Showing posts with label calon pas prk galas. Show all posts
Showing posts with label calon pas prk galas. Show all posts

Saturday, October 23, 2010

Calon Pas PRK Galas pilihan Nik Aziz berkualiti?

Belumpun hari penamaan calon, calon pilihan Nik Aziz bagi PRK Galas dilaporkan mempunyai sejarah moral yang teruk.

Dr Zulkefli Mohamad yang menjadi pilihan Nik Aziz dikatakan mempuyai rekod hitam, kerana pernah ditangkap khalwat sebelum berkahwin dengan isterinya sekarang Zainab Jalar.

Kisah sepuluh tahun lalu, diungkit semula oleh beberapa bloger yang mengetahui perjalanan hidup Dr Zulkefli.

Zulkefli juga pernah bertanding pada pilihanraya-pilihanraya lepas sebanyak 2 kali, namun tewas kesemuanya.

Tidak mungkin daun berguguran kalau angin tidak bertiup. Menafikan kejadian itu, hanya untuk menangkis, apa kah penafian itu boleh dipercaya?

Para pemimpin Pakatan memang hebat dalam soal-soal penafian, mengalih isu sebenar, malah pakar menyalahkan orang lain.

Mereka pakar memutar belit isu, kerana mereka adalah pakar.

Friday, October 22, 2010

Penyakit PR menular pada Calonnya di PRK Galas

Calon Pas untuk PRK Galas Dr Zulkefli Mohammad menafikan bahawa dia pernah ditangkap berkhalwat 10 tahun lalu dengan isterinya sekarang -Zainab Jalar.

Calon Pas itu mengatakan bahawa tuduhan itu hanya fitnah. Dia juga mencabar sesiapa sahaja untuk membuktikan bahawa dia pernah ditangkap khalwat.

Beberapa blogger telah menyiarkan bahawa moral calon Pas tersebut sebenarnya telah terkeluar daripada syarat Nik Aziz, dimana sebelum ini, MB Kelantan itu mengatakan bahawa Pas akan mengemukakan calon berkualiti.

Zulkefli pernah bertanding dua kali dalam pilihanraya, namun kesemuanya tewas. Jika sekiranya calon pilihan Nik Aziz itu berkualiti, sudah tentunya dari awal-awal lagi telah menang.

Dalam 24 jam setelah diumumkan sebagai calon, pendedahan masa lampau Zulkefli telah dimuatkan di berbagai blog. Seperti mana kebiasaan para pemimpin Pakatan, penafian adalah tindakan pertama, kemudian akan alih isu, dan ditutup dengan menyalahkan orang lain, dengan mengatakan bahawa semua itu adalah fitnah.

Komen Nik Aziz mengenai perkembangan terbaru calon pilihannya yang dikatakan calon "berkualiti" tentu akan menyalahkan UMNO kononnya UMNO yang menaburkan fitnah.

Blog Archive