Tuesday, March 04, 2014

PRK Kajang: Mengapa Cina Sokong Anwar?

Anwar sejak dipecat daripada Umno tahun 1998, terus bertukar perjuangan. Beliau memilih perjuangan meritrokasi, plurlisme agama dan kesama rataan, kerana itulah keinginan bangsa lain di negara ini. Bangsa lain, secara diam memang tidak menerima keistimewaan melayu/bumiputera sepertimana termaktub dalam perlembagaan negara. Namun, mereka tidak boleh berbuat banyak, kerana sistem demokrasi negara adalah berasaskan jumlah parlimen.

Bangsa lain. melihat pertukaran perjuangan Anwar itu, walaupun bermisi untuk memenuhi agenda pribadi, namun bangsa lain melihatnya, inilah waktunya, mendapatkan kesama rataan dalam negara ini.

Semasa awal kemerdekaan, memang berlakunya segmentasi kaum. Kaum melayu hanya terlibat dengan politik dan pentadbiran negara, cina berurusan dalam perekonomian negara, manakala kaum india mengurus ladang-ladang.

Namun, selepas 10 tahun merdeka, kaum melayu melihat ketimpangan sosial berlaku dengan ketara. Kaum melayu tertinggal. Untuk itu, mereka juga mahu sebahagian daripada kek perekonomian negara, sementara kaum cina pula selain mendapatkan porsi perekonomian negara hampir keseluruhan, juga mahu mendapat kuasa politik. Persefahaman awal pada awal kemerdekaan dikhianati, atas sebab itu selepas sahaja Pilihanraya pada tahun 1969, maka tercetus rusuhan kaum pada 13 mei. Pada peristiwa itu, bukan sahaja kaum melayu ramai yang mati juga kaum cina. Keadaan itu menyebabkan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj meletakan jawatan.

Pengganti Tunku, Tun Razak, mengambil pendekatan untuk menstabilkan keadaan. Berbagai program diwujudkan. Pembinaan perguruan tinggi untuk menampung kaum melayu/bumiputera dibina. Pembangunan tanah-tanah diluar bandar yang didiami kaum melayu/bumiputera dimajukan. Tujuannya, agar berlaku keseimbangan pendapatan antara kaum dalam negara. Program Razak itu, semuanya dituangkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB). Dasar itu telah berakhir pada tahun 1990, walaupun targetnya tidak tercapai.

Mengikuti PRK Kajang, membidas Anwar kerana perjuangannya, mungkin mendapat simpati melayu yang masih nasionalis, namun bukan mereka yang berfikiran seperti Rafizi, Azmin dan penyokong PR yang mempunyai perjuangan yang sama dengan Anwar. Manakala kaum cina, akan semakin jauh dengan Bn, kerana nawaitu mereka memang demikian.

Tindakan Presiden Jati dan Ngo islam membidas Anwar pada PRK Kajang itu, bukan sahaja menambah sokongan kepada Ketua Pembangkang daripada kaum bukan melayu, juga memperkecil peluang Bn untuk menang.

Sebaiknya, fokus kempen Bn atau mereka yang mesra Bn, adalah cara Anwar mendapatkan kuasa, bukannya kepada perjuangannya. Kempener Bn terutama orang Selangor, perlu memberi tahu pengundi Kajang, kenapa mesti Selangor diketuai oleh orang daripada negeri lain? Apa kah Selangor mahu mengikuti Rakyat Pulau Pinang yang berketua menterikan rakyat negeri lain.

Anwar mahu menjadi Menteri Besar dengan cara mengenepikan anak tempatan- Khalid Ibrahim. Anwar mahu menjadi MB, kerana beliau tahu, kerajaan Selangor mempunyai simpanan berbilion. Anwar mahu menggunakan wang rakyat Selangor untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri. Mengapa rakyat Selangor yang perlu berkorban!!! perkara-peraka begini yang perlu ditonjolkan oleh kempener Bn, bukannya isu Anwar masuk gereja, kerana akidah Anwar apakah menyimpang, hanya Allah yang boleh mengadili.

