Ramai berpendapat, bahawa kekalahan Anwar pada PRK Kajang, bukan kerana lawannya kuat. Kekalahan Anwar atas sebab perbalahan antara kem dalam PKR sendiri.
Perbalahan antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim mengundang Anwar memerintahkan agar Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi Kajang, agar Ketua Pembangkang itu boleh menjadi pedamai antara Azmin dan Khalid apabila MP Permatang Pauh itu dilantik sebagai Menteri Besar Selangor apabila menang.
Nampaknya hasrat Anwar mendamaikan kedua rakannya itu tidak kesampaian, atas sebab, langkah Kajang tidak akan menjadi realiti.
Pada mulanya, ramai yang menganggap bahawa Anwar bakal menang mudah. Namun perkembangan sejak akhir-akhir ini, menjurus kepada bakal kecundangnya Anwar.
Para penyokong Azmin sejak awal-awal lagi tidak senang, apabila Khalid dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya Kajang. Kemenangan pada PRK itu sudah tentu memberi kredit atau menaikan nama Khalid.
Hubungan antara Azmin dan Khalid menjadi teruk lagi, apabila pada Jumaat, Khalid mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR April depan. Pengumuman itu, melebarkan lagi permusuhan antara Azmin dan MB Selangor itu. Percaturan Azmin, jika Anwar menang PRK Kajang, maka akan menaikan nama Khalid di mata perwakilan PKR. Untuk mengurangkan atau mencheckmatekan Khalid, maka PRK Kajang calon PKR perlu dikorbankan.
Selain itu, para penyokong Khalid dari awal-awal lagi tidak senang dengan langkah Kajang. Apatah lagi, Kajang move adalah brainchild Rafizi Ramli, yang secara terang-terangan seorang pemimpin PKR yang tidak disenangi kumpulan Khalid.
Khalid sendiri, walaupun secara luaran merestui Kajang Move, namun tindakannya bersetuju dengan kerajaan persekutuan berkaitan dengan konsesi air Selangor, dan membelakang Anwar sebagai penasihat ekonomi Selangor, secara terang, tindakan Khalid adalah isyarat jelas, bahawa MB Selangor itu, menginginkan agar Anwar kecundang di Kajang.
Peluang Anwar pada PRK Kajang semakin tipis apatah lagi, kempen calon BN yang diwakili Naib Presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun yang dianggap sebagai underdog, kini mendapat perhatian meluas daripada pengundi Kajang terutama pengundi cina.
Anwar yang menaruh harap daripada pengundi cina, kini terburai, apabila MCA berjaya mendedahkan bahawa sejarah politik Anwar sebenarnya tidak pernah membela kaum cina; setidak-tidaknya itulah kenyataan Presiden MCA Liow Tiong Lai.
Seperkara lagi, pengundi Kajang merasa dipermain-mainkan oleh Lee Chin Cheh, kerana tanpa sebab yang kuat, dengan mudah mengosongkan kerusinya. Ramai pengundi Kajang mempersoalkan, apakah Chin Cheh mendapat habuan yang cukup besar!!! kerana mereka maklum, bahawa setiap calon PKR telah menandatangi aku janji, apabila menang dan lompat parti atau letak jawatan perlu membayar RM5juta!!!.
Penyokong PR kini terbagi-bagi: Penyokong Azmin akan melakukan sabotej, demikian juga penyokong Khalid ditambah lagi dengan penyokong yang marah kerana tindakan Chin Cheh. Sementara penyokong Bn utuh, tambahan lagi Mei Fun mampu menarik sokongan kaum cina.
Nampaknya pada PRK Kajang nanti, bukan sahaja undi PR pada PRU-13 tidak akan dapat diulangi, juga akan menyaksikan Anwar bakal kecundang.

No comments:
Post a Comment