PRK Hulu Selangor menyaksikan pertembungan 4 calon. Barisan Nasional diwakili oleh ketua penerangan MIC P Kamalanathan yang juga seorang bloger, manakala PKR diwakili Zaid Ibrahim, mantan senator daripada UMNO, namun kini menjadi penyelarasan Pakatan.
Seorang lagi adalah VS Chandran mantan pemimpin MIC bahagain dan Johan Mohd Diah yang dikhabarkan masih merupakan AJK Bahagian Pemuda Umno Shah Alam Selangor.
Seorang calon yang lain tidak sempat menyerahkan kertas pencalonan kerana tiba selepas penamaan calon ditutup pukul 10 pagi tadi menurut Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Calon yang terpaksa tidak diterima itu adalah Anurad Jeyasingam.
Mengulas lanjut, Abdul Aziz berkata, ketika pegawai pengurus pilihan raya keluar hendak umumkan tempoh penamaan calon tamat, baru Anurad hendak menghantar borang.
Ditanya mengenainya dakwaan Anurad kepada pihak media bahawa polis menghalangnya, Abdul Aziz berkata:
"Dia boleh cakap apa dia mahu, tapi sebagai orang yang hendak bertanding, dia kenalah datang awal
"Kita ikut peraturan. Jam 10 pagi lebih tidak boleh terima borang," tambahnya.
Abdul Aziz juga mengesahkan bahawa pihaknya tidak menerima sebarang bantahan dari mana-mana pihak sewaktu tempoh bantahan.
Pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor 25 April ini akan menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon BN P Kamalanathan, Datuk Zaid Ibrahim (PKR) dan dua calon Bebas, iaitu bekas pemimpin MIC bahagian, VS Chandran dan ahli jawatankuasa Pemuda Umno Shah Alam, Johan Mohd Diah.
Mengenai dua calon bebas tersebut, Abdul Aziz berkata Johan akan bertanding atas simbol cangkul manakala Chandran pula menggunakan simbol loceng.

No comments:
Post a Comment