ADUN PAS yang percaya BOMOH
Luar biasa bomoh itu. Kalau boleh dedahkan nama bomoh itu- dan cadangkan Bomoh diraja.Dalam filem P.Ramlee- Nujum Pak Belalang-P.Ramlee berperan sebagai Nujum diraja. Semua kita tahu.. semua itu adalah tipu.
Bagaimana ADUN Titi Serong, Drs Khalil Lim daripada PAS boleh percaya pada dukun!
Khalil Lim mengatakan bahawa DUN perak telah dimasuki bomoh sebelum 7 Mei 2009 dan Dewan Negeri perak telah dijampi oleh bomoh tersebut. Akibat daripada jampi bomoh itu maka speaker DUN Perak yang disingkirkan V. Sivakumar-terpaksa diangkat, kerana tidak mahu berganjak daripada tempat duduknya.
Pada peristiwa itu juga Sivakumar sempat mengoyak baju speaker untuk disimpan sebagai kenang-kenangan.
Akibat dakwaan ADUN Titi Serong, maka jawatankuasa kebebasan DUN Perak menulis surat kepadanya untuk menjelaskan BOMOH yang dimaksudkan pada 25 Februari ini.
Rupanya pemimpin PAS adalah pengamal bomoh, kerana itu boleh menuduh ADUN BN membawa bomoh
Pada PRU-13 akan datang, mungkin ramai bomoh yang akan bertugas disetiap kawasan di mana calon Pas bertanding, untuk memastikan rakyat akan memangkah calon Pas.
Rupanya pada PRU-12 lalu, Kedah, Perak, Selangor dan Pulau Pinang dimenangi Pakatan kerana bomoh.
Kepada BN hati-hati kuasa bomoh PAS.
No comments:
Post a Comment