Ummi Hafilda simpan 20 akaun Azmin dan Anwar
- ANWAR IBRAHIM dikaitkan dengan 20 akaun, apabila bekas Penolong Gabenor Bank Negara Abdul Murad membuat akaun bersumpah pada 26 Oktober 1999 dengan menyatakan bahawa akaun tersebut diuruskan kroni Anwar membabitkan aset, saham dan wang bernilai RM3 bilion.
- Namun selepas kes tersebut disiasat oleh BPR (sebelum bertukar nama kepada SPRM), kes tersebut DICATIT 'KEMAS UNTUK DISIMPAN" ertinya kes boleh disiasat semula jika ada BUKTI-BUKTI BARU.
- Walaupun kes 20 akaun yang membabitkan Anwar sudah berlalu 13 tahun lalu, namun sejak akhir-akhirnya ini kes tersebut terbangkit semula, ekoran beberapa bukti baru yang bermunculan.
- Ekoran daripada bukti-bukti baru itu, maka berbagai pihak mahukan kes tersebut disiasat semula; kerana sehingga kini tiada jawapan pasti mengenai dakwaan itu.
- Adalah perlu untuk rakyat negara ini mengetahui kebenaran daripada akuan bersumpah yang dibuat oleh Abdul Murad, kerana akuan itu mempunyai merit untuk diketahui, memandangkan kedudukan beliau di Bank negara.
- Adalah menjadi tugas SPRM untuk "turn all the stone" yang menyelubungi akaun sepertimana dinyatakan oleh Abdul Murad, kerana ianya membabitkan jumlah wang yang cukup besar.
- Rakyat perlu tahu duduk perkara mengenai akaun itu, kerana ianya membabitkan seseorang yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri Malaysia.
- Adalah sungguh bahaya, jika seseorang yang biasa menyalahguna kuasa menerajui negara ini, kerana negara termasuk rakyatnya akan diperjudikan demi kepentingan peribadi.
- Sebagai catatan yang perlu dipaparkan semula mengenai Anwar Ibrahim adalah:-
- Menggunakan kedudukannya mengarahkan polis berhubung laporan Dr Ristina Majid dan Ummi kepada Tun Dr Mahathir berkaitan salah laku seksnya.
- Menipu rakyat Malaysia pada tahun 2008, bahawa Pakatan Rakyat akan mengambil alih kerajaan Persekutuan, kerana 30 MP BN bersedia melompat pada 16 September, 2008.
- Menggunakan Nama SPB Agong, kononnya baginda perkenaan Anwar untuk dilantik sebagai Perdana Menteri k-6.
- Menabur fitnah, kononnya Najib terlibat pembunuhan Model Mongolia-Altanyua.
No comments:
Post a Comment