Saturday, August 20, 2011

Pakatan persoal bajet JPM yang meningkat 4 kali ganda

Pakatan Rakyat mempersoalkan Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008.

Sehubungan itu, Pakatan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya.

No comments:

Blog Archive