Saturday, October 23, 2010

Calon Pas PRK Galas pilihan Nik Aziz berkualiti?

Belumpun hari penamaan calon, calon pilihan Nik Aziz bagi PRK Galas dilaporkan mempunyai sejarah moral yang teruk.

Dr Zulkefli Mohamad yang menjadi pilihan Nik Aziz dikatakan mempuyai rekod hitam, kerana pernah ditangkap khalwat sebelum berkahwin dengan isterinya sekarang Zainab Jalar.

Kisah sepuluh tahun lalu, diungkit semula oleh beberapa bloger yang mengetahui perjalanan hidup Dr Zulkefli.

Zulkefli juga pernah bertanding pada pilihanraya-pilihanraya lepas sebanyak 2 kali, namun tewas kesemuanya.

Tidak mungkin daun berguguran kalau angin tidak bertiup. Menafikan kejadian itu, hanya untuk menangkis, apa kah penafian itu boleh dipercaya?

Para pemimpin Pakatan memang hebat dalam soal-soal penafian, mengalih isu sebenar, malah pakar menyalahkan orang lain.

Mereka pakar memutar belit isu, kerana mereka adalah pakar.

No comments:

Blog Archive