Monday, April 04, 2011

PRU Sarawak: Parti Anwar dan Nik Aziz akan kempunan

Kali ke-3 PKR masuk gelananggang dan kali ke-4 bagi PAS pada piliahraya umum negeri Sarawak. Pada PRN-2006, PKR pecah telor, apabila menang satu kerusi. Pas, walaubagaimanapun masih zero.

Tidak terkecualai pada musim PRN ke 10 ini, PKR dan PAS masih kempunan mendapat kerusi.

Parti DAP memang ada rekod, kadang dapat kerusi banyak. Tahun 2003, DAP hampir kosong apabila hanya menang satu, walaupun PRN sebelumnya menang 4 kerusi. Tahun 2006, DAP bernasib baik dan mendapat 6 kerusi, kerana masa itu ada krisis parti komponen BN Sarawak.

Rekod terkini DAP hanya pada PRK Sibu, apabila parti itu membuat kejutan berjaya merampas kerusi Sibu daripada SUPP. Pertanda ini, yang mengahirahkan DAP, kononnya kaum cina Sarawak akan mengundi DAP. Malah, DAP yakin akan menang 15 kerusi yang ditandinginya.

Jangan lupa mood pengundi berasaskan isu semasa. Tidak semestinya mood pada PRK Sibu akan terbawa-bawa hingga kini. Lagipun, pada PRK Sibu, nampaknya BN-Sarawak tiada persiapan langsung menghadapi PRK itu. Berlainan dengan PRN- BN Sarawak telah bersiap sedia, berasaskn pengalaman pada PRK Sibu.

Pengundi Sarawak terutama bumiputera belum masanya memberi peluang kepada parti yang belum ada rekod membantu rakyat; berlainan dengan kaum cina yang telah maju, mereka mengundi DAP sekadar untuk tujuan check and balance, sama dengan di Singapura; PAP perlu pembangkang.

Kaum cina Sarawak walaupun memilih DAP, tetapi tidak lah secara 100%, mereka akan tetap mempertahankan para pemimpin negeri yang memberi jasa kepada mereka.

Kegahiraan PKR terlalu nampak, apabila mahu bertanding 47 kerusi daripada 71 kerusi. DAP dan PAS masing-masing 15 dan 5 kerusi. Sementara 4 kerusi diberikan pada parti SNAP.

Sebelum ini, SNAP telah mengumumkan akan bertanding 27 kerusi, jika ini berlaku, maka sekurangnya 23 kerusi akan berlaku pertembungan antara PKR dan SNAP melawan BN.

No comments:

Blog Archive