Wednesday, March 16, 2011

AMK PKR risau- Jika Anwar terpaksa serah sampel DNA

KUALA LUMPUR, 16 Mac — Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat menyatakan pendiriannya mempertahankan ketua mereka Datuk Seri Anwar Ibrahim sambil mendakwa sebarang paksaan agar beliau menyerahkan sampel DNA merupakan pencabulan prinsip utama undang-undang.UNDANG-UNDANG YANG MANA?

Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, pihaknya menyifatkan tindakan pihak-pihak tertentu yang kelihatan bersungguh-sungguh mendesak Anwar untuk menyerahkan sampel DNA beliau adalah sebahagian daripada episod terancang bermotifkan politik jahat dan khianat.APA YANG TERANCANG?ANWAR SENDIRI BUAT BENDA ITU! TIADA SIAPA YANG MENYURUHNYA.

“Baik pihak pendakwaan mahupun NGO-NGO picisan yang bersungguh mendesak ini, kelihatan tidak faham akan prinsip asas undang-undang bahawa seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah. ANWAR BELUM DIJATUHKAN HUKUMAN.KES MASIH DALAM PERBICARAAN.ANWAR KENA BUKTIKAN BAHAWA DIA TIDAK BERSALAH BERASASKAN TUDUHAN YANG DIKEMUKAKAN YAKNI PERTUDUHAN MELALUI SEKSYEN 377B CPC-TUDUHAN MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS DILUAR TABII.

“Dalam mana-mana kes mahkamah, adalah menjadi tugas pihak pendakwaan untuk membuktikan bahawa pihak tertuduh itu bersalah berdasarkan bukti yang jelas melampaui sebarang keraguan dan bukannya meminta atau mencipta bukti,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.PIHAK PENDAKWAAN HANYA MEMOHON PADANAN DNA, UNTUK MENCARI DNA LELAKI Y YANG DIJUMPAI PADA ANUS SAIFUL. SAIFUL MENDAKWA BAHAWA DIA DILIWAT OLEH MAJIKANNYA ITU. TAK KAN MINTA DNA JAMES BOND PULA UNTUK TUJUAN PADANAN DNA.

Dalam kes Anwar, kata Shamsul Iskandar, beliau tidak perlu mengemukakan hatta secebis bukti sekalipun kerana beliau sendiri telah mempunyai alibi yang kukuh untuk menyatakan bahawa tidak terlibat dalam dakwaan penuduh.ALIBI KUKUH? DALAM RAKAMAN CCTV TERNYATA PROTEJ ATAU IMEJ ANWAR DAN SAIFUL TERNYATA DIDAPATI PADA RAKAMAN, PADA TARIKH DAN MASA DI MANA ANWAR DITUDUH MELIWAT SAIFUL. HINGGA SETAKAT INI BELUM ADA ALIBI ANWAR YANG BOLEH MENEPIS TUDUHAN TERSEBUT.

Katanya, apa yang berlaku dalam kronologi kes fitnah kedua ke atas Anwar ini lebih bersifatkan pembunuhan karakter paling dahsyat pernah berlaku dalam sejarah politik negara.ANWAR MEMILIH AGAR PERBICARAAN INI BERLANJUTAN, KERANA ITU ANWAR MEMINTA KES PERBICARAAN TERTANGGUH LEBIH 50 KALI.

“Anwar dinafikan akses ke atas pelbagai dokumen, malah pihak peguambela sendiri terhalang daripada menjalankan pelbagai ujian bebas ke atas bahan-bahan bukti yang dikemukakan oleh pendakwa.TAK KAN SENJATA PIHAK PENDAKWAAN PERLU DIBERIKAN KEPADA PIHAK PEMBELAAN SEBELUM PERBICARAAN BERMULA DAN BAHAN BUKTI ITU BELUM DIJADIKAN BARANG BUKTI DI MAHKAMAH. SEKARANG, PIHAK ANWAR BEBAS MEMOHON SEMUA BUKTI YANG DITANDAI SEBAGAI BARANG BUKTI UNTUK DILAKUKAN UJIAN BALAS.

“Isu DNA ini berterusan dimainkan agar dengan mudah pihak pendakwaan memalitkan tuduhan ke atas Anwar,” kata beliau lagi.HANYA UJIAN DNA DIGUNAPAKAI DALAM MERUNGKAI KES YANG ADA HUBUNGAN DENGAN SEX.

Shamsul Iskandar berkata percanggahan fakta sejak awal perbicaraan menunjukkan bahawa kes liwat kedua dihadapi Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, langsung tidak mempunyai asas undang-undang yang jelas dan fakta yang kukuh, ditambah pula dengan kredibiliti penuduh yang jahanam.SAIFUL BELUM PERNAH TERLIBAT MANA-MANA KES JENAYAH DAN BELUM PERNAH DIJATUHI HUKUMAN DI MANA-MANA MAHKAMAH DI MALAYSIA. JADI, BAGAIMANA PIHAK AMK MENGATAKAN BAHAWA KREADIBILTI MANGSA DIPERTIKAI.

Malah Shamsul Iskandar berkata tindakan pendakwaan bertentangan dengan Artikel 10 Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia 1948.HAK SIAFUL BAGAIMANA?

Tambahan pula kata Shamsul Iskandar, pembocoran awal hujahan pihak pendakwaan dalam permohonan jahat mereka untuk memaksa Anwar menyerahkan sampel DNA membuktikan lagi hujah bahawa “usaha membunuh karakter beliau dilakukan secara terancang” oleh pihak pendakwaan dan media massa di bawah telunjuk Umno-BN.TIADA YANG BOCORKAN.PERBICARAAN SODOMI II BERLANGSUNG DI MAHKAMAH TERBUKA. APA YANG DISEBUT OLEH PENDAKWA PADA JUMAAT BAHAWA PIHAK PENDAKWAAN AKAN MENGGUNAKAN AKTA BUKTI 1950, SEKSYEN 73. SESIAPAPUN MEMPUNYAI BUKU AKTA BUKTI 1950.

“Angkatan Muda PKR dengan tegas menyatakan bahawa tidak ada sebarang keperluan untuk Datuk Seri Anwar tunduk kepada desakan-desakan bebal yang sedang dilakukan oleh beberapa pihak.BERMAKNA, SELAMA INI PERJUANGAN AMK BUKAN BERASASKAN KEADILAN, NAMUN HANYA MEMPERJUNANGKAN HAK SEORANG INDIVIDU.

“Ini akan menyebabkan berlakunya perubahan terhadap prinsip asas undang-undang itu sendiri dan menjadikannya sebagai seseorang itu bersalah sehingga dibuktikan tidak bermasalah,” katanya.

Shamsul Iskandar juga berkata pihaknya yakin dan percaya bahawa kelompongan kes ditambah dengan kekarutan pihak pendakwaan serta penyalahgunaan kuasa oleh pasukan polis terbabit dalam kes yang sedang dipertontonkan ini, berpotensi besar merosakkan imej Malaysia di mata dunia, susulan daripada apa yang telah berlaku sebermula 1998. HANYA PERSEPSI. RAKYAT MALAYSIA MAHU TAHU KEBENARAN.

No comments:

Blog Archive