Dalam satu entrinya melalui free malaysia today-blogger itu mengakui bahawa Pakatan Rakyat yang terdiri daripada DAP-PAS-PKR tidak mungkin boleh menggantikan BN di Putrajaya secara bersendirian-tanpa sokongan The Third Force selepas PRU-13 nanti.
Walaupun Pakatan tiga parti itu berjaya menafikan majoriti 2/3 BN dan mampu menawan 5 negeri selepas PRU-12, namun pada kali ini pencapaian itu sukar untuk dicapai lagi.
Penghalang kepada hasrat Pakatan Rakyat merampas Putrajaya adalah pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan Najib serta penerimaan rakyat terhadap kerajaan BN sejak dua tahun lalu merumitkan rancangan Pakatan itu.
Kemenangan BN melalui PRK sejak akhir-akhir ini dan masalah dalaman parti PKR dan DAP serta Pas menyumbang kepada kesukaran itu.
RPK mencadangkan agar Pakatan Rakyat berganding tenaga dengan The Third Force seperti Gerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM, United Borneo Force (UBF) sebagai satu PERIKATAN KOLEKIF untuk mencapai impian merampas Putrajaya daripada BN.
Sebagai permulaan kata Blogger yang melarikan diri daripada negara ini kerana takut menghadapi dakwaan palsu dan fitnahnya itu, Prorakyat (Perikatan Kolektif) itu perlu memulakannya di PRU-Sarawak. PRU-Sarawak perlu diadakan 60 hari daripada 23 Julai 2011.
RPK juga mengakui- tanpa kerusi daripada Sabah dan Sarawak- Pakatan Rakyat berserta pronya, jangan bermimpi boleh merampas Putrajaya. Hanya sokongan daripada dua negeri itu sahaja-membolehkan mana-mana perikatan mendiami Putrajaya. Sabah dan Sarawak mempunyai 57 kerusi parlimen-pada masa ini BN menguasai 54 kerusi.
Daripada 222 jumlah kerusi Parlimen- BN menguasai 137 kerusi, manakala selebihnya dikuasai Pakatan Rakyat dan bebas.

No comments:
Post a Comment