasatan, sebaliknya serangan bertali arus dijalankan, termasuklah bantuan media asing seperti The Wall Street Journal, New York Times, dan portal pemitnah Sarawak Reports.

DS Najib merupakan pemimpin yang disifatkan telah tamat ilmu, sehingga, apa sahaja serangan kepada beliau, beliau tetap steady, malah mengeluarkan kenyataan, bahawa beliau tidak akan mengalah dan tidak akan sesekali meletakan jawatan. Pendirian beliau itu, disebabkan mendapat sokongan padu daripada ahli majlis tertinggi parti, kabinet beliau dan juga Ketua-Ketua Bahagian Umno. Bukan setakat itu sahaja, semua pemimpin komponen parti Bn, tetap teguh berdiri di belakang beliau.

Kempen menjatuhkan Najib, hampir tiba ke garisan penamat, apabila mereka gagal menolak Bajet2016 melalui kolaborasi dengan parti pemabangkang, apabila melalui undian, 128 wakil rakyat menyokong, manakala yang menolak 74. (Bn secara keseluruhan mempunyai 134 ahli parlimen). Sebelum itu, ujian ke atas kepimpinan DS Najib, masih diterima kah tidak, apabila masa pengundian penggantuang MP veteran DAP, Lim Kit Siang, di undi yang setuju melebihi jumlah MP Bn.

Apabila PAU yang berlangsung pada Disember 2015, disitu, para kempener yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, bukan sahaja kalah TKO akan tetapi knock out.

Tidak dinafikan kempen menjatuhkan Perdana Menteri memang berimpak. Ini terbukti, apabila Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir menolak kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, di mana Bn untuk pertama kalinya kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat, dan tidak mampu diperbaiki pada PRU-13, apabila jumlah kerusi Bn berkurang 7 berbanding pencapaian pada PRU-12 (Tahun 2008), iaitu daripada 140 ke 133.

Tidak dapat dipastikan apa kah impak kempen menjatuhkan DS Najib yang gagal mempunyai impak kepada BN pada PRU-14, namun apa yang pasti, rakyat sudah mula sedar, bahawa kepimpinan DS Najib sebenarnya, lebih condong kepada pembelaan rakyat jelata, berbanding tauki-tauki besar, seperti yang berlaku semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Pada masa ini dan seterusnya, apa yang perlu dilakukan oleh mereka yang berdiri teguh di belakang Perdana Menteri, adalah menjalankan penerangan secara terus menerus, berkaitan kedudukan kerajaan dalam semua segi, apa kah soal-soal ekonomi dan semacamnya.

Peranan Kementerian Komunikasi dan Multimedia bersama-sama agensi di bawah kementerian itu, mempunyai tugas berat. untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepada kerajaan Bn, seperti mana pernah dilakukan oleh Kementerian dan jabatan-jabatan di bawah naungannya semasa post kemerdekaan.

Kata orang, untuk kejayaan sesuatu organisasi, perlu diletakkan orang yang tepat dan sesuai. Dan Dato Seri Najib memang tidak salah, apabila melantik Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Dr Salleh Tun Said bagi menerajui kementerian itu.

5 comments:

Anonymous said...

I am proud of PM Najib and admire his strength despite the vicious attacks.
Semoga PM Najib sekeluarga sentiasa tabah dan dilindungi Allah dari serangan2 musuh Islam.

Anonymous said...

Betul tu Anon!

Malangnya, ramai dari bangsa Bumiputera Islam/Melayu terutamanya yg. berpangkat serta kaya raya-tak kenang budi-nak mampos, yang begitu ANGKUH dan TAMAK spt. si BANGSAT-BANGSAT si PENJILAT-PENJILAT si DIKTATOR PENYAMUN/PEMBUNUH/PERASUAH-madey tu serta KULI-KULI BANGKAI kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/RASIS- EJEN/KULI- CIA-NATO/ZIONIS-MOSSAD/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH- no 1- yg. sanggup MENKHIANATI agama, bangsa dan negara!

Maka kemungkinan besaq Tanah Melayu, pusaka nenek moyang berzaman kita ni bakal kembali menjadi spt. sejarah durjana Melaka jatuh ke tangan PENJAJAH Barat/Zionis, akibat KEANGKUHAN, KETAMAKAN dan KERAKUSAN puak PENGKHIANAT ala-sejarah Melaka ni - lihat kembali sejarah di http://besiwaja.blogspot.com/2012/11/si-kitul.html , Si Kitul, November 22, 2012!

Nek Tempoyak.

Anonymous said...

