Friday, August 19, 2011

Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa untuk PRU-13: Najib

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak semestinya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas berkenaan siap sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak ada kaitan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Tak terikat...tak terikat, boleh bila-bila masa," katanya pada sidangb media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Jumaat.

Berhubung sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihan umum sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2013, Najib berkata ia terpulang kepada bentuk cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa khas tersebut.

"Sudah pasti kita akan ambil masa (laksanakan). Kalau ada sesuatu yang kita boleh buat secara segera..kita buat segera," katanya.

No comments:

Blog Archive