Wednesday, July 18, 2012

Disebalik ramalan PRU-13 yang terus meleset

Pembangkang sejak dua tahun lalu terus meramal, bila PRU-13 bakal diadakan. Anwar sendiri dengan penuh yakin meramalkan bahawa tarikh itu adalah ogos,2011. 

Ramalan-ramalan tarikh PRU-13 terus menerus dibuat oleh pihak pembangkang, malah mereka cukup yakin selepas PRN Sarawak, April  tahun lalu.

Ramalan menggunakan angka, kononnya Najib gemar pada angka 11, maka diramal bahawa PRU-13 akan jatuh pada 11-11-2011 (triple eleven).

Sebelum masa yang ditetapkan mereka itu, mereka cukup yakin bahwa Najib akan membubarkan dewan rakyat sesuai dengan ramalan mereka; pihak pembangkang pula mengugut, mereka tidak akan membubarkan DUN pada negeri-negeri yang mereka kuasai, melainkan jika pembubaran itu berlaku selepas September,2011.

Namun, apabila semua ramalan-ramalan pembangkang termasuk Anwar sendiri meleset 100 peratus, maka mereka terpaksa membuat dakwaan baru, kononnya Najib pula TAKUT mengadakan pilihanraya lebih awal, kerana KURANG yakin.

Pihak pembangkang, menukar tune, bahawa kelambatan PRU-13 adalah satu kemenangan MORAL kepada mereka.

Sebenarnya, mereka lupa, bahawa setiap Perdana Menteri di negara ini memanggil pilihanraya umum, apabila telah genap empat tahun menjawat jawatan Perdana Menteri.

Najib dilantik pada April, 2009 sebagai perdana Menteri; ertinya pada Mac,2013 baru genap 4 tahun. Penggal Dewan Rakyat kali ini akan tamat pada Mei,2013. Kalau mahu meramal, maka ramallah tarikh PRU-13 bermula pada Mac,2013.

No comments:

Blog Archive