APAKAH kedinginan Perhimpunan Agung Umno ini disebabkan kerana musim hujan? AYT rindu dengan hujah-hujah bernas yang menjadi trade Mark perhimpunan itu, baik pemuda, wanita atau puteri.
Namun kali ini, boleh dikatakan tidak terdapat pendebat-pendebat yang boleh meransang minda, sebaliknya pendebat, sangat bergantung kepada skrip yang disediakan.
Pendebat, sangat terikat dengan satu skrip.. membelasah pembangkang, termasuk ucapan Perasmian Tan Sri Muhyiddin.
Bagi yang mengikuti perkembangan politik tanah air, ucapan perasmian Timbalan Presiden Umno itu merupakan rangkuman daripada pendapat-pendapat para penganalisis politik mahupun pemerhati politik apa kah persendirian ataupun para blogger.
Sementara itu, ucapan pengolongan baik daripada Pemuda, wanita mahupun Puteri, banyak berisi, bahawa Umno adalah petarung yang sungguh handal, tidak gentar berhadapan dengan sesiapapun.
Sayap pemuda, wanita mahupun puteri gagal melontarkan hujahan yang bersifat menyeluruh, yang mencerminkan bahawa semua rakyat adalah penyokong Umno dan Umno adalah payung kepada rakyat secara keseluruhannya.
Sepatutnya, walaupun para pemimpin itu sedar bahawa tidak semua rakyat menyokong Umno atau BN, tetapi sebagai parti yang besar yang mempertahankan kerajaan dan seterusnya mahu terus memerintah, sayogianya memperjuangkan segenap masyarakat, apa kah itu penyokong ataupun pembangkang. Seharusnya tertanam dalam benak mereka, winner take all.
Semoga esok, melalui ucapan dasar Presiden Parti, konsep 1Malaysia diberi keutamaan, agar seluruh rakyat merasakan, Umno itu menjaga semua rakyat negara ini, tanpa melihat latarbelakang, baik bangsa mahupun agama.
Melalui pendekatan itu, maka secara automatik menjawab tohman pembangkang bahawa Umno atau BN zalim adalah mainan politik.
No comments:
Post a Comment