Pengganas Sulu yang diperkirakan antara 15-20 orang yang masih bersembunyi di hutan dan paya Tanjung Batu kini dalam keadaan lemah kerana tidak makan lebih 2 minggu.
Pengganas yang menyerah diri petang semalam, yang berkeadaan lemah fizikal, adalah gambaran kepada keadaan fizikal pengganas sulu yang lain.
Sejak Ops Daulat yang bermula pada 5 Mac, telah berjaya membunuh 67 pengganas dan menangkap 429 orang manakala 116 dan ditahan dalam akta SOSMA, 42 telah dibebaskan.
Pengganas telah kehilangan arah selepas komander mereka terbunuh, manakala pemerintah tenteranya tertangkap.
Pasukan keselamatan negara sedang melakukan pembersihan di kawasan operasi, mencari saki baki pengganas yang lain.
Disebabkan bekalan makanan kepada pengganas sudah terputus lebih dua minggu lalu, maka diperkirakan kesemua pengganas akan menyerah diri tidak lama lagi.
No comments:
Post a Comment