Showing posts with label Siapa Zafrul. Show all posts
Showing posts with label Siapa Zafrul. Show all posts

Wednesday, March 16, 2011

Perlantikan Isa Samad-Tiada kaitan dengan pasaran saham: Zafrul patut letak jawatan

KUALA LUMPUR, 16 Mac – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dakwaan berlakunya kepincangan dalam pasaran saham yang disebabkan pelantikan pengerusi baru Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad adalah tidak berasas dan tidak relevan.

“Adalah tidak benar pelantikan Tan Sri Mohd Isa sebagai Pengerusi Felda akan menjejaskan pasaran saham dan ia tidak ada kaitan dengan jatuh naik pasaran saham,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Lim meminta Perdana Menteri menyatakan rasional pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda sedangkan kredibiliti beliau tercemar kerana didapati bersalah menggunakan politik wang oleh parti beliau dan ingin tahu sama ada nama baik Felda akan terjejas dan mengakibatkan kebimbangan pasaran.

Najib berkata pelantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda yang baru adalah berdasarkan kepada pengalaman beliau yang luas dalam bidang pentadbiran, pengurusan, kepimpinan dan mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan rakyat.

“Pengalaman beliau dalam bidang pentadbiran, politik dan pembangunan komuniti adalah menepati kriteria sebagai pengerusi Felda yang secara langsung terlibat dalam urusan pembangunan Felda dan urusan peneroka.

“Pada masa ini tiada anak-anak syarikat Felda yang tersenarai dalam pasaran saham,” kata Najib.

Walaupun begitu katanya, rakan perniagaan Felda dalam dan luar Negara seperti Pakistan, India, Singapura, Mesir, Perancis, China, Hong Kong, Sri Lanka, Bangladesh, Afrika Selatan dan Negara-negara Timur Tengah terus memberi sokongan kepada aktiviti perniagaan Felda.

“Permintaan terhadap komoditi utama Felda iaitu keluaran sawit terus kukuh dan berdaya saing di pasaran antarabangsa,” katanya.

Dengan pengakuan Perdana Menteri itu, secara automatik dakwan CEO-Maybank Tengku Zafrul, hanya sangkaan buruk terhadap Tan Sri Isa, dengan kata lain Zafrul hanya berdolak dalik, tanpa fakta. Melalui sanggahan Perdana Menteri itu, seharusnya Zafrul perlu meletakkan jawatan, kerana sebenarnya dia sendirilah yang menyebabkan timbulnya persepsi buruk terhadap pasaran saham.

Sepertimana yang disebutkan oleh PM, bahawa tiada anak syarikat Felda yang diseneraikan di bursa saham, sungguh pelik, bagaimana Zafrul, boleh membuat kesimpulan, bahawa perlantikan Isa Samad memberi signal buruk kepada pasaran saham.

Friday, February 11, 2011

Salahkan Isa Samad: Zafrul ada agenda

Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Invesment, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dilaporkan mengkritik perlantikan Tan Sri Isa samad sebagai Pengerusi Felda yang baru. Menurut beliau perlantikan Isa Samad mendapat maklum balas yang tidak menyenangkan daripada pasaran. Zafrul turut mendakwa bahawa perlantikan Isa memberi “wrong signal” kepada pasaran.

Sungguhpun tidak menjelaskan punca sebenar, namun Zafrul menggunakan Ahli Majlis Tindakan Ekonomi Negara, Dr. Zainal Aznam Mohd Yusof untuk menyokongnya dan secara terang-terangan dilaporkan berkata, “rekod Mohd Isa yang terpalit dengan gejala rasuah adalah punca kebimbangan pasaran. Mohd Isa didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005. Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda.”

Serangan ke atas Isa dalam satu forum yang dianjurkan oleh melalui organisasi bernama Ideas (Institute for Democracy and Economic Affairs) sangat mencurigakan. Ideas yang ditubuhkan oleh Wan Saiful Wan Jan merupakan penyokong Pas. Ideas dikatakan mempunyai dana yang sangat besar hasil sumbangan beberapa pertubuhan demokrasi dari Amerika Syarikat, Jerman dan Britain.

Turut berucap dan mengkritik kedudukan rasuah dalam negara ialah bekas Menteri pelancongan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir.

Menurut Malaysiakini, “Earlier, in his officiating address, former Tourism, Arts and Culture Minister Abdul Kadir Sheikh Fadzir lamented the state of the nation, particularly the rife corruption and cronyism.

“If the founding fathers could see what is happening now, they will turn in their graves. Corruption is everywhere, you have to bribe people to get things done. Cronyism is everywhere.

“There are beautiful statements (made), but they do not reflect the real state of affairs,”

Adakah Kadir Sheikh fadzir yang mempunyai mansion di Kulim, banglo tiga tingkat di Tasik Mines dan sebuat bot persendirian bernama Puteri Sazean di tasik tersebut layak bercakap soal rasuah dan kronisme? Apakah perniagaan Kumpulan Sazean milik keluarga anak beranak Sheikh Fadzir ini tidak mendapat kelebihan dan keutamaan yang dikatakan kroni?

Kadir ialah ahli politik yang telah berlalu yang tidak menarik untuk diulas dengan panjang lebar.

Namun tengku Zafrul adalah “pemain utama” zaman Abdullah Ahmad badawi yang masih dikekalkan oleh Dato Seri Najib seperti mana Omar Ong dan beberapa kerat manusia penjahanam negara.

Zafrul tidak layak mempertikaikan kredebiliti Tan Sri Isa kerana latar belakan beliau sendiri penuh tanda tanya dan skandal yang tidak terjawab. Layakkah Zafrul kekal sebagai CEO sebuah sayap pelaburan bank terbesar di Malaysia jika beliau membuat beberapa tindakan korporat yang meragukan sejak zaman Abdullah Ahmad Badawi.

Sesiapa yang masih ingat isu penggabungan ECM LIbra dengan Avenue Capital dan menyaksikan syarikat kecil milik beberapa tokoh koporat yang rapat dengan Khairy Jamaluddin dan Kalimullah telah menelan syarikat GLC Avenue Capital. Zafrul sebagai Managing Director Avenue ketika itu dikatakan turut memainkan peranan penting dalam merealisasikan “perompakan korporat” ini. (lihat arkib lama Mykmu untuk memahami isu Avenue-ECM ini: http://arkib.mykmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5147)

Beliau meninggalkan Avenue dan kemudiannya menyertai Citibank. Penyertaan di Citibank dilihat sebagai tempoh senggang dari kontroversi dunia korporat tempatan. Dakwaan sandiwara ini mungkin ada benar kerana beberapa ketika kemudian beliau dilantik sebagai CEO Tune Money sebuah lagi syarikat yang ada kena mengena dengan Tony Frenandez, Kalimullah dan juga dikatankan Khairy Jamaluddin. Ramai yang melihat perlantikan ini sebagai membalas jasa Zafrul ketika usaha ECM mengambil alih Avenue dahulu.

Dalam pertikaian penjualan EON Cap Berhad kepada Hong Leong, Nama Zafrul turut disebut dan disapina oleh pelabur Hong Kong yang menyaman beberapa Pengarah EON Cap.

Jika dilihat rekod perkhidmatan Zafrul yang agak mencurigakan ini, wajarkah beliau mengetuai sebuah cabang perlaburan bank terkemuka Malaysia? . Tulisan asal disini

Blog Archive