Showing posts with label Nurul Izzah Anwar. Show all posts
Showing posts with label Nurul Izzah Anwar. Show all posts

Friday, November 27, 2015

Disebalik Sokongan Pembangkang Terhadap Nurul Izzah dan Tian Chua

1. Terlihat benar, wakil rakyat Pembangkang menyokong kawan mereka, walaupun kawan mereka itu merupakan pengkhianat negara. 

2. Di Dewan Undangan Negeri Sabah, semasa usul menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua memasuki Sabah diundi, terbukti wakil rakyat Pembangkang tidak menyokong, malah membuat kenyataan berbelit-belit selepas itu. Tindakan mereka itu, seolah-olah bersetuju dengan tindakan Nurul Izzah dan Tian Chua bersengkokol dengan musuh rakyat Sabah.

3. Melalui tindakan wakil pembangkang di Dun Sabah, terbukti, bahawa kenyataan mereka selama ini berkaitan dengan keselamatan Sabah khasnya dan umumnya berkaitan PATI, hanya sandiwara, kerana disebaliknya, mereka mahukan agar keamanan tidak wujud di Sabah, agar mereka senantiasa ada modal untuk menguntuk kerajaan.

4. Semalam di DUN Sabah semasa pengundian, DUN yang menyokong agar Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang masuk sebanyak 47, berkecuali 3. 

5. Tindakan menghalang Nurul Izzah dan Tian Chua masuk ke Sabah, bukan keputusan politik, akan tetapi untuk memelihara kedaulatan Sabah dalam Malaysia.

Thursday, November 26, 2015

Sabah Larang Nurul Izzah dan Tian Chua Masuk Sabah

1. Dewan Undangan Negeri Sabah mendengar pandangan berbagai pihak di Sabah yang mahu dua Naib Presiden PKR Nurul Izzah dan Tian Chua dilarang masuk ke Sabah ekoran ada muslihat tertentu dua pemimpin itu dengan pengganas Kiram.

2. Pengganas Kiram yang telah menceroboh Kg Tanduo pada Februari 2013 yang meyebabkan kematian 10 anggota keselamatan negara dan dua penduduk awam.

3. Sebelum berlakunya pencerobohan Kg Tanduo telah tersirat daripada tindakan pemimpin PKR terutama Dato Seri Anwar Ibrahim yang kerap mendendangkan lagu Sabah hilang, namun masa itu, sangkaan hanya bersifat politik, yakni rakyat Sabah akan mengundi pembangkang pada PRU-13.

4. Apabila berlakunya pencerobohan kumpulan kiram di Lahad Datu, Tian Chua pernah berkata, bahawa pencerbohan itu merupakan sandiwara Umno.

5. Selepas tiga tahun, kini terbongkar sudah, rupanya pencerobohan Kg Tanduo ada kaitan dengan pemimpin PKR, kerana pada 9 November lalu di Manila, Nurul Izzah Anwar yang ditemani Tian Chua berjumpa dengan anak Kiram Jacel Kiram dan sempat makan malam bersama, bergambar bersama dengan banner, mendesak agar Anwar dibebaskan.

6. Perjumpaan Nurul Izzah dan Tian Chua dengan anak Kiram, seolah-olah memberi isyarat kepada pihak-pihak tertentu di Filipina, bahawa pembuat dasar di Malaysia bersetuju dengan tuntutan Kesultanan Sulu terhadap Sabah. Memang dalam catitan sejarah, bahawa Sabah pernah menjadi milik kesultan sulu, namun apabila kesultanan itu sudah pupus, maka dengan sedirinya, apa-apapun yang berkaitan dengannya hanya merupakan catitan sejarah,dan tiada kekuatan undang-undang lagi.

7. Sebagai catitan, kesultan sulu sejak sebelum tahun 1900 telah kehilangan kuasa di Filipina dan selepas kemerdekaan negara itu daripada Spanyol pada Tahun 1949, kesulatan sulu tidak diiktiraf lagi.

8. Walaupun Sabah (North Borneo) pernah menjadi milik Kesultanan sulu, namun selepas Sabah merdeka melalui Malaysia pada 16 September 1963, maka dengan sendirinya pemilikan itu termansuh, walaupun dalam pelembangaan Filipina sendiri, masih tercatit bahawa Sabah masih wilayah negara itu.