Memang TAK habis-habis ekoq-ekoq BANGKAI BABI RASIS kat JAMBAN TERORIS-TERORIS PENDATANG KAPIRDAJAL PKRHOMO/DAPBANGKAI-SIAL-si-PORNO/HOMO-EJEN/KULI-Barat/ZIONIS-SOROS/FREEMASON-PEROMPAK/PENJENAYAH/PERASUAH-no-1 - punya MENGHINA dgn. amat JIJIK terhadap BAPA KEMERDEKAAN/PEMBANGUNAN YAB Ayahanda PM kita , Almarhum PM Tun Abdul Razak Hussein TERCINTA kita, YAB DS Toh Puan Rahah, serta anakanda-anakanda mereka, YAB PM DS Mohd. Najib Tun Razak dan isteri, YB DS Rosmah Mansur!

Sedangkan Almarhum Tun Razak begitu membela nasib rakyat MISKIN terutamanya bangsa Bumiputera; yg. mana sekarang, disambungkan legasi amat GEMILANG ini di bawah anakanda beliau, YAB PM TERCINTA kita!

Ya, yg. BANTU nek moyang, mak bapa kita yg. diTINDAS zaman PENJAJAH British/ZIONIS-KEPARAT (dan KULI-KULI PENYAMUN/PEROMPAK/PERASUAH depa) di mana MAJORITI bangsa Bumiputera MISKIN dari KAMPUNG tidak berpeluang bersekolah menengah pun (termasuk mak-bapa aku) - sehingga BANGSA BUMIPUTERA kita boleh ramai keluaq dari KEMISKINAN (termasuk mendapat PENDIDIKAN percuma sehingga peringkat tertinggi), adalah kerana polisi sosio-ekonomi/politik DEB yg. dilaksanakan dgn. amat PENAT -LELAH, oleh Almarhum YAB PM Tun Abdul Razak Hussein dan TPM Tun Dr. Ismail Abdul Rahman TERCINTA kita - inilah LEGASI yg. amat diBENCI si puak PENGGANAS PENDATANG PAP/DAPBANGKAI dan Ejen-ejen depa dr. Tokey-Tokey-DALANG-DUA-MUKA depa serta KULI-KULI depa dari pemimpin Islam/Melayu PENGKHIANAT sendiri yg. amat TAMAK/ANGKUH spt. si Madey tu!

Dahlah tu, yg. si puak PENGGANAS PKRHOMO/DAPBANGKAI serta KULI-KULI depa ni BENCI sgt. kat hak dan identiti BANGSA Bumiputera apahal - kat Barat pun, hak dan identi BANGSA Bumiputera/"Indigenous" (cthnya Native Americans, Aboriginal Australians) diIKTIRAF dan diLINDUNGI, walau tidak SEBAIK kat Malaysia BERTUAH ni! Bahkan kalau kat Barat, mana ada skim PENDIDIKAN PERCUMA atau PINJAMAN PENDIDIKAN SGT. MURAH dari kecik sampai pi Kolej, ataupun skim PERUMAHAN RAKYAT MISKIN cthnya PPR, secara MELUAS atau selalunya tiada lansung; setakat SEWA seumur hidup adalah!

Nek Tempoyak

Anonymous said...

Najib perlu teruskan dasar membela rakyat, bukan dasar membela kroni yg dah kaya raya kerana menghisap duit rakyat melalui perjanjian yg berat sebelah. Inshallah rakyat terus menyokong.

Anonymous said...

Walau apa sekalipun alaan team mahatir , matlamat sebenar mereka ialah menjatuhkan Najib, alasan yang dilaungkan itu hanyalah sekadar alasan untuk menghalalkan matlamat mereka,
jika dikira soal telus, zaman Mahatir pun bukanlah telus mana pun , terlalu banyak isu dan kes yang menimbulkan kekeliruan di zaman Mahatir, cuma ...zaman Mahatir IT belum berkembang luas, malah masih disekat , Wassap atau FB atau Blog dizaman Mahatir tidak sebebas zaman Najib, itu yg menyebabkan kurangnya pendedahan , cerita dan khabar sesuatu perkara,
kalau Mahatir berada di tempat Najib zaman ini, ketika ini, dia juga akan dibogelkan dengan segala cerita yang entah betul atau tidak, dia juga akan ditelanjangkan dengan pelbagai fitnah dan auta didalam alam siber ,

perbuatan team Mahatir, walau apa cara dan alasan mereka, kesan paling wajib akan kita rasai ialah jatuhnya sokongan , imej dan maruah parti melayu iaitu UMNO, Najib jika kalah sekalipun dia akan masih survive , tapi parti UMNO milik Melayu akan terima kesan hingga akhirnya ,
perbuatan Team mahatir ini sebenarnya tidak mendatangkan kudis pada Najib secara peribadi, serangan mereka akhirnya adalah meruntuhkan umno, makanya ..mereka tiada beza dengan DAP
dan PKR,
jika UMNO tewas pada PRU akan datang, yang wajib dipersalahkan atas kekalahan itu ialah Team Mahatir ,
tewasnya Pak Lah adalah gara2 Mahatir , ini fakta !
hilangnya bayak kerusi pada PRU yang lepas kerana serangan Mahatir, itu fakta !

disini, siapa sebenarnya yang berwatak raja Mendaliar ??

Blog Archive