Showing posts with label NFC dan Sharizat. Show all posts
Showing posts with label NFC dan Sharizat. Show all posts

Saturday, December 10, 2011

Apa yang Sharizat tunggu lagi? Berundurlah

Semakin ramai ahli dan pemimpin Umno meminta Sharizat Abdul Jalil berundur secara sukarela, sebelum diundurkan dengan paksa.

Tahun 2008, rakyat telah dengan paksa merehatkan Sharizat daripada menjadi Yang Berhormat, namun atas kuasa yang ada pada PM, maka beliau melantik Sharizat sebagai Menteri Kabinet dan Senator.

Peluang yang diberikan oleh PM itu, dimanafaatkan oleh Keluarga Sharizat, mengunapakai wang hasil pinjaman daripada kerajaan yang sepatutnya untuk menternak lembu, namun digunakan membeli kondo, M-Benz, lot rumah, makan angin.

Isu NFC tidak diboleh ditutup lagi. Sharizat sudah menjadi liabilti kepada kerajaan dan parti.

Friday, December 09, 2011

Sharizat perlu berundur: Tun M

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sewajarnya berundur daripada politik berhubung kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarganya, jika ia perlu bagi membantu partinya.

Bekas perdana menteri berkata, Ketua Wanita Umno (gambar kiri) itu perlu meninggalkan jawatan politiknya sebelum “dihalau” keluar oleh partinya.

“Jika kita merasakan ia adalah penting demi parti, kita berundur. Ketika saya hendak berundur, saya tidak bertanya sesiapa.

“Saya berharap yang lain akan berbuat begitu. Jangan tunggu orang menghalau anda keluar. Ya, ukur baju di badan sendiri,” kata beliau ketika ditanya sama ada menteri bertaraf senator itu wajar berundur ekoran isu berkenaan.

Sunday, December 04, 2011

Umno kuat!! sayang kalau kalah!!! sebab yang ini!!!

KALAU Bung Moktar wakil rakyat Kinabatangan, merangkap AMT Umno, meminta Sharizat Abdul Jalil untuk berundur, kerana Ketua Wanita Umno itu akan jadi liabilti kepada parti, kerana berkaitan isu NFC yang diurus oleh keluarganya,maka ianya boleh ditafsir ada unsur politik, namun apabila "oku" seperti pada gambar "menolak" Sharizat, menteri pembangunan wanita itu, perlulah akur.

Selepas ucapan penggulungan Presiden Umno semalam, DS Najib berkata bahawa Umno kini telahpun pulih daripada tsunami politik tahun 2008, ertinya Umno kembali kepada kekuatan yang ada selama ini. Namun, sungguh sayang apabila Umno yang kuat itu, kalah kerana pemimpin seperti pada gambar ini.

Mungkin majoriti Umno dapat memaafkan Sahrizat, kerana isu NFC, kononnya, tiada kaitan dengan dirinya, kerana NFC diurus oleh suami dan anak-anaknya. Akan tetapi, rakyat yang bukan orang Umno aka pengundi, apa kah dapat menerima alasan yang diberikan oleh Ketua Umno itu?

Orang Umno perlu menerima hakekat, bahawa rakyat yang bukan orang Umno akan melihat Umno secara keseluruhan, kerana Umno adalah tunjang kepada kerajaan.

Orang Umno mesti kelihatan bersih, agar tiada isu yang boleh dibangkitkan yang boleh memberi gambaran negatif kepada parti.

Tiada yang Umno boleh buat, walaupun semua calon-calon Umno menang, sedangkan calon-calon komponen lain kalah. BN memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah, manakala kuasa 2/3 memerlukan 148 kerusi parlimen.

Pada PRU-12, kebanyakan calon-calon Umno menang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Disebabkan kerusinya tidak mencukupi, maka terpaksa menyerahkan kerajaan kepada Pembangkang.

Oleh kerana itu, walaupun umno kuat, dengan ahli mencecah 2.4 juta orang, namun jumlah itu tidak menjamin kemenangan, oleh itu sokongan bukan umno sangat penting.

Umno akan mendapat sokongan padu dari kaum-kaum lain, sekiranya Umno kelihatan bebas daripada skandal.

