Wednesday, February 16, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Saiful tidak pernah kata "Cubaan" Liwat atau Oral Sex: Dr Khairul

Hari ini peguam Anwar yang diketuai oleh Karpal Singh terus menyoal balas Saksi Dr Khairul Nizam Hassan-mengenai pemerikasaannya terhadap Saiful.

Pada hari Isnin lalu- saksi itu mengatakan telah mengambil sampel daripada mulut dan lidah Saiful-kerana pengadu mengatakan telah melakukan oral sex terhadap Anwar Ibrahim.

Kehadiran pemerhati di mahkmah Jalan Duta Hari ini cukup lengang ((menurut Malaysiakini) walaupun menarik pemerhati luar negara seperti daripada Kanada dan Ireland.

Anwar seperti biasa sampai dengan Wan Azizah, namun kali ini tanpa penyokong tetapi diiringi oleh Naib Presiden PKR dilantik N. Surendran.

Menjawap soalan DPP Nordin, Dr Khairul Nizam berkata beliau mengetuai pemeriksaan perubatan dan dia bersama pasukannya mewawancara Saiful.

"Saiful beritahu kami dia dipaksa lakukan seks oral. Aduan utamanya ialah dia diliwat oleh seorang tokoh yang terkenal.”

"Saiful tidak berkata sama ada 'cubaan' seks oral ataupun 'cubaan' liwat,” kata doktor itu ketika ditanya.

No comments:

Blog Archive