9. Era sudah berubah. Rakyat Sabah telah memutuskan bersama Malaysia pada Tahun 1963, dan keputusan itu telah diiktiraf oleh Bangsa-Bangsa Bersatu. Atas sebab itu, sesiapa sahaja rakyat negara ini yang bersengkokol dengan pihak luar, khususnya mereka yang ada kepentingan menuntut Sabah seperti keluarga Kiram merupakan tindakan pengkhiantan terhadap rakyat Sabah, apa tah lagi, terkorbannya rakyat Malaysia kerana tindakan keluarga Kiram.

10. Keputusan Dewan Undangan Negeri melarang Nurul Izzah dan Tian Chua memasuki Sabah, adalah menggambarkan keinginan majoriti rakyat Sabah, agar petulaang yang memperjudikan nasib rakyat Sabah dihalang selama-lama memasuki Sabah.

11. Keputusan DUN Sabah, bukan merupakan keputusan politik, akan tetapi keputusan memelihara kedaulatan Sabah dalam Malaysia. Rakyat Sabah tidak dapat menerima, seseorang atau kumpulan rakyat negara ini yang sanggup memergunakan musuh rakyat Sabah demi kepentingan perbadi, sepertimana dilakukan oleh Nurul Izzah.

Friday, November 20, 2015

Nurul Izzah Anggap Sabah Milik Filipina

Nurul Izzah dan Jacel Kiram III
1. Cuba nilai kenyataan Nurul sebaik sahaja gambar bersama Jacel Kiram III menjadi viral. “In an immediate statement, Nurul said she had gone to the Philippines on November 9 with PKR colleague Chua Tian Chang, better known as Tian Chua, as part of the party’s delegation to meet political stakeholders in that country. The people they met, including Jacel, were legitimate stakeholders and civil society leaders, she said”.

2. Melalui kenyataan anak Anwar Ibrahim itu, ternyata dengan jelas memperakukan bahawa Jacel sebagai entity politik yang sah; dan juga mengiktiraf komuniti yang diwkili Jacel (pengganas sulu) sebagai “masyarakt sivil”.

3. Pada Mac 2013, pengganas sulu menceroboh Kg Tanduo, Lahad Datu; dan akibat pencerobohan itu, 10 anggota keselamatan negara mereka bunuh. Semasa pencerobohan tersebut, jelas Jacel menyokong tindakan pengganas sulu itu.

4. Melalui pengakuan Nurul tersebut, sesuai dengan kenyataan akhbarnya melalui The Malaysian insider, maka Naib Presiden PKR itu secara langsung menerima bahawa tuntutan sultan sulu kepada Sabah adalah sah dan berasas. Dengan kenyataan itu, tercermin hasrat MP Lembah Pantai itu, bahawa Sabah bukan hak mutlak Malaysia, akan tetapi hak kesultanan Sulu.

5. Patutlah selepas PRU-2008, Nurul pernah membuat kenyataan, walaupun Pakatan Rakyat gagal membentuk kerajaan persekutuan, tetapi pakatan itu mendapat sokongan semua kaum, berbanding Bn. Melalui kenyataan itu, tersirat bahawa pemimpin PKR itu tidak menganggap bahawa sokongan 60 kaum di Sabah dan Sarawak kepada Bn bukan berasaskan sokongan kaum. Kini, baru jelas, maksud kenyataan Nurul itu, bahawa suku kaum atau etnik di Sabah (32 etnik) bukan bangsa Malaysia akan tetapi bangsa Filipina, dengan pengertian bahawa Sabah dibawah jajahan sahabatnya Jacel-pewaris Kesultanan Kiram.

6. Tidak salah, Nurul dan Jacel bertemu, kerana kedua-duanya berkongsi latarbelakang yang sama, kerana ayah Nurul kemaruk menjadi Perdana Menteri, manakala Jacel ayahnya kemaruk menjadi Sultan. 

7. Tindakan Nurul bersahabat dengan musuh negara, khususnya musuh rakyat Sabah, tidak boleh diterima sama sekali. Apa tah lagi, melalui tindak tanduk Naib Presiden PKR itu, menganggap, bahawa Sabah bukan hak mutlak Persekutuan Malaysia, melainkan hak kesultanan Sulu.

8. Melihat kepada keadaan itu, sudah sampai masanya, Kerajaan Sabah, melarang individu seperti Nurul Izzah ini masuk ke Sabah, kerana lambat laun, dia akan menjadikan Sabah sebagai taruhan kepada negara asing atau rakyat asing untuk mendapat kuasa.