Atas sebab itu, jika ada pemimpin Umno yang boleh dianggap sebagai liabilti perlulah berkorban, demi parti dan orang Umno yang lain. Fikir-fikirkan lah.

Saturday, December 03, 2011

Bung Moktar ulang lagi: Sharizat perlu letak jawatan

BUNG Moktar, wakil rakyat Kinabatangan mengulangi hari ini, bahawa Datuk Sharizat Abdul Jalil perlu melepaskan jawatan kabinet dan Ketua Wanita umno.

Walaupun ketua wanita Umno itu telah menjelaskan bahawa beliau tiada kena mengena dengan NFC, namun persepsi majoriti Umno berbeza.

Sharizat terkena getah apabila isu NFC dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara, bahawa pinjaman RM250 juta daripada kerajaan untuk tujuan menternak lembu, diseleweng kepada perkara lain yang tiada urusan dengan peternakan lembu.

Sebahagian dana, daripada pinjman tersebut telah digunakan untuk membeli dua unit kondo di ONE MENERUNG, BANGSAR berharga RM13.9 juta-tunai.

Isu NFC: Parti penting dibanding pemimpin

Parti tidak seharusnya mempertahankan seseorang yang berpontensi untuk menjadi liabilti. Kenyataan naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussin yang menyerahkan kepada rakyat untuk memutuskan sama ada mereka menganggap Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil satu liabiliti atau tidak, seharusnya tidak boleh dilaksanakan.

Dalam urusan parti terutama dalam pilihanraya, apatah lagi Umno akan menghadapi "ibu" kepada pilihanraya pada PRU-13, maka urusan cuba-cuba tidak boleh dilakukan.

Parti tidak boleh membiarkan seseorang itu, bagaimanapun tinggi kedudukkannya dalam parti, akan tetapi berpontensi sebagai liabilti, untuk terus diberi peranan, apa lagi kedudukan diserahkan kepada untuk menilainya.

Parti seharusnya digayomi oleh para pemimpin yang tiada masalah peribadi, agar supaya segenap rakyat menaruh keyakinan kepadanya.

Adalah benar bahawa untung nasib Umno, rakyatlah akan memutuskan nasibnya, bukan orang yang bercakap sama ada ia liabiliti atau tidak, akan tetapi, biarlah rakyat menentukan nasib Umno atas sebab Umno itu bersih, bukannya berasaskan adanya noda.

Friday, December 02, 2011

Perwakilan Umno: Shahrizat liabiliti

Apabila Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menutup persidangan agung tahunan Wanita Umno kelmarin, kelihatan beliau berjaya mengetepikan kesalahan berkenaan kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) daripada diletakkan pada bahunya.

Bagaimanapun tepukan berdiri menyambut pendirian beliau ketika itu nampaknya tidak berkekalan. Kini wujud sentimen senyap yang sebaliknya, berkenaan dengan isu berkenaan yang dikaitkan dengan keluarga anggota Kabinet ini.

Namun, beberapa pemimpin Wanita Umno mengakui bahawa Shahrizat (gambar) sudah menjadi “liabiliti” kepada parti tersebut dan beliau keluar sebelum skandal NFC “menghancurkan kami semua.”

Bagaimanapun menurut mereka, kebanyakan perwakilan akan merasa “amat takut” untuk bercakap mengenai ketua mereka bimbang boleh hilang jawatan dalam parti.

“Beliau (Shahrizat) menggunakan Wanita Umno untuk melindungi beliau tetapi isu (NFC) bukan isu Wanita (Umno) tetapi adalah bersifat peribadi melibatkan beliau dan keluarganya.

“Sebagai ahli Wanita Umno, saya sangat kecewa. Ramai daripada kami kecewa. Mengapa mengheret kami ke dalam isu ini?” kata seorang perwakilan Wanita Umno dari Perak.

Perwakilan itu menambah beliau sebenarnya terus duduk apabila lautan perwakilan bangun memberi tempukan kepada Shahrizat ketika berucap menutup persidangan.

Katanya, Shahrizat sepatutnya menjelaskan isu berkenaan kepada perwakilan berbanding memikat sokongan dengan hanya mendakwa skandal itu adalah taktik pembangkang mahu melemahkan Wanita Umno.

