Pembangkang termasuk blogger pro mereka, mencipta cerita, kononnya dalam Umno ada gerakan menjatuhkan Najib.
Gerakan mencipta cerita ini, ekoran pendedahan YB Zaharin Hashim bahawa ada pertemuan sulit yang diketuai oleh NIK Aziz bagi mengganti Anwar sebagai Ketua Pembangkang. Wakil rayat bebas itu berkata, usaha menggantikan Anwar, ekoran keyakinan para pemimpin Pakatan terutama Nik Aziz, bahawa besar kebarangkalian, bahawa Anwar akan disabitkan dengan kes liwat yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Kononnya satu badan NGO yang dinamakan Penawar yang diketuai oleh Aziz Shamsuddin, bekas menteri pembangunan luar bandar dan bekas MP Shah Alam mendesak Najib agar berundur lebih awal, jika masih sayangkan Umno dan kerajaan BN.
Penawar kononnya dianggotai oleh 50 bekas wakil rakyat, antaranya Aziz Yassin, abang kepada Tan Sri Muhyiddin dan Thamrin Ghafar Baba.
Kononnya juga, Penawar mendapat restu daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir, atas sebab mantan PM itu merasakan bahawa Najib kini telah menjadi liabilti kepada Umno dan BN, atas sebab kelemahannya mengatasi beberapa isu yang melanda negara. Selain itu, isu yang melanda isteri Perdana Menteri itu, Datin Rosmah Mansor, antaranya isu Wanita pertama, isu cincin berlian dan pengelibatannya dalam tadbir urus negara.
AYT juga merasakan, bahawa jarang ada pemimpin dalam kabinet Najib ataupun Umno baik wakil rakyatnya membela Najib dalam menghadapi berbagai krisis sejak akhir-akhir ini, kalau adapun hanya boleh dikira dengan sebelah tangan.
AYT, dapati yang membela Najib adalah blogger nyamuk yang tiadapun peranan dalam kerajaan mahupun parti, sebaliknya mereka yang mempunyai kaitan langsung dengan pentadbiran Najib dan parti Umno, boleh dikatakan bisu seketika.
Berasaskan kepada persepsi ini, mungkin juga ada kebenarannya bahawa memang wujud gerakan mahukan Najib berundur, seperti mana dilakukan pada Pak Lah. Kita tunggulah kesudahannya, sebab dalam politik, semuanya mungkin.

No comments:
Post a Comment