Demi Sang Ayah- Nurul Sanggup Jadi Pengkhianat Negara

Nurul Izzah dan Jacel Kiram III di Manila
1. Hanya kerana sang ayah, Nurul Izzah sanggup menjadi pengkhianat negara. Kesanggupan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dan MP Lembah Pantai bersengkokol dengan anak Jamalul Kiram III sebagai alat pendorong pembebasan ayahnya yang disabit kesalahan meliwat bekas pembantu lelaki beliau.

2. Jacel pada Tahun 2013, salah seorang jurucakap Kiram III di mana lebih 200 pengganas Sulu menyerang Kg Tanduo Lahad Datu, dan seterusnya anak Kiram itu menyokong serangan tersebut, sambil menyatakan, bahawa Sabah merupakan milik kesultanan Sulu.

3. Semasa serangan pengganas sulu itu, 10 anggota keselamatan terkorban kerana dibunuh pihak pengganas. Ekoran tindakan pengganas sulu itu, pasukan keselamatan menggunakan kekuatan yang ada menyerang habis-habisan dan berjaya membunuh 68 pengganas sulu,dan selebihnya berjaya ditangkap, dan sebahagian sedang dibicarakan di Mahkamah di Sabah, termasuk seorang anggota polis yang bersengkokol dengan pengganas.

4. Tidak salah, bagi Nurul Izzah dan Tian Chua berjumpa dengan sesiapa sahaja di Manila untuk tujuan propaganda dan mendapat sokongan luar negara bagi pembebasan ayahnya yang dipenjara, namun mempergunakan seseorang yang dianggap musuh negara seperti Jacel Kiram III bagi menyokong pembebasan ayahnya, merupakan satu tindakan pengkhianatan kepada negara, khususnya, keluarga anggota keselamatan yang terkorban dan rakyat Sabah.

5. Benarlah, kenyataan Ketua Polis Negara- Tan Sri Khalid Abu Bakar, apapun kelengkapan yang akan disediakan pada ESSCOM di ESSZONE, tidak akan dapat mengekang penceroboh rentas sempadan, jika ada rakyat negara ini menjadi tali barut dan petualang.

6. Sebelum serangan pengganas sulu di Kg Tanduo, Lahad Datu, Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Ketua Pembangkang masa itu, apabila datang ke Sabah semasa ceramah politik, kerap sekali mendendangkan lagu- TANYA NAJIB KENAPA GOYANG- SEBAB SABAH AKAN HILANG.

7. Malah, selepas pengganas sulu menyerang Kg Tanduo, Tian Chua pernah berkata, ianya hanya merupakan sandiwara Umno.

8. Kejadian di Manila pada 9 November, akhirnya terdedah, siapa sebenarnya yang bersengkokol dengan pengganas.. rupanya Tian Chua dan Nurul Izzah.

9. Melihat kepada tindakan Nurul dan Tian Chua, apapun tindakan mereka seterusnya, apakah memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Sabah, tidak akan dapat diterima, sebaliknya, Kerajaan Sabah perlu persona non-grata kepada dua pemimpin PKR itu selama-lamanya.

Wednesday, March 18, 2015

Siapa Kata Nurul Izzah Kebal Undang-Undang?

Menurut perlembagaan Persekutuan Perkara 63(4) anggota parlimen tiada kekebalan. Menurut Seksyen itu, ianya mengenepikan Perkara 63(2) berhubungan dengan kekebalan ahli parlimen, kerana seorang ahli parlimen boleh didakwa menggunakan Artikel 10(4) Perlembagaan Persekutuan atau sebarang kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Seorang anggota Parlimen tertakluk di bawah Seksyen 36(8), anggota Parlimen dalam perbahasan adalah dilarang menyentuh kelakuan atau sifat Yang di-Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Yang di-Pertua Negeri atau hakim-hakim dan lain-lain orang yang menjalankan keadilan mahkamah atau Majlis Pasukan Bersenjata.

Minggu lepas di Dewan Rakyat, Nurul Izzah berucap di dewan Rakyat memfitnah badan kehakiman negara.

Juga pada 7 Mac, melalui himpunan #kitalawan, Nurul juga melakukan fitnah terhadap kehakiman, kerana menjatuhkan hukuman kepada bapanya yang didapati bersalah melakukan hubungan seks diluar tabii (sodomi dengan seorang lelaki).

Pihak pembangkang kini memutar belit berkaitan penahan Nurul minggu lalu, kononnya melanggar statusnya sebagai ahli Parlimen.

