Monday, May 17, 2010

Keputusan P212 Sibu Bukan Kerana Faktor Penolakan Terhadap Taib: PRK Sibu Adalah Terpencil

Walaupun keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu berpihak kepada Pakatan Rakyat tetapi ianya bukan gambaran sebenar kepada kepimpinan Pehin Seri Taib Mahmud. Keputusan PRK Sibu adalah keputusan terpencil, kerana faktor perkauman yang dimainkan oleh DAP dan Anwar ibrahim.

Keputuan kali ini bukan menujukkan bahawa kemenangan DAP itu adalah kemenangan mutlak, kerana sebelum ini pun P212 merupakan gelanggang sengit antara SUPP dan DAP. Sejak tahun 1990, hanya DAP dan SUPP bertembung. Walaupun SUPP menang, namun kemenangan itu hanya dibezakan antara 3-4%.

Pola pengundian kali ini sedikit sebanyak dipenagruhi oleh isu-isu tempatan yang dimainkan oleh DAP terutama isu tanah adat dan isu monopoli ekonomi oleh keluarga LAU.

Walaupun kekalahan SUPP secara moralnya menunjukkan bahawa kaum cina telah menolak SUPP, sebuah parti tertua sekali di Sarawak.

Selain itu, berkumpulnya ramai pemimpin luar juga merupakan faktor penyumbang kepada penolakan para pengundi kepada BN. Masyarakat Sibu yang dikenali dengan sikap berdikari ini menunjukkan sikap yang negatif apabila disogok dengan bentuk-bentuk sumbangan yang mendadak ketika tempoh kempen pilihan raya. Golongan ini melihat bentuk bantuan dan sumbangan yang dihulurkan oleh BN ini lebih daripada tindakan "ala bomba."

Walaupun BN mempunyai kelebihan dari segi sumber kewangan bagi menjalankan jentera dan kempen pilihan raya, namun tidak berjaya mendalami perasaan pengundi Cina di Sibu.

"(BN) tidak lagi boleh teruskan dengan pendekatan ala bomba ini, sebaliknya perlu ambil pendekatan yang ikhlas dan memberi kesan jangka panjang kerana tindakan seperti ini tidak dapat menakluk pengundi Cina.

"Pengundi Cina ini ada sikap berdikari yang tinggi. Pemberian projek-projek mi segera (seperti diumumkan oleh pemimpin BN) ini dianggap menghina mereka. Apatah lagi, apa saja projek yang diberikan itu, bagi mereka, sememangnya merupakan hak mereka,".

"Sekarang bukanlah soal sumber atau kelebihan wang yang banyak. Yang penting adalah untuk menjaga perasaan pengundi. Jangan biarkan perasaan mereka terluka, apatah lagi sekiranya luka itu sudah terlalu dalam dan berlarutan sejak sekian lama,"

Jelasnya, DAP mampu menjadi alternatif kepada masyarakat di situ kerana tidak mempunyai kebergantungan dengan struktur pentadbiran di Sarawak.

"Mereka tidak perlu menjaga kepentingan pihak tertentu dalam kerajaan, sebab itu mereka boleh bersuara dengan lantang," melalui DAP.

Sementara itu, Bernama melaporkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, berkata BN menerima kekalahannya itu dengan hati terbuka dan keputusan itu harus dihormati kerana ia adalah pilihan rakyat.

Taib, yang juga pengerusi BN negeri, berkata pilihan raya itu dijalankan dengan cukup adil oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, kekalahan itu tidak seharusnya menjadi kayu ukur kepada situasi sebenar tentang sokongan rakyat Sarawak kepada BN setakat ini.

No comments:

Blog Archive