Monday, January 31, 2011

PRK Tenang: Chua Soi Lek-Lim Kit Siang :Gaduh soal undi cina


Walaupun 3 tempat majoriti pengundi cina di menangi BN, namun Labis tengah di mana ramai pengudi cina- Pakatan menang-walaupun peratusan yang keluar mengundi di tempat itu hanya 20 peratus.

Tidak dinafikan-keputusan PRK DUN Tenang semalam, bolehlah dilihat bahawa sejumlah pengundi kaum cina telah kembali kepada BN.

Lim Kit Siang-tidak boleh membuat andaian-bahawa pengundi yang tidak turun mengundi akan mengundi Pakatan, kerana ada kemungkinan juga mengundi BN.

Yang jelas-para pengundi yang tidak turun mengundi adalah para pengundi atas pagar-kerana adalah lumrah bagi penyokong sesebuah parti akan berusaha untuk turun mengundi dengan cara apa sekalipun.

Keputusan semalam-menggambarkan memang benar-pengundi kaum cina telah mula kembali kepada BN, namun tidak tahu lah apa kah trend undi itu bertahan pada PRU-13 akan datang. Kes Ijok misalnya-pada PRK-UBN menang, namun pada PRU-12 lalu, Ijok berjaya ditawan semula oleh Khalid Ibrahim.

PRK DUN Tenang-tidak dinafikan bahawa pengundi kaum melayu telah kembali semula kepada BN. Pas dan PKR tidak lagi dapat mengharapkan-bahawa kaum melayu akan menyokong dua parti itu.

Pada pilihan raya kecil itu, BN merampas semula tiga daripada empat kawasan majoriti Cina iaitu Labis Timur, Labis dan Tenang daripada DAP.

Bagaimanapun, BN mengekalkan Labis Timur dengan majoriti 39 undi, Labis (majoriti 94 undi) dan Tenang dengan majoriti 394 undi, berbanding pada pilihan raya umum 2008 di mana calon PAS menguasai 53 peratus undi di Labis Timur dan 59 peratus di Labis.

Bandar Labis Timur mempunyai 63.4 peratus pengundi Cina, Labis (58.3 peratus), Tenang (54 peratus) dan 95.7 peratus di Bandar Labis Tengah.

Pada pilihan raya umum 2008, selain Bandar Labis Tengah, PAS juga memenangi Bandar Labis Timur dan Labis.

PAS sebelum ini memenangi Bandar Labis Tengah dengan majoriti 509 undi dan pada kali ini, mereka hanya mampu memperoleh majoriti 486 undi, walaupun penurunan 20 peratus pengundi yang keluar mengundi di kawasan itu.

Pada pilihan raya kecil itu, calon BN, Mohd Azahar Ibrahim menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan majoriti 3,707 undi. Mohd Azahar memperoleh 6,699 undi berbanding 2,992 undi oleh Normala.

No comments:

Blog Archive