SHAH ALAM: Seorang saksi memberitahu Mahkamah Koroner di sini, semalam bahawa tulisan pada nota terakhir yang dikatakan ditulis Teoh Beng Hock sebelum kematiannya, sama dengan tulisan pada buku catatan ditemui dalam beg sandangnya ketika disoal siasat di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, tahun lalu.
Penganalisis dokumen dari Jabatan Kimia, Wong Kong Yong, 51, berkata beliau menerima empat sampul mengandungi dokumen tulisan tangan, kad bank Visa dan buku catatan ringkas daripada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Ahmad Nazri Zainal pada 9 Oktober 2009.
Wong berkata, selepas membandingkan tulisan Cina pada nota dan buku catatan ringkas itu, beliau mendapati ia sama dan kemungkinan besar ditulis individu sama, manakala tulisan bahasa Melayu dalam kedua-dua dokumen itu juga sama dan berpendapat ia sememangnya ditulis individu sama.
“Tandatangan ringkas pada nota itu juga sama dengan karakter tulisan pada tandatangan ringkas di 10 salinan penyataan saksi dalam pemeriksaan dokumen SPRM. Jadi kemungkinan besar ia ditandatangani individu sama.
“Bagaimanapun, tandatangan ringkas di nota itu berbeza strukturnya dengan tandatangan penuh pada kad bank Visa milik Teoh (yang ditemui dalam dompetnya). Oleh itu, tidak dapat dipastikan ia tandatangan orang sama,” katanya.
Wong berkata, beliau memulangkan semua dokumen itu semula bersama laporan kimia dihasilkannya kepada Ahmad Nazri pada jam 3.05 petang, 14 Oktober 2009 sebelum menerima tujuh bahan bukti lagi dalam beg sandang Teoh, termasuk dokumen tulisan tangan, baucar tunai dan tiga pen pada jam 12.49 tengah hari, 23 Oktober 2009.
Katanya, tulisan rumi pada nota terakhir dikatakan ditulis Teoh dan buku catatan ringkas sama karakter dengan tulisan di baucar tunai bertarikh 2 Julai 2009, malah kemungkinan besar ditulis individu sama, tetapi tulisan Cina pada baucar itu tidak mencukupi untuk dibandingkan dengan nota itu, sekali gus gagal merumuskan sama ada ia ditulis orang sama.
Wong berkata, tulisan pada nota itu juga disahkan ditulis menggunakan dua pen Kilometrico, tetapi bukan menggunakan pen mata bulat jenama Zebra.
Sebaik saksi itu selesai memberikan keterangan, Koroner Azmil Muntapha Abas meminta pendapat semua pihak dalam inkues itu memandangkan semua keterangan yang dikemukakan hanya menunjukkan ia ditulis individu sama, tetapi tiada bukti ia tulisan Teoh.
“Perlu kemukakan saksi yang boleh mengaitkan fakta itu, sama ada nota itu ditulis atau tidak oleh si mati (Teoh) masih belum ditentukan lagi. Setakat saksi yang hadir hari ini (semalam), hanya membuat perbandingan dan merumuskan ia daripada penulis sama namun identiti penulis belum dipastikan,” katanya.
Peguam dilantik Kerajaan Malaysia, Tan Hock Chuan menjelaskan selepas keterangan Ahmad Nazri, pihaknya tidak akan memanggil sebarang saksi dari luar lagi dan akan menutup kes pada tarikh perbicaraan akan datang dan memaklumkan semua pihak berharap Azmil dapat memutuskannya berdasarkan keterangan yang dikemukakan sebelum ini.
Perbicaraan bersambung 4 November ini.

No comments:
Post a Comment