“Jangan lupa, orang yang pertama mendedahkan isu mengenai kelemahan NFC ialah Ketua Audit Negara, bukannya pembangkang. Jangan mengapa menyerang pembangkang untuk menutup kelemahan kita sendiri,” kata beliau lagi.

Ketika berucap merasmikan persidangan tahunan pergerakannya kelmarin, Shahrizat berkata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail juga harus meletakkan jawatan sebagai presiden PKR ekoran tuduhan jenayah dihadapi suaminya jika beliau dipaksa berundur berhubung isu NFC.

Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ini mencabar Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin agar mendesak peletakan jawatan oleh Dr Wan Azizah.

Shahrizat membuat cabaran itu ketika menyampaikan ucapan dasar pada Persidangan Agung Tahunan Wanita di sini hari ini.

“Beliau (Zuraida) minta saya letak jawatan sebab suami saya terlibat dalam NFC. Beliau buat kerja beliau dan saya buat kerja saya. Saya tiada kaitan dengan itu. Mengapa minta saya letak jawatan?” kata Shahrizat di hadapan 944 perwakilan Pergerakan Wanita. “Jika itu polisi dan prinsip beliau, maka saya mencabar ketua Wanita PKR agar minta presiden PKR letak jawatan,” katanya lagi.

“Hari ini saya mencabar semua (ahli Wanita PKR) agar minta peletakan jawatan Wan Azizah sebab suami beliau (Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim), yang telah dihukum dan didakwa,” katanya lagi.

Jelas Shahrizat, cabaran Zuraida itu umpama “gajah di depan hidung tak nampak, kuman di seberang laut nampak.”

Shahrizat dalam ucapan dasarnya turut menyelar Zuraida dan mengingatkannya agar tidak mengambil kesempatan terhadap Wanita Umno.

“Tetapi kebanyakan ahli Wanita Umno tidak tahu isu berkenaan NFC. Itu sebabnya mereka bangun menyokong beliau. Mereka tidak tahu isu. Wanita Umno, mereka adalah begitu,” kata perwakilan dari Perak.

Pemimpin kanan Wanita Umno ini juga menasihatkan The Malaysian Insider agar bertemu dengan perwakilan secara peribadi dan kebanyakannya, menurut beliau akan bersetuju bahawa Shahrizat perlu memikul tanggungjawab dalam isu NFC.

“Tolonglah, mereka faham. Dia suami kamu. Apa yang anda cakap, ia tiada kaitan dengan anda? Jika anda bukan menteri, adakah anda rasa boleh dapat projek ini?” katanya.

Apabila ditanya sama ada Shahrizat harus dianggap sebagai liabiliti kepada Umno sekarang, kedua-dua pemimpin ini sama-sama bersetuju.

“Sudah tentu. Ada yang sudah memberitahu perdana menteri, jangan adakan pilihan raya selepas Tahun Baru Cina sebab isu NFC ini tidak akan mati. Ia tidak akan dilupakan dalam tempoh satu atau dua bulan ini,” katanya lagi.

“Ada yang terlalu risau,” katanya.

Thursday, December 01, 2011

Sayang kerana NFC salah urus Umno kena getahnya

Sayang, Industri berimpak tinggi itu tersalah urus, sehingga Umno terkena impaknya. Kalaulah semua dana pinjaman RM250 juta itu digunakan untuk projek NFC, necaya tiadalah isu.

Kerajaan berniat baik dengan meluluskan pinjaman berkadar rendah itu untuk memenuhi keperluan daging negara. Selain daripada itu, projek itu memberi peluang kepada kaum melayu terlibat dengan indutri daging, yang selama ini masih dikuasai kaum lain.

Ramai yang tertanya-tanya, bolehkah pinjaman sebesar itu diberikan pada orang kebiasan? Pengalaman, AYT memohoan mendapatkan pinjaman daripada kerajaan, kerana mendapat hak franise daripada produk makanan tempatan dan telahpun ditawarkan ruang di KLCC, sungguh sukar dan tidak mudah. Selain berurusan CGC (Credit Guarantee Corporation) juga perlu melalui urusan yang berlapis-lapis.Jumlah yang dipohon, bukan jutaan, tetapi hanya RM400 ribu.

