Wednesday, March 16, 2011

Nik Azmi Nik Ahmad-minta saksi 4 orang islam buktikan Anwar meliwat Saiful!

Kerja bodoh!!! Anwar buat benda tu, bukan terang-terangan. Anwar buat benda tu secara sembunyi-sembunyi. Tidak mungkin empat orang islam boleh menjadi saksi, kerana perbuatan Anwar dirancang dengan teliti oleh Anwar sendiri.

Umum mengetahui bahawa Anwar membuat kerja liwat, disebabkan mangsa mengadu, kalau tidak, tiada seorangpun akan tahu perbuatan Anwar itu, kecuali Anwar sendiri dan pengadu.

Walaupun pihak pendakwaan menggunakan alat bantu seperti rakaman CCTV, ujian DNA, pun demikian masih sukar membuktikan perbuatan Anwar itu, apatah lagi menyediakan empat saksi islam sebagai saksi.

Anwar menghadapi tuduhan liwat seksyen 377B CPC dan jika sabit kesalahan boleh dihukum sehingga 20 tahun dan sebatan.

Anwar didakwa melakukan sodomi terhadap pembantu khasnya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun,2008 di sebuah Kondominum di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 hingga 4.30 petang hari yang sama.

Setakat ini, Anwar belum disabitkan oleh Mahkamah ataupun pihak pendakawaan, hanya barang yang digunapakai oleh Anwar semasa di lokap IPKKL pada 16 Julai,2008 ditemukan padanan DNA Lelaki Y yang dijumpai pada anus pengadu (Mohd Saiful).

Sebelum ini, mahkamah dalam Perbicaraan dalam perbicaraan telah mengenepikan barang-barang bukti tersebut, kerana menurut Hakim yang mendengar kes sodomi II tersebut membuat keputusan, bahawa barangan tersebut diperolehi secara tidak sah. (Barangan bukti tersebut adalah sebatang berus gigi berwarna putih, sehelai tuala good morning dan sebotol air berjenama cactus).

Walau bagaimanapun, setelah pengawai penyasat kes ini-IO Jude Blacious Pereira, memberitahu mahkamah, bahawa penahanan Anwar adalah sah mengikut seksyen 377B CPC dan warrant tangkap terhadap Anwar telah dikeluarkan pada 15 Julai,2008. Berasaskan fakta terbaru tersebut, maka pihak pendakwaan yang diketuai oleh Peguamcara II Negara Datuk Yusof Zainal Abiden memohon mahkamah agar menyemak semula keputusan perbicaraan dalam perbicaraan.

Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon kepada mahkamah agar Anwar menyerahkan sampel DNAnya berasaskan akta bukti tahun 1950, seksyen 73 demi proses keadilan. Hujah Pendakwaan tersebut didengar pada Isnin dan seharusnya pihak pembelaan yang diketuai oleh Karpal Singh membalas hujah itu semalam, namun penghujahan itu terpaksa ditangguh pada Isnin depan, kerana kematian adik kepada Karpal Singh pada malam Isnin.

Dalam mahkamah pada Isnin, peguam Anwar Karpal Singh cuba mempengaruhi Mahkamah, agar tunjuk perasaan yang mendesak agar Anwar menyerahkan sampel DNAnya dihalang.

Dalam pada itu, penyokong tegar Anwar Nik Azmi Nik Ahmad yang juga ADUN Seri Setia, cuba mempertikai desakan agar Anwar menyerahkan sampel DNAnya. Selain itu, Nik Azmi juga mempertikai pendirian presiden Kita Datuk Zaid Ibrahim yang menyeru agar Anwar menyerahkan sampel DNA untuk merungkai DNA Lelaki Y dan seterusnya membersihkan namanya.

Bagi hemat AYT, Anwar boleh memberikan sampel DNAnya dengan pengawasan pakar Australia yang dilantiknya. Selama analisis DNA itu, pakar yang dilantik Anwar itu, perlu memantau kerja-kerja analisis agar tiada keraguan daripada pihak Anwar sendiri.

No comments:

Blog Archive