Showing posts with label PRU-13 bila2 masa. Show all posts
Showing posts with label PRU-13 bila2 masa. Show all posts

Sunday, October 21, 2012

PRU-13: Najib minta seluruh jajaran BN siap siaga mulai sekarang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang. "MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.

"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.

Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.

Friday, August 19, 2011

Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa untuk PRU-13: Najib

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak semestinya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas berkenaan siap sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak ada kaitan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Tak terikat...tak terikat, boleh bila-bila masa," katanya pada sidangb media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Jumaat.

Berhubung sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihan umum sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2013, Najib berkata ia terpulang kepada bentuk cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa khas tersebut.

"Sudah pasti kita akan ambil masa (laksanakan). Kalau ada sesuatu yang kita boleh buat secara segera..kita buat segera," katanya.

Blog Archive