Apabila melepasi berbagai urusan petandbiran, akhirnya urusan pinjaman diluluskan juga untuk tempoh 3 tahun dengan kadar faedah 4 peratus setahun. Cara penggunaan wang pinjaman itu cukup ketat, sehingga pemebelian komputer ribapun yang digunakan untuk keperluan perniagaan tersebut, tidak dibenarkan, melainkan wang tersebut hanya boleh digunakan pada apa yang termaktub dalam perjanjian francise.

Berlainan dengan dana pinjaman RM250juta untuk NFC, boleh pula digunakan untuk membeli kondominum, kereta mewah, lot tanah dan urusan-urusan lain yang tiada kaitan dengan peternakan lembu.

Penyalahgunaan kuasa inilah yang dipersoalkan, bukan projek lembu itu. AYT rasa bukan pembangkang sahaja mempersoalkan perkara ini, akan tetapi rakyat biasa seperti AYT.

AYT mempersoalkan isu penyalahgunaan pinjaman tersebut, bukan kerana AYT terpengaruh dengan dakyah pembangkang, akan tetapi AYT berpaksi kepada ketelusan dan tujuan pemberian pinjaman tersebut.

Datuk Sharizat Jalil, patut tidak mempertahankan isu salah guna itu, sepatutnya beliau memberi kenyataan-Jika terdapat salah guna kuasa dalam projek NFC, maka bawa individu-individu yang terlibat ke muka pengadilan, walaupun melibatkan keluarganya sendiri.

Semasa berucap pada perhimpunan wanita Umno, Sharizat seolah-olah mengalih pandang isu tersebut, dan membawa bersama wanita Umno, seolah-olah pendedahan dan kritikkan terhadap projek NFC ada hubungan dengan wanita Umno.

Sharizat sayogianya mengeritik cara pengurusan dana yang diberi itu, jika itu yang beliau lakukan, sudah pasti seluruh rakyat akan bangun menyokongnya termasuk pembangkang.

Memang pedih bertindak demikian, apatah lagi melibatkan keluarganya, namun jika beliau berpegang kepada pemimpin yang sejati, mesti berpegang teguh kepada yang benar sahaja dibela, dan yang salah tetap lah salah.

Wednesday, November 30, 2011

Anwar bejat- Zuriada Kamaruddin tetap sokong-Kenapa? Sharizat

SHARIZAT menyelar Ketua Wanita PKR-Zuraida Kamaruddin yang terus menerus menyokong Anwar Ibrahim, walaupun Ketua Umum PKR itu mempunyai moral yang bejat.

Anwar pernah dijatuhkan hukuman penjara kerana meliwat, selain itu, kes liwat keduanya masih lagi didengar di mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur.

Anwar juga didapati melakukan hubungan seks dengan pelacur yang berjaya dirakam oleh Datuk T dan didedahkan menjelang PRN-Sarawak April lalu.

Monday, November 28, 2011

AGM Umno: Saya tak akan jawab mengenai NFC: Sharizat

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menegaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan isu berkaitan dengan projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).

Justeru kata Ketua Wanita Umno itu, beliau tidak akan menggunakan perhimpunan agung Umno minggu ini untuk menjawab sebarang isu yang dibangkitkan pembangkang berkaitan NFC.

"Saya tidak akan jawab. Kalau nak bertanya mengenai NFC, tanyalah kepada orang NFC. Saya hanya akan tumpukan pada Pergerakan Wanita Umno," katanya pada sidang media sempena Perhimpunan Agung Umno 2011, di Kuala Lumpur.

Bagaimanapun Shahrizat berkata beliau tidak akan menghalang mana-mana perwakilan untuk berbahas isu berkenaan NFC pada perhimpunan agung sayap itu Rabu ini.

Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini menyatakan NFC gagal memenuhi matlamat penubuhannya diikuti dakwaan pembangkang wujud penyelewengan peruntukan kerajaan berjumlah RM250 juta kepada NFC, yang mana suami Shahrizat, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail menjadi pengerusi eksekutifnya.

Blog Archive