KALAU Bung Moktar wakil rakyat Kinabatangan, merangkap AMT Umno, meminta Sharizat Abdul Jalil untuk berundur, kerana Ketua Wanita Umno itu akan jadi liabilti kepada parti, kerana berkaitan isu NFC yang diurus oleh keluarganya,maka ianya boleh ditafsir ada unsur politik, namun apabila "oku" seperti pada gambar "menolak" Sharizat, menteri pembangunan wanita itu, perlulah akur.
Selepas ucapan penggulungan Presiden Umno semalam, DS Najib berkata bahawa Umno kini telahpun pulih daripada tsunami politik tahun 2008, ertinya Umno kembali kepada kekuatan yang ada selama ini. Namun, sungguh sayang apabila Umno yang kuat itu, kalah kerana pemimpin seperti pada gambar ini.
Mungkin majoriti Umno dapat memaafkan Sahrizat, kerana isu NFC, kononnya, tiada kaitan dengan dirinya, kerana NFC diurus oleh suami dan anak-anaknya. Akan tetapi, rakyat yang bukan orang Umno aka pengundi, apa kah dapat menerima alasan yang diberikan oleh Ketua Umno itu?
Orang Umno perlu menerima hakekat, bahawa rakyat yang bukan orang Umno akan melihat Umno secara keseluruhan, kerana Umno adalah tunjang kepada kerajaan.
Orang Umno mesti kelihatan bersih, agar tiada isu yang boleh dibangkitkan yang boleh memberi gambaran negatif kepada parti.
Tiada yang Umno boleh buat, walaupun semua calon-calon Umno menang, sedangkan calon-calon komponen lain kalah. BN memerlukan sekurang-kurangnya 112 kerusi parlimen untuk membentuk kerajaan pusat dengan majoriti mudah, manakala kuasa 2/3 memerlukan 148 kerusi parlimen.
Pada PRU-12, kebanyakan calon-calon Umno menang di Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang. Disebabkan kerusinya tidak mencukupi, maka terpaksa menyerahkan kerajaan kepada Pembangkang.
Oleh kerana itu, walaupun umno kuat, dengan ahli mencecah 2.4 juta orang, namun jumlah itu tidak menjamin kemenangan, oleh itu sokongan bukan umno sangat penting.
Umno akan mendapat sokongan padu dari kaum-kaum lain, sekiranya Umno kelihatan bebas daripada skandal.
Atas sebab itu, jika ada pemimpin Umno yang boleh dianggap sebagai liabilti perlulah berkorban, demi parti dan orang Umno yang lain. Fikir-fikirkan lah.
No comments:
Post a Comment