Latest News

Melayu Tidak Tamak- hanya minta separuh daripada haknya: Tun Mahathir

PASIR SALAK-PERAK: Malaysia makmur dan aman pada hari ini disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum, kata Tun Dr Mahathir Mohamad sambil menegaskan “perjuangan kami adalah halal.”

Bekas perdana menteri (gambar) mengatakan pendirian terbaru ini semasa berucap di hadapan sekitar 10,000 orang yang menghadiri Perhimpunan Perkasa Melayu Perak di Pasir Salak – salah satu lokasi bersejarah negeri utara Semenanjung ini.

“Kita tahu bahawa negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu sanggup bekerjasama dengan kaum-kaum lain sepanjang 50 tahun untuk memerintah negara, bukan sahaja dengan orang Melayu tetapi juga dengan kaum-kaum lain.

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang juga penaung Perkasa pimpinan Datuk Ibrahim Ali.

Bagaimanapun dakwa Dr Mahathir, kedudukan orang Melayu lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

“Apa yang dimiliki oleh orang lain, kami tidak persoalkan. Itu hak mereka, tetapi hak sedikit yang kami ada, jangan ambil daripada kami,” kata beliau dengan merujuk kepada keistimewaan yang diperuntukkan oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Perkasa juga mahu pendekatan afitmatif dalam DEB dipertahankan.

Dr Mahathir memberitahu bukan hasrat pihak kerajaan untuk menggunakan pendekatan keras untuk mengambil hak orang lain sebagaimana disaksikan di negara-negara lain.

Sebaliknya kata bekas presiden Umno ini, beliau hanya mahukan hak orang Melayu tidak dilarikan daripada mereka.

“Perjuangan kami adalah halal. Kami hanya berjuang untuk tempat di negara ini. Bukan banyak yang diminta walaupun kami merangkumi 60 peratus penduduk negara ini, kami hanya meminta 30 peratus, hanya separuh daripada itu,” katanya.

“Saya tidak fikir ia sesuatu yang tamak untuk meminta (hanya) separuh daripada apa yang menjadi hak kami,” katanya lagi.

0 Response to "Melayu Tidak Tamak- hanya minta separuh daripada haknya: Tun Mahathir"

Blog Archive