Saturday, December 03, 2011

Isu NFC: Parti penting dibanding pemimpin

Parti tidak seharusnya mempertahankan seseorang yang berpontensi untuk menjadi liabilti. Kenyataan naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussin yang menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak, seharusnya tidak boleh dilaksanakan.

Dalam urusan parti terutama dalam pilihanraya, apatah lagi Umno akan menghadapi "ibu" kepada pilihanraya pada PRU-13, maka urusan cuba-cuba tidak boleh dilakukan.

Parti tidak boleh membiarkan seseorang itu, bagaimanapun tinggi kedudukkannya dalam parti, akan tetapi berpontensi sebagai liabilti, untuk terus diberi peranan, apa lagi kedudukan diserahkan kepada untuk menilainya.

Parti seharusnya digayomi oleh para pemimpin yang tiada masalah peribadi, agar supaya segenap rakyat menaruh keyakinan kepadanya.

Adalah benar bahawa untung nasib Umno, rakyatlah akan memutuskan nasibnya, bukan orang yang bercakap sama ada ia liabiliti atau tidak, akan tetapi, biarlah rakyat menentukan nasib Umno atas sebab Umno itu bersih, bukannya berasaskan adanya noda.

No comments:

Blog Archive