Monday, January 31, 2011

Normala kalah bukan kerana Normala-Normala kalah kerana alat PAS-Pakatan

Bayangkan pada pengumuman calon Pas pada malam 17 Januari lalu- Lim Kit Siang terang-terangan berkata-terlalu sukar bagi Normala menang di DUN Tenang. Normala hanya digunakan sebagai alat untuk mengurangkan majoriti BN.

Jika telah tahu Normala-tidak boleh menang-kenapa suruh Normala bertanding? pilih calon yang boleh menang!

Pencalonan Normala-hanya alat kepada Pas. Pas menunjukkan kepada DAP bahawa parti itu tidak menganaktirikan wanita. Atas sebab itu Normala jadi Korban. Bukan sahaja Normala jadi Korban-Makrof suami Normala terpaksa menipu cuti sakit (MC) hanya menemani Normala ke sana ke mari. Makrof curiga-jika Normala tidak dtemani-ada kemnungkinan lebai-lebai Pas yang miang-miang akan menggodanya.

Akibatnya-Makrof terpaksa menipu-kononnya dia sakit dan bercuti 21 hari sejak 6 Januari-sehinggalah 28 Januari.

Dari dahulu Pas hanya memperalat wanita. Bagi Pas wanita tidak boleh jadi pemimpin. Namun atas kehendak DAP-maka PAS akur-akhirnya Normala menjadi Mangsa.

Selama kempen di PRK Tenang-nama Normala jarang disebut, yang disebut adalah nama Nik Aziz-seolah-olah Nik Aziz bertanding di Tenang melawan Tok AI-calon BN. Semua kita tahu Tok Ai dengan bergaya mengekal DUN Tenang untuk BN. Tok Ai mendapat sokongan kaum melayu dengan padunya. Oleh kerana Tok berlawan dengan NIK AZIZ sepertimana cara jentera PAS berkempen-maka kemengan Tok AI secara automatik juga mengalahkan Nik Aziz.

Disebabkan Pas tidak mengiktiraf wanita-atas sebab itu jentera Pas hanya menyebut pemimpin Pas. Bagi Pas menyebut nama wanita adalah taboo-kerana wanita hanya bertugas menjaga rumah. Makrof sedar ini-kerana itu pada penamaan calon-seolah-olah Makrof lah calon Pas (lihat gambar).

Selama kempen-yang ditonjolkan adalah Makrof-atas sebab dia lelaki.

Kini Normala menyesal-namun semuanya itu sudah terlambat. Sepatutnya Normala pada masa ini sibuk memeriksa kerja rumah pelajarnya-namun kini..hanya kesedihan yang ada.

No comments:

Blog Archive