Saturday, February 26, 2011

Merlimau dan Kerdau apakah PRK terakhir sebelum PRU-13?

Mulai hari ini,BN dan PAS sekali lagi masuk gelanggang, kali ini di Merlimau dan Kerdau. Keputusan pemilihan ini amat penting bagi kedua-dua parti untuk mengukur prestasi masing-masing, andainya kedua-dua pilihan raya kecil itu adalah bagi kali terakhir sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Malah pengundian pada 6 Mac pula secara kebetulan, cuma dua hari saja sebelum ulang tahun Pilihan Raya Umum 2008.

Keputusan pada 6 Mac amat penting sebagai ukuran sejauh mana prestasi BN dan pembangkang sejak ‘tsunami politik’ 8 Mac. Ini perlu bagi menilai keupayaan masing-masing apabila tiba pilihan raya umum akan datang.

PRK Merlimau adalah sangat penting bagi Melaka kerana sejak merdeka, calon Umno di negeri itu tidak pernah kalah dan itulah kekuatan serta rekod bersih BN Melaka yang perlu dipertahankan di Merlimau.

Malah di Kerdau, tidak kurang pentingnya terletak di negeri kelahiran DS Najib-Perdana Menteri. Apa kah faktor Najib akan mempengaruhi corak pengundian nanti, apatah lagi kegagalan PAS memberi impak di Tenang menjejaskan kredibilitinya yang sebelum ini mendakwa sebagai parti mewakili Melayu-Islam di negara ini.

Pada pilihan raya umum lalu, calon BN/Umno, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS di Merlimau, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi, manakala di Kerdau, Zaharuddin (BN/Umno) mengalahkan Hassanudin Salim (PAS) dengan majoriti 1,615 undi.

Justeru, sebarang keputusan daripada dua pilihan raya kecil ini amat penting kepada BN dan pembangkang kerana ia boleh dijadikan isyarat awal prestasi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Bagi BN, keputusan di Merlimau dan Kerdau, akan menentukan sama ada momentum sokongan semula rakyat, seperti diperlihatkan dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, berterusan, sekali gus meningkatkan keyakinan mereka dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pembangkang juga menaruh harapan kerana kemenangan di dua kerusi itu bagi mereka, pasti mengembalikan sokongan yang pernah diraih dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

No comments:

Blog Archive