Walaupun bloger AYT sejak 17 Disember lalu menumpuhkan tulisan menegenahkan perlunya mempertahankan DUN Tenang dikuasai BN-namun selepas keputusan diumumkan, bahawa kawasan itu tetap milik BN, elok juga AYT siarkan perasaan calon yang kita tentang habis-habisan selama kempen PRK Tenang.
Berikut perasaan Normala Sudirman-bekas cikgu yang meletakkan jawatan semata-mata bertanding dalam PRK DUN Tenang.
Para penyokong BN jangan khayal dengan kemenangan BN bermula daripada PRK Batu Sapi dan Galas-kita jadikan memontem itu sebagai pembakar semangat menghadapi PRU-13 yang akan menjelang tiba
Berikut perasaan Normala Sudirman-bekas cikgu yang meletakkan jawatan semata-mata bertanding dalam PRK DUN Tenang.
Terima kasih diucapkan kepada semua petugas-petugas, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat, bloger-bloger dan media yang membuat liputan dari hari penamaan calon hingga ke hari ini iaitu hari pembuangan undi.
Jasa dan pengorbanan anda semua hanya Tuhan sahaja yang dapat membalasnya. Teruskan berjuang dan berkhidmat untuk Islam demi menegakkan kebenaran dan menghalang kebatilan dari berkuasa di atas muka bumi ini.
Terima kasih juga diucapkan kepada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memastikan kemenangan Islam. Disebalik kita mencari kemenangan ada hujan rahmat yang membasahi bumi Tenang sehinggakan seluruh kawasan Tenang telah digenangi air dalam mengharungi banjir. Kehadiran hujan menguji ketabahan petugas-petugas sehinggakan basah kuyup namun tetap tidak berganjak dalam memberikan servis yang terbaik.
Jangan kita berputus asa dalam berusaha sebelum kita mendapat kejayaan dan jika kita berjaya jangan dilupa pengorbanan mereka dibelakang yang banyak memberikan sokongan tidak kira waktu, hari dan perjalanan hidup ini. Kejayaan bukan milik individu sebaliknya milik jamaah yang mantap. Teruskan berjuang untuk Pilihan Raya Kecil di DUN Merlimau N.27 yang bakal berlangsung tidak lama lagi.
Para penyokong BN jangan khayal dengan kemenangan BN bermula daripada PRK Batu Sapi dan Galas-kita jadikan memontem itu sebagai pembakar semangat menghadapi PRU-13 yang akan menjelang tiba
No comments:
Post a Comment