Wednesday, February 16, 2011

Mahkamah Jalan Duta: Karpal minta kes sodomi II dibatalkan

Masalah pengisian borang pro forma digunakan sebagai landasan bagi peguam Anwar Karpal Singh untuk meminta peguam negara agar kes sodomi II dibatalkan.

Maskipun Dr yang memeriksa Saiful-Dr Khairul Nizham Hassan mempertahankan bahawa Saiful tidak menggunakan perkataan "Cubaan"-namun kerana dalam borang itu tertulis perkataan Cubaan meliwat dan cubaan melakukan oral sex-maka ianya dijadikan landasan oleh Anwar sebagai "bukti baru".

Dalam perkara ini- bukanlah silap Saiful sebagai mangsa-namun adalah kesilapan pengisian borang pro forma.

Para doktor yang memeriksa Saiful perlulah memberitahu mahkamah-bahawa borang pro forma adalah borang awal dalam metologi pemeriksaan-selepas itu, penemuan akan ditulis kemudian bagi mengsahkan dakwaan pengadu.

Kepada para doktor yang terlibat jangan berganjak dengan penemuan anda-kerana berakibat menafikan keadilan terhadap mangsa-yakni Saiful.

Perbicaraan Sodomi II terpaksa ditunda pada jam 2 petang kerana masalah "black out".

Akibat penghawa dingin belum berfungsi-sodomi II ditangguh esok jam 8.30pagi

No comments:

Blog Archive