Kerajaan akan mengesyorkan agar satu suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat pendedahan rakaman video seks - oleh tiga “Datuk T” dua minggu lalu — mendakwa aksi seks Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun Ketua Pembangkang itu menafikan perkara tersebut.
Minggu lalu, polis mengesahkan rakaman video seks itu adalah tulen dan bukan sesuatu yang direka.
Rakaman itu didedahkan oleh “Datuk T” pada 21 Mac lalu di hotel Carcosa Seri Negara di sini, mengejutkan banyak pihak ketika negara berhadapan dengan pilihan raya negeri Sarawak bulan ini dan kemungkinan pilihan raya umum tergempar tahun ini.
“BN akan mengesyorkan satu usul supaya diadakan suruhanjaya diraja bagi mendedahkan segala-galanya,” kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.
Difahamkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, yang bertanggungjawab kepada hal ehwal Parlimen, akan membawa usul berkenaan secepat mungkin sebelum sesi Parlimen semasa berakhir Khamis ini.
Beliau juga sedang berusaha mengumpulkan beberapa ahli Parlimen BN untuk menyokong usul tersebut.
Bagaimanapun Anwar tidak boleh bercakap mengenai usul itu memandangkan beliau masih menjalani hukuman digantung daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat selama enam bulan berhubung isu APCO Worldwide dan gagasan 1 Malaysia, yang dijatuhkan akhir tahun lalu.
Jika usaha itu menjadi kenyataan ini kali pertama satu suruhanjaya diraja disyorkan untuk menyiasat rakaman aksi seks melibatkan ahli poliitik.
Antara ahli-ahli politik BN yang meletakkan jawtaan ekoran pendedahan skandal seks ialah Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pada akhir 2007, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas setiausaha agung MIC D.P. Vijandran yang terpaksa melepaskan jawatan timbalan speaker Dewan Rakyat.
Dr Chua kembali aktif berpolitik dengan dipilih sebagai presiden MCA awal tahun lalu.
Abdul Rahim merupakan salah seorang “Datuk T” dalam isu semasa ini.
Semalam, Nazri menegaskan bahawa Anwar tidak harus takut untuk berhadapan dengan siasatan suruhanjaya diraja mengenai pendedahan rakaman video seks kerana ia akan turut memanfaatkan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu.
Sehubungan itu kata Nazri, tiada sebab mengapa Anwar harus bimbang untuk menghadapi atau membantah pembentukan suruhanjaya sedemikian.
“Jika lelaki dalam video itu bukan Anwar, maka ia harus menjadi kelebihan politk yang cukup besar bagi pembangkang dalam pilihan raya umum.
“Saya merasakan beliau dan pembangkang boleh menang besar. Jadi mengapa bimbang?” kata beliau.
Katanya, penubuhan suruhanjaya diraja adalah penting sebab polis sudah mengesahkan ketulenan video seks itu.
Nazri berkata identiti lelaki dan wanita dalam aksi seks rakaman itu harus ditentukan sebab polis sudah pun mengesahkan bahawa video itu bukan satu rekaan.
“Bagi Barisan Nasional, kami juga mahu membersihkan nama kami, memandangkan kami juga telah dituduh sebagai dalang pendedahan video seks ini,” kata beliau.
Satu kajian kendalian Merdeka Center yang dibawa The Malaysian Insider pagi semalam menunjukkan majoriti rakyat Malaysia berpandangan pendedahan rakaman video seks oleh tiga “Datuk T” bermakna berkemungkinan skandal itu didalangi BN.
Kajian itu menunjukkan 39 peratus daripada 504 responden menuding jari ke arah BN dan Umno ekoran pendedahan video tersebut 21 Mac lalu.
Pun begitu ramai juga yang sangsi dengan kemungkinan itu memandangkan 38 peratus mengatakan mereka tidak tahu.
Hanya 18 peratus dengan tegas mengatakan BN tidak terlibat dalam kontroversi itu, yang menunjukkan seorang lelaki, didakwa pemimpin kanan Pakatan Rakyat, mengadakan hubungan seks dengan pelacur asing.
Kajian itu dikendalikan antara 24 dan 27 Mac lalu.
Ketika menemui pemberita tiga hari selepas pendedahan rakaman itu, Abdul Rahim yang juga bekas ketua Pemuda Umno pusat berkata, beliau mengulangi pendiriannya meminta pemimpin pembangkang yang dirujuknya sebagai “si polan” supaya meletak jawatan atas faktor liabiliti, seperti yang dilakukan olehnya ketika berdepan dakwaan merogol gadis bawah umur kira-kira 17 tahun lalu.
Beliau berkata, tindakannya meletak jawatan sebagai ketua menteri Melaka adalah kerana permintaan Anwar pada ketika itu, yang menyifatkannya sebagai bebanan kepada Umno selain faktor semangat kesetiaan kepada kepentingan-kepentingan negara walaupun mahkamah kemudian mendapatinya tidak bersalah.
Anwar sebelum ini menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan polis terbabit dalam pendedahan rakaman video seks itu.
Najib dan Hishammuddin masing-masing presiden dan naib presiden Umno telah menafikan penglibatan mereka dalam rakaman berkenaan.

No comments:
Post a Comment