Tuesday, February 18, 2014

Nurul Izzah Semakin Hampir Menjadi Janda

SUAMI kepada anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim (kanan) hadir bersama peguamnya bagi sebutan kes perceraiannya di Mahkamah Rendah Syariah, Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Selasa. Mahkamah Rendah Syariah menetapkan 11 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes cerai secara baik bagi pasangan terbabit

Sebelum ini Nurul Izzah memohon cerai Paskah daripada suaminya, yang tidak diketahui puncanya. Biasanya kalau seorang isteri memohon cerai cara seperti itu, si suami telah mengabaikan tanggungjawab terhadap isterinya secara zahir dan bathin, setidak-tidaknya dalam tempoh enam bulan.

Friday, January 24, 2014

Nurul Izzah: Belum menjanda Lagi

Menurut Bernama, tuntutan pencerian fasakh oleh Nurul Izzah akan didengar semula pada 18 februari depan. Ertinya pencerian itu belum berlaku lagi.

Pencerian itu bukan tidak berlaku, memandangkan satu kenyataan akhbar Nurul dan suaminya menerusi blog ahli parlimen Lembah Pantai itu, bahawa mereka mahu mempertahankan perkahwinan mereka, kerana menurut kenyataan mereka, bahawa keluarga adalah keutamaan.

Berjaya kah perkahwinan Nurul dipertahankan, sehingga beliau tidak akan bergelar janda? kerana janda menurut video berikut

Thursday, January 23, 2014

Nurul Izzah Minta Cerai Faskh-- Pasti Ada Sebab Besar

Bernama melalukan semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

PC Nurul Izzah sila layari

Nurul Izzah Mahu Bergelar Janda

Nurul Izzah Anwar, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, yang berkahwin pada 9 Mei 2003 bakal mengakhiri alam perkahwinan mereka, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Naib Presiden PKR itu mahu bergelar janda, atas sebab itu MP Lembah Pantai itu menutut cerai faskh daripada suaminya pada Desimber tahun lalu.

Nurul yang mempunyai dua anak daripada perkahwinannya itu, belum mengsahkan atau memberi kenyataan berkaitan dengan isu tuntutannya itu.

Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Sunday, June 02, 2013

Dihalang Masuk Sabah: Nurul Izzah berkokok

NURUL IZZAH ANWAR berkokok apabila mengatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Musa Aman terhadapnya adalah "satu penipuan" apabila Ketua Menteri Sabah itu mendakwa beliau cuba membangkitkan rasa tidak percaya terhadap rakyat oleh kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Nurul dihalang daripada memasuki Sabah pada Khamis, yang menurut Musa, bukanlah satu tindakan bermotifkan politik.

Musa dilaporkan berkata mereka yang mengancam keamanan Sabah tidak dialu-alukan di negeri tersebut.

Nurul Izzah turut meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan mengatakan masih lagi terdapat campur tangan politik dalam urusan dalaman dan keselamatan negara.

"Saya benci, saya rasa sedih dengan penyelewengan daripada Umno," katanya kepada pemberita.

"Mereka yang dirasakan professional tapi menunjukkan sebaliknya," katanya.

Dalam ucapannya, Nurul Izzah turut merujuk kepada penghantaran pulangnya dan mengingatkan penduduk Lembah Pantai pentingnya perubahan politik.

Musa mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.

Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.

"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.

"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.

Saturday, June 01, 2013

Nurul Izzah dilarang masuk Sabah- Hanya Bung Moktar yang bersuara?

Nurul Izzah bersama Bapanya Yang Sedang Berlakon
Pada Khamis sekitar pukul 7.30 malam di Lapangan Terbang Tambang Murah KKIA, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dihalang pihak imigresen Sabah memasuki negeri itu mengikut Akta Imigresen 1959/63. “Saya ditahan oleh imigresen Sabah dan diarah pulang oleh pejabat ketua menteri Sabah. Beginilah nasib demokrasi pasca-PRU 13,” Just Wait BN!" kata ahli parlimen Lembah Pantai itu dalam twitternya.

Sebelum ini pada April lalu, salah seorang lagi Naib Presiden PKR Tian Chua juga dilarang memasuki Sabah. Larangan terhadap Tian Chua ada kaitan dengan kenyataannya berhubung Pencerobohan Pengganas Sulu di Kg Tanduo Lahad Datu pada 12 Februari lalu.

Namun, larangan bagi Nurul Izzah, setakat ini belum diketahui berpunca dari faktor apa.

Jika kritikan daripada pihak pembangkang berkaitan dengan larangan terhadap Nurul Izzah memasuki Sabah, adalah lumrah, namun jika kritikan itu keluarnya daripada salah seorang MP BN, maka ianya sesuatu perkembangan baru dalam politik negara.

