Saturday, January 11, 2014

Apa Motif Serangan di Kota Kinabalu?

Apakah ada hubungan dengan perbicaraan di Penjara Kepayan berkaitan dengan serangan Kg Tanduo Februari lalu? atau kah ada hubungan dengan operasi mengejar PATI bermula pada 21 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri- Datuk Seri Zahid Hamidi?

Menurut cakap-cakap di kawasan Kota Kinabalu, angkara semalam itu, dilakukan untuk menganggu perbicaraan dan operasi memburu PATI khususnya di negeri Sabah.

Foto yang berjaya dirakam CCTV, pengacau semacam membawa senjata seperti psitol, namun menurut polis Sabah, pengacau itu menggunakan senapang angin menggunakan peluru guli.

1 comment:

Unknown said...

Budak budak nakal/mabuk/makan dadah tidak akan melakukan kerosakan harta benda sejauh begini kalau hanya sekadar untuk suka suka. Ini ada lah perbuatan jenayah yang terancang, yang mesti ada motip disebaliknya.

Saya lebih yakin dengan teori AYT bahawa kejadian ini ada hubung kait dengan perbicaraan penganas RSF diKepayan sekarang dan cadangan untuk memburu PATI 21hb depan nanti daripada menyalahkan budak budak nakal semata mata.

PDRM pasti lebih tahu kenapa perbicaraan 'terpaksa' dijalankan dipenjara Kepayan dan tidak dibangunan Mahkamah Tinggi diKg Air sehinggakan unit elite VAT69 dibawa dari Ulu Kinta untuk membuat kawalan.

22 lokasi kejadian dalam tempoh satu jam. Tidak satu pun nampaknya dapat dilihat oleh unit unit peronda polis.

Nasib baik mereka hanya mengunakan peluru guli.

Blog Archive