Sunday, April 03, 2011

PRU Sarawak: Bumiputera Sarawak curiga nafsu besar PKR

PKR akan mengharungi PRU Sarawak tanpa bantuan rakan tempatan parti itu- Parti SNAP. Perkara ini disebabkan, SNAP merasa terkilan, kerana hanya diberikan 3 kerusi oleh PKR, sedangkan parti itu merasakan boleh menang 27 Kerusi.

PKR dengan nafsu besarnya akan bertanding 48 kerusi, DAP 15 dan PAS 5. Berasaskan perkembangan itu, Parti SNAP akan bertanding 27 kerusi, ini bermakna pada 27 kerusi itu, PKR akan bertembung dengan calon BN dan SNAP.

Pertembungan itu, akan mengakibatkan undi pembangkang akan berpecah, ini sudah tentunya menguntungkan BN.

Apa kah kesudahan antara SNAP dan PKR? sama-sama kita tunggu 6 April, apa kah uar-uar pada masa ini, hanya merupakan muslihat.

Yang jelas, apapun percaturan parti PKR-DAP-PAS, BN Sarawak akan menang 2/3 dan diperkirakan sekurangnya BN Sarawak akan menang 50 kerusi. Parti yang menghadapi tusnami kali ini adalah SUPP, dan diperkirakan hanya 5 kerusi akan dimenangi parti kaum cina Sarawak itu.

No comments:

Blog Archive