Saturday, December 03, 2011

Lima Teras Kekuatan Umno

Lima kekuatan teras yang ditekankan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2011, perlu dihayati setiap anggota parti kerana ia adalah penentu kerelevanan dan kelangsungan parti.

Meskipun teras itu bukanlah satu perkara baru, ia sebenarnya merupakan tunjang kekuatan Umno untuk terus bersaing dan sekaligus kekal relevan di pentas politik tanah air.

Teras itu dilihat mampu menyatupadukan anggota parti yang kini mencecah 3,297,358 orang.

Lima kekuatan teras yang dibangkitkan Najib juga sepatutnya dilihat sebagai 'loceng amaran' kepada parti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir.

Demi kelangsungan parti di masa hadapan, bukan sahaja mandat daripada rakyat, malahan sokongan daripada anggota Umno sendiri juga diperlukan bagi membolehkan Umno terus mengekalkan kuasa politik.

Meskipun Umno mempunyai keahlian yang ramai, bukanlah jaminan bagi sesebuah parti itu melakar kemenangan dalam pilihan raya jika setiap anggota parti gagal menyerap dan menghayati asas perjuangan parti.

Sementara seorang Penganalisis politik yang juga Pensyarah Bersekutu Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian berkata lima kekuatan teras yang terhakis itulah yang membawa kepada kekalahan Umno dan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 2008.

Lima kekuatan teras Umno sepertimana dikatakan Najib adalah:
pertamanya:Keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru.

Kedua:Pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang, sama ada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.

Ketiga:UMNO sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat.

"Keempat:UMNO perlu terus meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya. Segala dasar yang digubal, prakarsa yang dirancang dan program yang dilaksana mengutamakan kebajikan rakyat,

Kelima:Kebolehan UMNO untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji.

No comments:

Blog Archive