Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyertaan Datuk Yong Teck Lee dalam pilihanraya P-185 Batu Sapi, Sandakan tiada impak kepada calon PKR Ansari Abdullah.
Penyertaan Yong menurut Anwar hanya akan memecahkan undi calon-calon bebas, kerana "parti SAPP" adalah parti bebas.
Sebelum ini ada perbincangan antara Pakatan Rakyat dan SAPP untuk mencari kesepakatan meletakkan calon satu lawan satu dengan BN, namun perbincangan itu gagal, kerana Yong tidak menerima strategi Pakatan Rakyat.
Bagi pihak Yong Teck Lee, SAPP lebih diterima rakyat Sabah dibanding Pakatan Rakyat, manakala di pihak PR pula, mereka mendakwa mempunyai peluang besar mengalahkan BN di Batu Sapi.
Belumpun penamaan calon, parti-parti pembangkang telah mula curiga antara satu sama lain. Keadaan ini menunjukkan bahawa pembangkang hanya mengambil kesempatan untuk berjuang kepentingan diri sendiri, bukan lah kepentingkat rakyat.
Jika parti pembangkang yang kononnya berjuang kerana kepentingan rakyat, sudah tetntu lah mereka ada kesepekatan, namun apa yang berlaku, adalah berebut sesuatu imijinasi yang belum tentu tercapai.
PKR menghandalkan nasibnya kepada orang luar Sandakan, yakni Ansari Abdullah. Ansari adalah pemimpin PKR yang ditolak oleh kawasan asalnya Tuaran. Sebagai rekod, Ansari pernah bertanding beberapa kali di kawasan asalnya, baik di peringkat negeri maupun parlimen, namun tiada satupun dimenanginya.
Bagi Yong Teck lee pula, walaupun persdien SAPP ini berasal daripada Lahad Datu, namun sejak menyertai politik, dia berkecimpung di kawasan Likas, Kota Kinabalu.
Kawasan Likas adalah kawasan campuran. Semasa dalam PBS mahupun SAPP, Yong terus menang di kawasan Likas, kerana sokongan padu dari bumiputera islam di kawasan itu.
Yong agaknya ingin mengulangi sokongan itu, sebab itulah dia bertanding di kawasan Batu Sapi yang majoriti bumiputera islam.
Pendekatan Yong, adalah mengulangi skrip lama, yakni Sabah for Sabahan. Skrip ini lah yang membawa Tan Sri Pairin ke mercu kerjayaan menumbangkan kerajaan Berjaya pada tahun 1985.
Namun Yong lupa, sekali air bah sekali pantai berubah. Sentimen tahun 1985 sangat berlainan dengan sentimen kini. Sentimen tahun 1985 adalah penindasan kepada pemimpin kaum terbesar Sabah ketika itu, yakni Tan Seri Pairin sendiri-kaum KDM (Kadazandusunmurut).
Namun kini, tiada lagi gejala penindasan kaum. Parti Yong keluar BN kerana termakan pujukkan Anwar pada tahun 2008, tentang gerakkan 16 September. Anwar menjanjikan bahawa Yong Teck Lee akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II, jika pembangkang berjaya merealisasikan gerakan 16 September.
Sebenarnya Yong keluar BN atas kehendaknya sendiri. Mengkhianati BN sendiri. Para wakil rakyat SAPP yang ada kini, menang atas tikit BN.
Melalui PRK Batu Sapi, Yong akan faham bagaimana penerimaan rakyat terhadapnya. Rakyat Sabah telah bosan terhadap pemimpin pengkhianat. Kecenderungan pemimpin Katak telah sirna, malah tidak akan mendapat tempat lagi di hati rakyat Sabah.
Bagi AYT, penyertaan PKR dan SAPP dalam PRK Batu Sapi hanya meramaikan pesta demokrasi negara ini. Rakyat sebenarnya sudah membuat keputusan awal, tiada wakil rakyat yang boleh membela mereka, selain pemimpin BN.
Rakyat Sabah, sebenarnya telah lali dengan janji-janji manis pembangkang, sejak tahun 1985; atas sebab itu, sejak tahun 1999, rakyat Sabah telah menoktahkan semua sokongan pada parti pembangkang.
Penamaan calon bagi PRK Batu Sapi telah ditetapkan pada 26 Oktober dan jika ada pertandingan, pengundian akan berlangsung pada 4 November 2010.

No comments:
Post a Comment