Friday, November 27, 2015

Disebalik Sokongan Pembangkang Terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua

1. Terlihat benar, wakil rakyat Pembangkang menyokong kawan mereka, walaupun kawan mereka itu merupakan pengkhianat negara. 

2. Di Dewan Undangan Negeri Sabah, semasa usul menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua memasuki Sabah diundi, terbukti wakil rakyat Pembangkang tidak menyokong, malah membuat kenyataan berbelit-belit selepas itu. Tindakan mereka itu, seolah-olah bersetuju dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua bersengkokol dengan musuh rakyat Sabah.

3. Melalui tindakan wakil pembangkang di Dun Sabah, terbukti, bahawa kenyataan mereka selama ini berkaitan dengan keselamatan Sabah khasnya dan umumnya berkaitan PATI, hanya sandiwara, kerana disebaliknya, mereka mahukan agar keamanan tidak wujud di Sabah, agar mereka senantiasa ada modal untuk menguntuk kerajaan.

4. Semalam di DUN Sabah semasa pengundian, DUN yang menyokong agar Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang masuk sebanyak 47, berkecuali 3. 

5. Tindakan menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua masuk ke Sabah, bukan keputusan politik, akan tetapi untuk memelihara kedaulatan Sabah dalam Malaysia.

2 comments:

Anonymous said...

Pengkhianat negara dan rakyat lebih teruk dari lain2 pengkhianatan.

Anonymous said...

Pengkhianat macam kedua manusia ini..sepatutnya kerajaan malaysia dah lucutkan kerakyatan mereka...tapi nak buat macamana kerajaan pimpinan NAJIB sebagai PM dgn Menteri Dalam Negeri tak ada telur nak buat macam mana.

Blog Archive