Monday, April 04, 2011

Anwar serang kubu Tan Sri Alferd Jabu

Mengumpul hadirin sehingga 1000 orang di kawasan pedalaman, bukan mudah, demikian kata Ketua wanita PKR Sarawak Cecilia Siti Una, malah jumlah kehadiran sehingga 1000 orang merupakan sejarah bagi kawasan Betong.

Anwar memang diakui, di mana saja hadir untuk membuat ceramah pasti ramai yang datang; tujuan mereka adalah mendengar "fitnah apa yang Anwar" sampaikan. Anwar memang hebat berpidato, convencing, namun apa kah mereka yang hadir dan mendegar itu akan menterjemahkan kehadiran itu dalam bentuk undi?

Kita saksikan di beberapa PRK lalu, setiap majlis yang dihadiri Anwar, pasti beribu orang akan hadir; namun apabila selesai pengundian, peti undi di mana Anwar berceramah itu-tidak berpihak kepada Pembangkang.

Apa yang dikuatirkan dalam mana-mana ceramah Anwar adalah gangguan daripada pihak Polis. AYT takut, jika gangguan terus dilakukan, akan membuatkan orang ramai muak dan bertindak protes.

Kita mesti maklum dan faham-seseorang yang hadir pada suatu ceramah, tidak akan boleh membuat pendirian berubah sekelip mata; demikian juga membaca blog atau tulisan pembangkang, seseorang pro kerajaan; tidak mudah mengubah pendirian kerana sesuatu tulisan atau dakwaan.

Kita tahu, bahawa Anwar adalah pujaan pembangkang; jika Anwar diganggu secara terus menerus secara fizikal di depan mereka yang masih logok, AYT takut ianya akan menimbulkan undi simpati dan protes. Adalah sebaiknya, dari awal-awal lagi, kebenaran jangan diberikan kepada pengajur untuk mengadakan acara berucap; selagi masa berkempen belum bermula.

No comments:

Blog Archive