Tuesday, November 09, 2010

Cita-cita tinggi Zaid Ibrahim kini jadi ZERO!!

Selepas sahaja PRU-12 pada tahun 2008, Zaid Ibrahim yang merupakan calon Ketua Bahagian Umno yang kalah di tempatnya sendiri dan tidak pula bertanding pada PRU itu dilantik sebagai menteri oleh mantan PM Tun Abdullah Badawi.

Zaid ditugaskan untuk melakukan reform perundangan di negara ini. Benar juga, Zaid melakukan dengan pantas "reform" perundangan, dengan membayar ganti rugi kepada para hakim yang dipecat semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohammad. Ironinya, setelah pembayaran itu selesai dibayar, Zaid meletakkan jawatan sebagai menteri (melalui perlantikan senator) dan masuk PKR.

Anwar Ibrahim mengalu-alukan kemasukan Zaid dalam PKR dan melantiknya sebagai Penyalaras Pakatan (gabungan DAP-PAS-PKR) untuk mendaftarkan gabungan itu pada ROS.

Zaid juga diberi kepercyaaan oleh Pakatan Rakyat (PR) untuk mewakilinya melalui PRK Parlimen Hulu Selangor, namun cubaan Zaid masuk dewan rakyat gagal, kerana tewas kepada BN, sekaligus BN berjaya merampas kawasan Parlimen Hulu Selangor, melalui calon BN (MIC) Kamalathan.

Setelah kalah, Zaid diberi peranan sebagai Penyelaras PKR Wilayah Persekutuan. Melalui berbagai perananan yang diberikan kepadanya oleh Anwar Ibrahim, Zaid merasa bahawa dia diperlukan sangat dalam parti itu.

Walaupun hanya setahun jagung menjadi ahli dan pemimpin PKR, Zaid memenuhi cita-cita tingginya melalui perebutan jawatan No.2 PKR. Pecalonan Zaid merebut jawatan No.2 PKR ramai penyokong PKR yang mencurigainya, kerana kesetiaan Zaid belum teruji. Salah seorang yang mencurigai sepak terajang Zaid ini adalah Azmin Ali calon Timbalan Persiden PKR yang sedang mendahului pertandingan tersebut.

Dari mula lagi sejak proses penamaan calon, Zaid sungguh ketinggalan dari segi sokongan cabang-cabang parti, demikian juga dalam pengundian, Zaid ketinggalan begitu jauh berhadapan dengan Azmin Ali (Azmin disokong oleh Anwar sendiri).

Melihat kepada corak pengundian daripada akar umbi PKR, Zaid merasakan bahawa peluangnya telah tipis, apatak lagi, corak pengundian cabang-cabang PKR Sabah tidak memihaknya (Zaid menaruh harap kepada ahli-ahli PKR Sabah).

Melihat corak pengundian ini, maka Zaid menarik diri dari arena pertandingan dengan mendakwa, bahawa penyeliwingan telah berlaku semasa proses pemilihan.

Sangkaan Zaid ini, memang ada kebenaranya, kerana di lihat trend pengundian di seluruh cabang yang mengadakan proses pengundian, jumlah ahli yang turun mengundi hanya pada purata 10%.

Dengan pengunduran Zaid ini, ramai yang mengsahkan bahawa memang berlaku "pengaturan" pemilihan PKR oleh pucuk pimpinan PKR, untuk memenangkan calon-calon yang termasuk dalam "skrip" Anwar Ibrahim.

Dengan pengunduran Zaid dalam pertandingan merebut Timbalan Persdien PKR, maka cita-cita tinggi Zaid memakan dirinya sendiri. Begini lah kalau orang tamak, selalu rugi, seperti Anjing dengan bayang-bayang.

Keyakinan Zaid sebelum ini bahawa PKR boleh dipercaya untuk menajdi pilihan politik baru di Malaysia terutana di kalangan bukan melayu, punah dan tidak bernisan.

Zaid yang juga mengetuai jawankuasa untuk membina dasar bersama untuk Pakatan akan menjejaskan perkembangan dasar tersebut, kerana Zaid melepaskan semua jawatan daripada Parti Anwar Ibrahim sekelurga itu.

Jika kemasukan Zaid ke dalam PKR disambut sebagai HERO, kini telah bertukar ZERO.

No comments:

Blog Archive