Sebelum Krisis Lahad Datu- Anwar begitu ceria sambil menyanyikan SABAH DAH HILNG |
SEBELUM kejadian pencerobohan Lahad Datu, Anwar sering benar ke Sabah,malah dengan egonya menggunakan helikopter melawat pedalaman Sabah, seperti dia lah Perdana Menteri Malaysia.
Namun selepas sahaja kejadian penerobohan Lahad Datu, meskipun Anwar melawat Sabah pada 24 Mac lalu, namun hanya berlegar-legar di tempat paling aman Kota Kinabalu.
Mengapa Anwar takut melawat Lahad Datu?
Satu fakta semasa puncaknya krisis Lahad Datu, Anwar bersama semua pemimpin Pakatan hanya berseronok di Semenanjung, dan sibuk memberi berbagai tohaman terhadap kepimpinan negara termasuk pasukan keselamatan.
Penyebab utama, Anwar enggan ke Lahad Datu, bukan sahaja takut berlaku sesuatu yang tidak dingini kepadanya, malah Anwar takut langsung tiada sambutan.
Kini penduduk yang dilanda krisis terutama pantai timur Sabah, rata-rata penduduknya begitu beremosi dan marah kepada "bakal Perdana Menteri" itu.
Anwar tidak dapat menyorok lagi pengelibatannya terhadap penerobohan Lahad Datu, kerana bukan sahaja media tempatan, malah antarabangsa seperti AFP, Reuters, Manila Times dan banyak lagi membawa laporan bahawa persengkongkolan antara Anwar dan Nur Misuari adalah punca pencerobohan Lahad. Datu.
Anwar boleh mengelak sementara waktu, tapi ingat, pelanduk selalu lupa pada jerat.
No comments:
Post a Comment