Kalau penduduk Lahad Datu gamat kerana diserang pengganas sulu, berlainan pula dengan George Town Pulau Pinang, kawasan itu diserang pelacur.
Pada Rabu, Jabatan Imigresen Pulau Pinang menahan tujuh wanita termasuk enam daripadanya warga negara Indonesia yang berkerja sebagai pelacur dan serbuan berasingan di buah hetl di Butterworth.
Semua wanita berusia 18 hingga 32 tahun itu ditahan dalam Ops Sayang yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota penguat kuasa Imigresen pada 1.40 tengah hari, Rabu.
Jika penduduk Pulau Pinang tidaklah cemas sangat, kerana serangan pelacur merupakan gejala sosial tertua di dunia, yang amat sukar untuk dibenteras, manakala penduduk Sabah masih merasa cemas, kerana kejadian menceroboh Sabah pada 12 Februari lalu.
Ekoran pencerobohan itu, bukan sahaja penduduk kawasan sekitar kawasan itu menjadi emas, malah di kawasan-kawasan lain, yang tidak pun terlibat dalam krisis itu, menjadi panik, sehingga berlaku "RUSH BUYING" di pasar-pasar raya, sehingga satu ketika stok makanan seperti beras, tepung, minyak, malah makanan segera menjadi kosong.
Selain itu, harga makanan laut, bukan sahaja naik, malah berkali lipat tingginya.
Kehadiran pelacur bagi sesuatu kawasan, adalah untuk bersifat hiburan, berlainan dengan kehadiran pengganas bersenjata, maut dipertaruhkan.
No comments:
Post a Comment