Wednesday, March 16, 2011

Perlantikan Isa Samad-Tiada kaitan dengan pasaran saham: Zafrul patut letak jawatan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan.

“Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan rasional pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda sedangkan kredibiliti beliau tercemar kerana didapati bersalah menggunakan politik wang oleh parti beliau dan ingin tahu sama ada nama baik Felda akan terjejas dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Najib berkata pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda yang baru adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.

“Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.

“Pada masa ini tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham,” kata Najib.

Walaupun begitu katanya, rakan perniagaan Felda dalam dan luar Negara seperti Pakistan, India, Singapura, Mesir, Perancis, China, Hong Kong, Sri Lanka, Bangladesh, Afrika Selatan dan Negara-negara Timur Tengah terus memberi sokongan kepada aktiviti perniagaan Felda.

“Permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Dengan pengakuan Perdana Menteri itu, secara automatik dakwan CEO-Maybank Tengku Zafrul, hanya sangkaan buruk terhadap Tan Sri Isa, dengan kata lain Zafrul hanya berdolak dalik, tanpa fakta. Melalui sanggahan Perdana Menteri itu, seharusnya Zafrul perlu meletakkan jawatan, kerana sebenarnya dia sendirilah yang menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap pasaran saham.

Sepertimana yang disebutkan oleh PM, bahawa tiada anak syarikat Felda yang diseneraikan di bursa saham, sungguh pelik, bagaimana Zafrul, boleh membuat kesimpulan, bahawa perlantikan Isa Samad memberi signal buruk kepada pasaran saham.

No comments:

Blog Archive