Showing posts with label Kota Kinabalu Diserang. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu Diserang. Show all posts

Sunday, January 12, 2014

Tembakan Di Kota Kinabalu: Polis Dapat Maklumat Dalang

Polis telah mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang terlibat dengan kejadian tembakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu lewat malam Jumaat lepas dan memperoleh sedikit maklumat mengenai suspek dan laluan yang digunakan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata hasil pemeriksaan awal ke atas rakaman CCTV itu mendapati perbuatan itu dilakukan sekumpulan remaja yang menaiki kenderaan yang menggunakan senapang angin berpeluru ‘ball bearing’ dan guli.

“Namun terlalu awal untuk membuat pengesahan sama ada penjenayah terdiri daripada individu, kumpulan penjenayah atau tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan cara berkenaan untuk menggusarkan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau mengulas kejadian kira-kira 25 premis di sekitar Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dipetik sebagai berkata kejadian bermula pada pukul 11.45 malam dengn melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga buah bank di Inanam.

Hamza berkata polis sedang menyiasat dan melihat dari semua sudut serta tidak menolak sebarang maklumat yang disalurkan selain mengadakan sekatan jalan raya dan Ops Cantas Khas bagi menyelesaikan kes itu.

Dalam pada itu, katanya satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah dan dianggotai semua jabatan polis telah ditubuhkan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung penggunaan senapang angin berpeluru guli atau lastik mahupun senjata yang telah diubah suai bagi tujuan khianat itu.

“Apa yang saya dapat sahkan ialah laporan berkaitan kejadian kerosakan dan pecah cermin itu memang benar tetapi bukan menggunakan peluru senjata api tetapi senapang angin berpeluru bolbering dan guli,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada insiden tembak-menembak seperti yang dilaporkan di media sosial kerana premis yang didakwa berlakunya kejadian itu tidak wujud dan gambar yang tersebar juga adalah tidak betul.

“Ini mungkin tindakan mereka yang tidak senang melihat kestabilan dan keamanan negeri ini dan cuba mengganggu-gugat keamanan di negeri ini,” katanya sambil menambah agar orang ramai tidak gusar dengan kejadian itu.

Katanya laporan insiden tembakan adalah fitnah dan sasaran penjenayah terbabit hanya kepada premis dan bukan manusia.

Sementara itu Jauteh turut menafikan sebarang khabar angin termasuk insiden tembakan di beberapa premis di sekitar Kota Kinabalu malam tadi.

“Berita mengenai suspek sudah diberkas juga adalah tidak benar sebaliknya ia mungkin disebarkan oleh orang ramai yang panik dan gusar atau mengambil kesempatan. Tiada kejadian terbaru dilaporkan setakat malam tadi,” katanya.–

Saturday, January 11, 2014

Apa Motif Serangan di Kota Kinabalu?

Apakah ada hubungan dengan perbicaraan di Penjara Kepayan berkaitan dengan serangan Kg Tanduo Februari lalu? atau kah ada hubungan dengan operasi mengejar PATI bermula pada 21 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri- Datuk Seri Zahid Hamidi?

Menurut cakap-cakap di kawasan Kota Kinabalu, angkara semalam itu, dilakukan untuk menganggu perbicaraan dan operasi memburu PATI khususnya di negeri Sabah.

Foto yang berjaya dirakam CCTV, pengacau semacam membawa senjata seperti psitol, namun menurut polis Sabah, pengacau itu menggunakan senapang angin menggunakan peluru guli.

Kota Kinabalu Diserang

Wisma Sabah, Kota Kinabalu
Belakang Hotel Hyatt, Kota Kinabalu
Megalong, Donggongan, Penampang
Beberapa premis perniagaan di kawasan Kota Kinabalu, diserang semalam. Motif kepada serangan itu, tidak diketahui. Selain premis2 di atas, Premis Coffe Bean Damai, Ambank Damai, Malar Hotel, Public Bank Inanam juga turut diserang. Menurut sumber polis 25 premis diserang secara serentak, dan percayai dilakukan oleh remaja2 nakal.

Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.

Kejadian tembak di lebih dari 20 institusi termasuk hotel dan bank antara tengah malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu itu adalah angkara enam individu yang menaiki tiga kereta menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru, kata Ketua Polis Kota Kinabalu Komisioner Jauteh Jikun. "Kami sedang menyiasat beberapa petunjuk," katanya.

Jauteh berkata polis percaya senjata jenis itu digunakan kerana jika ia terpelanting, ia tidak mampu memecahkan pintu kaca dan cermin tingkap binaan. "Saya menyeru orang ramai supaya tidak panik.

"Ini adalah kerja-kerja budak nakal (juvana)," katanya pada sidang akhbar pada pukul 1 tengah hari, Sabtu.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu segera menghubungi polis di Hotline 088221191.

Tempat-tempat yang menjadi sasaran Kota Kinabalu adalah:
Kawasan Karamunsing -
1. Agro Bank2. Standard Chatered Bank3. Wisma Merdeka4. Belakang Hotel Hyatt5. Pintu masuk Plaza KK6. Maxis Warisan Square7. Gate B Warisan Square8. Hotel Malar di KK Times Square9. Aeropod KK Times Square10. Pejabat Sutera Avenue KK Times Square11. Pejabat MAA Api -api12. Pintu masuk Wisma Sedco Plaza Wawasan
Kawasan Luyang -
1. DM Hotel Damai2. Ambank Damai3. Stesen Southern Damai4. Pizza Hutt Damai5. Pearl Karaoke Damai6. Secret Recipe City Mall7. Hair Made Saloon City Mall8. Hair Shampoo Saloon City Mall
Kawasan Inanam -
1. Public Bank
2. cimb Bank

Blog Archive