Secara umumnya rakyat tahu siapa Anwar. Anwar memulakan gerakannya dengan mempoteritkan dirinya sebagai aktivis islam melalui ABIM. Beliau memulakan gerakannya sebagai nasionalis semasa menyertai kabinet kerajaan Bn. Semasa menjadi menteri pelajaran, beliaulah yang mahu menghapuskan sekolah-sekolah cina secara berselindung. Walaupun, kaum cina tahu itu, namun mereka tetap menyokong Anwar, kerana melalui ketua pembangkang itu, kepimpinan majoriti dipersoal. Mereka tahu, kempimpinan melayu/bumiputera tidak akan mampu dikalahkan, kecuali dijatuhkan oleh kaum itu sendiri. Kaum lain melihat itu ada pada Anwar. Atas sebab itu, mereka memberi sokongan kepada PR semasa PRU-12 dan 13.

Kempener BN, perlu memberitahu pengundi Kajang samada melayu, cina dan india, mereka hanya dipergunakan untuk mencapai impian politik Anwar. Mereka akan senantiasa tertipu dengan retorik Anwar, atas sebab majoriti parlimen di negara ini, tidak memungkinkan Anwar mencapai cita-citanya. Perjuangan merittrokasi Anwar, tidak mendapat sokongan daripada kaum melayu/bumiputera, kerana kaum itu masih ketinggalan dalam semua bidang, baik ekonomi mahupun pendidikan. Kaum melayu/bumiputera tidak akan mampu bersiang dalam mendapatkan biasiswa mahupun peluang perniagaan, atas sebab kekurangan serba serbi.

Tolong beritahu pengundi Kajang, Anwar hanya mahu mendapatkan keistimewaan untuk diri sendiri, bukannya untuk rakyat. Rekod Anwar semasa krisis ekonomi asia tahun 1997 yang menyebabkan ramai peniaga muflis, perlu diberitahu kepada kaum cina, bahawa Anwar tidak akan teragak-agak mengambil tindakan untuk mempopularkan dirinya. Tindakan Anwar semasa krisis kewangan asia hanya semata-mata untuk menjadikan dirinya popular di mata orang barat terutama dalam lingkungan IMF.

Kempener BN perlu beritahu pengundi Kajang, bahawa krisis air di Selangor yang menyebabkan rakyat negeri itu menderita, adalah atas permainan Anwar, agar isu air terus dipolitikan. Bagi Anwar, jika tidak ada masalah rakyat, maka namanya akan tenggalam, untuk itu, beliau senantiasa mahu ada masalah, agar supaya namanya terus mengilap.
 
Beritahu pengundi Kajang, wakil rakyat yang senantiasa berkhidmat dan senantiasa bersama mereka di kala senang dan susah perlu mewakili mereka. Beritahu pengundi Kajang, bahawa Datin Paduka Chew Mei Fun didokong oleh kerajaan pusat yang mempunyai dana yang lebih besar berbanding kerajaan negeri. Beri tahu pengundi Kajang, bahawa Anwar hanya seorang pemimpin penglipur lara, beliau tidak akan mahu menyelesaikan masalah pengundi Kajang, sepertimana beliau lakukan di Permatang Pauh. Beritahu pengundi Kajang, jika Anwar mewakili mereka, tidak akan mendapat khidmat, kerana Anwar merupakan Pemimpin dunia, dan akan senantiasa sibuk melawat luar negara.
 
Beritahu pengundi Kajang, bahawa Anwar sedang berdepan dengan kes sodomi II, besar kemungkinan akan dijatuhkan hukuman. Jika itu berlaku, maka PRK Kajang akan berlaku lagi. Untuk itu, pengundi Kajang perlu memberi sokongan kepada Mei Fun, kerana calon itu telah membuktikan bahawa beliau senantiasa membela pengundinya.

No comments:

Blog Archive