Komen Ahli parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin menyelar tindakan pejabat Ketua Menteri Sabah menghalang Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah.

“Saya tak faham mengapa Nurul tak dibenarkan memasuki Sabah. Kalau ini benar, satu kesilapan dan malapetaka.

“Saya rasa ini adalah kesilapan yang besar dan perlu diperbetulkan,” kata Bung Mokhtar dalam twitternya.

Biasanya apabila ada tindakan kerajaan Sabah bagi apa sahaja, samada berkaitan dengan politik mahu perkara pemerintahan, orang pertama yang membela tindakan itu adalah mantan Ketua Menteri Sabah- Datuk Dr Salleh Tun Said. Namun, pada kali ini, untuk sementara belum terdengar apa-apa komen daripada Timbalan Pengerusi Umno Sabah itu.

Apa kah yang berlaku sebenarnya? Apa kah Datuk Salleh akur dengan keputusan Kerajaan itu? atau kah sebaliknya? Jika beliau bersetuju dengan keputusan kerajaan Sabah, sudah tentu dari awal-awal lagi, beliau akan memberi komen berkaitan dengan komen Datuk Bung Moktar.

Untuk sementara belum ada pemimpin BN Sabah yang memberi komen menyokong tindakan menghalang kemasukan Nurul Izzah oleh pihak imigresen, dan demikian juga belum ada sesiapa yang membidas kenyataan Bung Moktar. 

Penulis menunggu reaksi para pemimpin BN Sabah.

Tuesday, May 08, 2012

Apabila Nurul izzah Anwar jadi Ustazah

Saya terpanggil untuk mencari penjelasan daripada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia mengenai fatwa berikut:

'Adalah haram buat umat Islam menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik.'

Pertama, perhimpunan BERSIH 3.0 untuk pilihan raya bebas dan adil telah mendapat kebenaran serta kelulusan di bawah peruntukan Akta Perhimpunan Aman dan memenuhi syarat 'bertujuan baik' kerana tentunya tuntutan pilihanraya bebas dan adil tidak haram?

Kedua, arahan mahkamah melarang perhimpunan ke ruangan Dataran Merdeka adalah menafikan hak asasi rakyat dalam sebuah negara demokratik, oleh itu ia 'bertujuan tidak baik' dan menimbulkan 'suasana konfrontasi'. Justeru, adakah tindakan ini haram?

Ketiga, tindakan berlebihan pihak berkuasa mengepung dan menghalang orang ramai bersurai secara teratur dan aman serta tindakan menggunakan kekerasan berlebihan seperti gas pemedih mata, pancutan air kimia, pukulan dengan cota dan kekerasan yang diperlakukan segelintir anggota polis secara am -adakah semuanya haram?

Keempat, Pengerusi Jawatankuasa, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin juga menyebut: "Tindakan merusuh, mewujudkan kacau bilau dan merosakkan harta benda awam adalah suatu perbuatan yang ditegah Islam. Malah niat untuk menjatuhkan negara yang sah di sisi undang-undang melalui penganjuran demonstrasi seumpama itu juga haram di sisi agama."

Oleh demikian bagaimana fatwa tindakan umat Islam di Tunisia, Mesir, Libya dan kini Syria ke atas kerajaan masing-masing yang sah di sisi undang-undang juga haram?

Kelima, apakah fatwa untuk menipu di pilihanraya dengan berbagai kaedah seperti menghalang rayuan mahkamah dibuat di atas kesahihan Daftar Pemilih (Akta Pilihanraya - Seksyen 9A), menghalang wakil-wakil parti dan bukan parti menyaksikan dan menyemak kad pengenalan pengundi dengan Daftar Pemilih pada hari mengundi (Akta Kesalahan Pilihanraya - Seksyen 26A (2) dan (3)), persempadanan kawasan pilihanraya tidak adil melalui pindaan Artikel 116 Perlembagaan Persekutuan mengenai nisbah perbezaan jumlah pengundi tidak melebihi 15% setiap kawasan, penyalahgunaan undi pos, akses media terhad untuk semua parti politik, pengunaan politik wang merasuah pengundi dan pengunaan pengundi hantu - adakah ia haram?

Keenam, apakah fatwa mengenai sebuah kerajaan yang dibentuk berdasarkan pilihanraya yang tidak bebas dan tidak adil - adakah ia kerajaan haram?

Blog Archive